Home > Cerita Tentang Kurus, Tip Kurus > Sauna Lelaki Untuk Kesihatan?

Sauna Lelaki Untuk Kesihatan?

April 13th, 2009

Sekarang ini lelaki pun pentingkan kesihatan. Ada yang mengunjungi sauna untuk kuruskan badan. Ada juga yang dah kurus, berkunjung ke sauna untuk kesihatan. Jangan terkejut, ada yang mempunyai niat terpesong untuk mengunjungi sauna. Ada cerita menarik dalam Harian Metro untuk tatapan anda.

PUTRAJAYA: Golongan lelaki yang terjebak dalam seks songsang dikesan menjadikan sauna di pusat urut tradisional kendalian orang buta sekitar ibu kota sebagai ’syurga’ bagi melampiaskan nafsu mereka.Mereka terdorong melakukan perbuatan terkutuk itu berikutan sauna di tempat terbabit dipercayai lebih selamat berbanding tempat lain seperti hotel kerana kedudukannya yang tersembunyi, selain sukar dikesan pemilik pusat itu yang cacat penglihatan.

Tambahan pula, pihak berkuasa, termasuk jabatan agama tidak pernah melakukan serbuan di sauna sebelum ini. Seorang pemilik pusat urut tradisional dan sauna di Kuala Lumpur yang hanya mahu dikenali sebagai Azlan, berkata dia tidak pernah menyangka terdapat pengunjung lelaki yang menggunakan sauna di tempatnya sebagai tempat untuk berasmara dengan pasangan sejenis masing-masing.

“Sebelum ini, saya hanya fikirkan mereka masuk ke sauna dengan tujuan untuk merawat kesihatan. “Rupa-rupanya, ada yang datang semata-mata mahu melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya yang mengunjungi pejabat Harian Metro di sini, semalam.
Azlan yang cacat penglihatan 80 peratus, berkata sejak menjalankan kegiatan pusat urut tradisional dan sauna kira-kira tiga tahun lalu, tiada kegiatan seperti itu hingga sejak beberapa bulan ini.

“Saya mula mengesan perbuatan sumbang itu selepas kami menemui kondom yang sudah digunakan apabila membersihkan sauna pada waktu malam. “Selepas membuat pemeriksaan dengan pekerja, saya dimaklumkan terdapat dua pengunjung lelaki yang menggunakan sauna itu pada malam berkenaan,” katanya. Azlan berkata, ada seorang pelanggan lelaki yang mahu menggunakan sauna tidak menggunakannya terus, sebaliknya menunggu kehadiran pelanggan lelaki lain.

“Ketika menunggu, dia asyik bertanya kepada kami sama ada terdapat pengunjung lelaki dalam sauna. “Selagi tiada pengunjung lelaki lain dalam sauna itu, dia tidak mahu masuk kerana dia beriya-ia sangat supaya ada lelaki lain menemaninya,” katanya. Katanya, dia menganggap hanya tempatnya saja dijadikan sebagai ’syurga’ lelaki bernafsu songsang itu, sebaliknya pusat urut tradisional milik rakannya yang lain turut menerima ‘bala’ sama.

“Saya percaya golongan terbabit mula menjadikan sauna di tempat kami sebagai kawasan baru bagi mereka untuk melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya. Katanya, perbuatan itu dikesan terus berlaku hingga kini, tetapi tiada apa yang mampu dilakukannya untuk menghalang mereka. “Saya percaya, mereka mengambil kesempatan ini kerana kami tidak boleh melihat mereka dengan jelas. “Lagipun, mereka membayar harga yang ditetapkan untuk menggunakan sauna,” katanya.

Share/Save/Bookmark

admin Cerita Tentang Kurus, Tip Kurus

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.