Home » Obesiti dan Penyakit » 60 peratus Rakyat Malaysia Gemuk

60 peratus Rakyat Malaysia Gemuk

option
www.KuruskanBadan.com

Salam, gemuk..gemuk..gemuk..ramainya rakyat Malaysia yang gemuk…60% gemuk? adakah anda salah seorang daripada carta tersebut? Saya ingin paparkan laporan daripada Utusan Malaysia hari ini, 15 November 2010 mengenai 60% rakyat Malaysia gemuk.

60% Rakyat Malaysia Gemuk, Adakah Anda Termasuk Dalam Kategori Tersebut?

60% Rakyat Malaysia Gemuk, Adakah Anda Termasuk Dalam Kategori Tersebut?

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

“Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

“Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan. – Bernama

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />

3 Responses

  1. Idris says:

    Humaizi, masalah obesiti dengan penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah atau sebagainya ini memang sudah seperti adik-beradik. Apabila anda sudah diketegorikan sebagai Obes, jangan lupa untuk membuat pemeriksaan doktor bagi mengelakkan ianya menjadi lebih teruk lagi.

    Dapatkan pelbagai lagi tip menguruskan badan dari blog saya SihatCyber.com.

  2. cherry limaichin says:

    MORE maklumat sihat-sihat

  3. CK says:

    bagaimanakah kita mengetahui minimum berat badan kita…kerana dulu berat badan sy ialah 70kg dengan ketinggian 165cm..tetapi semenjak sy mengamalkn senaman …berat badan sy hanya 65kg setelah bersenam selama sebln…tetapi yg menghairankan berat badan sy amat payah mengurang setelah mencapai 65kg…adakah berat badan tidak dapat mengurang lagi…???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

© Kuruskan Badan
CyberChimps