Pengalaman Saya Selepas Tiga Bulan Minum Jus Mate 5
Salam,
Apa kabar semua, saya harap anda semua tentu sihat sejahtera, kalau tidak manakan sempat untuk menjengok serta membaca coretan saya dalam blog tip kuruskan badan ini. Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai pengalaman saya sendiri mengamalkan jus mate 5 semenjak dari 15 Oktober 2009.
Untuk pengetahuan, saya bukanlah dalam kategori obesiti, tetapi overweight, kerana berat ideal saya adalah 65-67kg, sedangkan berat saya pada bulan Oktober 2009 adalah 78kg. Dan sepanjang hidup saya, berat saya tidak pernah melebihi 78kg, dan namun semenjak saya concern pasal berat badan, saya tidak ingat bila berat saya cecah 67kg. Dengan itu, menjadi idaman saya untuk mempunyai berat yang ideal, iaitu 65-67kg, dan saya begitu excited untuk melihat agaknya bagaimana bentuk badan saya sekiranya mempunyai berat yang ideal.
Ok, journey saya bermula pada 15 Oktober 2009, dan kenapa saya pilih tarikh tersebut, sedangkan ianya adalah tiga hari sebelum tarikh Ulang tahun kelahiran saya yang ke 32, sebenarnya tiada memberi makna apa-apa pun…orang kata sebaiknya saya mulakan pada hari birthday saya, tapi saya tak sabar lagi untuk memulakan perjalanan hidup yang baru dengan lebih sihat dan bertenaga dengan Jus Mate 5!!!

Foto Oktober 2009
Saya ingin share gambar saya pada bulan Oktober 2009, dan pada masa ini berat saya adalah 78kg. Bulan pertama mengambil Jus Mate 5 tidak memberikan kesan yang ketara kepada saya, dan dari post mortem yang saya lakukan sendiri, saya dapati ada beberapa sebab kenapa penurunan berat badan saya tidak begitu ketara berbanding dengan pengguna jus mate 5 yang lain, antaranya adalah kerana saya tidak amalkan pantang yang strict, di mana saya tetap mengambil nescafe serta teh tarik, tetapi kurang kurang manis, serta saya tetap dinner dengan protein, iaitu ayam serta seafood. Saya juga tidak bersenam, dan saya rasakan inilah sebab utama kenapa penurunan berat badan saya tidak begitu ketara pada bulan pertama. Namun, saya ini tidak melunturkan semangat saya untuk teruskan diet Jus Mate 5, di dama saya tetap pantang untuk tidak mengambil nasi, dan saya rasakan hidup kita ni sebenarnya lebih sihat dan bertenaga tanpa nasi!!! Kalau anda nak tau, cubalah sendiri, belum cuba belum tahu, dan sebenarnya banyak benda lain yang kita boleh makan bagi mengenyangkan perut kita serta memberi tenaga untuk teruskan hidup seharian.

Foto Oktober 2009
Pada pandangan saya, untuk turun kan berat dalam masa yang amat singkat adalah mustahil, kerana kita telah menyimpan lemak di badan ini berpuluh tahun lamanya, jadi kita perlukan kesabaran, betul tak? Ok, setelah tiga bulan pantang dari makan nasi, saya ingin share dengan anda semua gambar terkini saya yang diambil pada bulan januari 2010.

Foto Januari 2010
Saya rasakan ada sedikit perubahan pada diri saya sendiri, di mana timbangan berat badan saya telah menyusut kepada 71kg, dan ukuran perut, pinggang dan punggung saya telah berkurang sebanyak tiga inci!!! Bagi saya ini adalah satu perkembangan yang bagus, kerana diet Jus Mate 5 ini amat mudah, di mana saya tidak perlu bersenam, saya tidak perlu berlapar dan yang pentingnya saya sentiasa bertenaga!

Foto Januari 2010
Pada pandangan saya, untuk berjaya dalam mana-mana program diet, kita perlu sabar, dan letakkan satu ‘vision’ iaitu ke mana arah kejayaan kita, dan pastikan apa yang kita buat ini bukan untuk orang lain, tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Perjalanan diet saya sebenarnya masih jauh lagi, di mana saya perlu turunkan lagi berat sebanyak 5kg, dan ini bukanlah sesuatu yang senang, kerana semakin menghampiri berat ideal, semakin kurang kg yang akan turun. Dengan itu,saya perlu lebih bersabar, dan anda jua begitu! Sekarang ini saya perlu menentang segala cabaran dan dugaan yang datang!
Harapan saya adalah semoga dalam masa 3-6 bulan lagi saya akan mendapat berat badan yang ideal, dan saya yakin ianya adalah tidak mustahil, bukankah begitu pembaca yang budiman semua? InsyaAllah, doakan semoga saya berjaya!!
Salam Ceria,
Humaizi
Salam…. tahniah coz bjaya trunkn berat bdan….smoga berjaya utk dptkan brat bdan yg ideal… doakn sy juga…
sy jg pgguna jdm5. bru sebulan guna… bert sy dah trun dlm 5kg… tp masalahnya, sejk akhir2 ni sy rasa mcm nk mkan sngt2. then, kdg2 sy makan juga lauk2 tnpa nasi. tp, kwn2 sy kata, itu tidak bgus coz x seimbang… cmne ni?
target sy jauh lagi ni..dlm 10 kg lg kene trun… aduhhh…
Saya dah baca pengalaman penggunaan selama tiga bulan jusmate.Tahniah saya ucapkan kerana anda telah berjaya menurunkan berat badan tu. Untuk membezakan antara diri saya dan diri anda cara pemakanan yg anda ambil tu lebih kurang sama saja kecuali sya ada mengambil pil perancang. Mungkin itu salah satu sebab punca lambat penurunan berlaku. Skrg nie saya stop dulu pengambilan jusmate ni dan baru2 ni saya timbang berat badan saya sama seperti masa saya ambil jusmate dulu iaitu turun 0.3 kg. Itu saya dah ambil 3 kotak jusmate. Saya sebenarnya bukan tidak sabar tentang penurunan ini, tapi dah 3 kotak masih berat di tahap yang sama.
Tahniah dari saya…muka dan bahagian badan awak nampak ketara penyusutannya!! Sebenarnya kalau nak kurus terpaksalah catu permakanan..tak boleh main agak2 je betul tak (tapi kekadang tu tersasar juga kan
Berat badan saya juga turun sebanyak 9kg pada 19hb Januari 2010 selepas 2 bulan saya mengambil JDM5. Buat ieda kemungkinan pil perancang tu yang mengganggu proses penurunan awak..sebab dah 3 kotak masih samar2 lagi..harap bersabar dan buatlah pilihan yang mana satu lebih penting k..apa pun saya support semua yang ambil JDM5.
Sue, betul tu, memang kena catu makan. tapi masalah kita kat malaysia ni..makanan berminyak melampau banyak, kena family support supaya kurangkan minyak dalam makanan, dengan cara itu saja boleh kontol makan. awak memang hebat!! 9kg dalam masa 2 bulan. harap awak akan capai berat ideal dalam masa terdekat..atau awak dah capai berat idaman?
Tahniah, teruskan perjuangan anda dan milikilah kesihatan yang berterusan dan badan idaman anda, we will always with u 7 give support 4 y. congraj! and keep it up.
tahniah, nmpk penyusutan
tahniah banyak perbezaan memang dah kurus
oklah tu. lagi kurus tentu lebih ketara, kan?
saya dah mula, belum timbg lagi. ada rasa ringan ckit, tp
byk gangguan laa.. tetamu ramai dtg rumah..kenalah jugak
duduk mkn. kena kuatkan semangat nih !
hurm dh lama saya makan jusmate5 nih tp tk byk ketara sgt perubahan huhuh bukan kerana jus mate5 itu sendiri..tp kerana tk berdisplin hehehe..makan nasi juga, bergoreng bedal juga walau dlm kuantiti sket..
tp mmg nmpk perubahan la tgk gmbr kt bolg atas tuh..tibe2 rase pkse diri ikut aturan pemakanan..kalu tk smp bile kekal besar mcm nih..huhuhu
Sherry, letakkan satu ‘vision’ dan tampal di mana-mana, awak pasti boleh lakukan, especially nasi. ianya amat mengundang kegemukan. dan bagi saya, tanpa nasi pun kita masih boleh bertenaga dan sihat.
Tahniahhhh!!!!!! sgt teruja dengan perubahan kamu..saya belom cube lg
saya ni makan xde la banyak,tapi malam msti makan lewat…
2 yg badan gemok huhuhu
Enas, sure ada sebab kenapa awak makan lewat malam, cuba atasi ‘masalah’ tersebut, sebab itulah punca badan kita menjadi ‘besar’ sebenarnya.
yelah nampak sangat penyusutan tapi saya belum beli lagi xcukup modal hehehe..
amisha, tak apa, mungkin skrg ni awak dah boleh mula diet karbo dulu, biasa2 kan tghari makan sayur rebus dan malam makan sup saja. then bila dah start jus mate 5, penurunan badan awak akan lagi pantas sebab badan dah biasa dengan makanan yang sihat.
wahhh…tahniah!!jus mate 5 betul2 membantu sesiapa mencapai berat idaman..walaupun rasenye kurang diterima tekak tapi pk ‘ubat’ mane ade yg sedap kan..tahniah bro..:) same2 kite KONSISTEN utk mencapai berat idaman..yg penting..SIHAT,CANTIK dan CERGAS..
tahniah krn brt anda tlh turun.saya juga sdg mgamalkan JM5 skrg.Saya mula amalkan pd 30 Nov 2009.Alhamdulillah,berat sebelum ini 63kg tlh turun kpd 54 kg skrg.Saya masih lg mgamalkn JM5 utk dptkn berat antara 48-50.Walaupun tdk mengambil nasi tapi saya rasa bertenaga dan semakin bersemangat utk turunkn berat badan idaman.Jom diet sama2….
liana, awak memang hebat!! dah 9kg turun, dan memang tak mustahill utk dptkan berat idaman 48-50kg dalam masa terdekat. tahniah!
Tahniah & Alhamdulilah sebab awak dapat turunkan berat badan dengan jayanya. Awak kelihatan tampat dan segak iaitu bahagian muka awak tampak susut dengan ketara. Saya nak ucapkan terima kasih sebab berika kata2 motivasi kepada saya. berat badan saya sekarang ialah 82 KG. tinggi 172cm. ingin nak turun sebanyak 5 KG. saya amalkan jusmate 2 kali sehari. saya hanya makan sarapan pagi yang ringgan biasanya bihun, telur rebus tanpa kemuning dan air suam. tgh hari gantikan makan tgh hari dgn Jusmate petang sayur-sayuran dan jus oren dan malam Jusmate pulak.
Saya berdoa amalan diet sebegini impian saya ingin turun sebanyak 5 KG dapat direalisasikan. Betulkah diet saya nie. saya sepatutnya panggil awak siFu. tolong beri tunjuk ajar sedikit.. hehe Terima kasih diucapkan terlebih dahulu.
Uzir, saya yakin awak boleh lakukan, sebab cara pemakanan awak memang agak strict, dan tak mustahil kalau awak teruskan mcm tu, dalam masa sebulan dah boleh kurang 5kg.
tahniah utk awk, awk bjaya hadapi cabaran dpn mata awk. tp sy heran jg, sy penah ambk jdm5 ni slama smggu, xambk nasi, tapi yg heran nya, slera mkn sy smakin btmbah… sy ni plajar prktl, pg sy akn masak utk family sy mee/bihun/ns grg.. sy pun akan mkn skali(kuantiti kecil). pg ambk pil-utk anti tido sbb sy akn mgantuk wktu time office hour, tghari ambk jdm5, n mlm sy akn msk lg.-ini mmbuat kn slera mkn sy btmbah sgt.. tp sy tahan n ambk jdm5.. alhamdullilah mggu ptama kurang 2kg, n mggu ke-2 kurang 1kg.. skrg adalah mggu ke-3 sy.. so, sy nk awk beri pdpt ttg cara pmaakn sy ni.. bsenam xda ms sbb turun kj awl n blk lewat.. sbtu ahd sy wat akt renang ngn kwn slama 2jam.. wlupun akn letih tp rs seronok wat akt renang ni.. harap dpt dgr pdpt awk.. thanks so much,
anie, pasal selera makan bertambah, ramai gak yg bagi feedback pada saya mengenai perkara tu. pada pengamatan saya, bulan pertama memang mcm tu, sebab sebenarnya bukan sebab selera makan bertambah, tapi kita terasa lapar disebabkan oleh diet, dan badan kita masih belum biasa dengan keadaan sebegitu, sebab tu ‘perasaan’ untuk makan bertambah. apa yang saya baca, anie ada perubahan, iaitu penurunan berat badan walaupun anie kena masak utk family dan makan mihum atau nasi goreng di waktu pagi. kalau boleh elakkan makanan mcm tu, sebab mengandungi banyak kalori.
Salam.. tahniah, skiranya kt mggunakan JDM5 ttp kt tidak mngamalkan senaman adakah ianya berkesan??
Azi, berkesan tanpa senaman, tapi agak lambat sedikit berbanding dengan orang yang bersenam.
belum lagi..doakan saya berjaya ok!
InsyaAllah Sue, awak akan berjaya capai berat ideal.
tahniah dari Maz… boleh emailkan kat Maz tak menu diet yang Huzaimi amalkan?
maz, sejak januari 2010, saya ambil jus mate ganti breakfast, sebelum itu ganti lunch, saya rasa better ganti breakfast, sebab lunch boleh makan sup sayur, boleh kenyang dan bertenaga sampai petang. pkl 10am pagi saya ambil light meal, eg, biskut jacob. pkl 4pm pun saya ambil biskut, tapi biskut IKO. dinner saya dengan sup ayam atau ikan bakar, menu yang simple, tetapi boleh mengenyangkan.
Tahniah!Seronoknya baca kisah semua org turun brat bdn.Saya ni mkin bertmbh2.Hu..hu..JM5 dah beli..tapi ntah bila nak mula ni…Pantang btul dpt nasi.Camne yea nak mula diet ni?
Semalam (26 Jan 2010) baru timbang.. bestnya dah turun 60.8 kg dari 66.8 kg masa mula-mula minum dulu.. (hujung bulan Nov)ni yang semangat lagi nak turunkan berat ni. Tapi maz minum JM5 ni tghari sebab takut tak tahan godaan kawan-kawan ajak makan tghari. So kalau minum JM5 ni tghari ni tak payah la kluar makan. Thanks Huzaimi coz byak bagi inspirasi
tahniah kerana berjaya,teruskan perjuangan anda,semoga dapat n tercapai apa yang di impikan dan di idam-idamkan.TAHNIAH SEKALI LAGI
A’kum,tahniahlah kerana berjaya trnkan brt bdn.untuk pngtahuan saya mmng nk mnjd ahli jm5 ni strsnya mnrnkn brt bdn saya.saya rasa truja krn shbt baik saya sndr tlh brjaya mnrnkn brt bdnnya dgm jm5 ni.pape pn sya mst nk trnkan brt saya sblm saya plng ke kmpng bulan april nnt.saya nk bktikan yang saya blh kurus smla sprt biasa.
salam,
sy pengguna jdm5 sejak bulan november 2009. sebulan penggunaan, berat sy yg asalnya 97kg telah turun kepada 93kg pada bulan dec 2009. tp selepas tuh, sy terpaksa berhenti sekejap penggunaan jdm5. sy igt berat akan naik semula. tp sy still kawal pemakanan. yg pelik, berat sy semakin turun kepada 90kg. midle jan hari tuh, sy smbung lagi makan jdm5, dh skrg berat sy turun ke 88kg setelah habis sekotak jdm5. sy tak lar strict sgt. sbb kekadang terpaksa attend lunch ngan family member or kawan2. tp sejak mengamalkan diet, sy langsung tidak mengambil dinner. sy punye target adalah 70kg dahulu. mgkin selepas mencapai target 70kg, sy akan cube untuk target yg lebih ringan. doakan saya berjaya…insyaAllah…
IdaSyaheeza, tahniah kerana anda telah berjaya turunkan berat dengan jus mate 5, kebanyakan pengguna jus mate 5 memang boleh turunkan berat badan, yang pentingnya kita kena sabar, dan jangan letakkan saranan yang tidak terlalu munasabah, betul tak?
salam semua.. thanks awk ats nasihat awk 2.. skrg sy rs diet tnpa nasi amat baik utk bdn kta. alhamdullillah, berat sy trun 1kg stiap mggu(wlupun sy harapkn 3kg smggu utk turun. tapi yg pntg sy dpt kurangkn berat bdn.. awk semua, thanks jg bg pgalaman masing2 sbb nasihat awk semua tlh mberi dorongn kpd sy… sy harap sy dpt turun 5kg utk bulan ni.. sy nk kurus smasa konvo sy nti bulan okt.. doakn sy.. n kpd huzaimi, thanks sbb sediakn ruangn ini utk mbakar smgt kmi utk kurus… thanks so much :>
saya dah makan sekotak tapi berat baru trun 1.5kg….hurm 2mggu pertame je sy diet tanpa nasi pastu sy tak leh elak sbb pengaruh kwn2…ni baru 2 paket untuk kotak kedua…bantula saya unyuk kuatkan semangat….saya down sgt bile 2 mggu diet tanpa nasik hny trun 1kg
hani, dah consider ok, sebab dua minggu turun 1kg. awak kena sentiasa letak vision di depan mata, dan ingat akan kebahagiaan yang akan dicapai apabila berat mencapai skala yang ideal. for info, jus mate 5 tidak memberikan kesan yang ketara dan amat cepat, sekurang-kurangnya dalam masa 1-3 bulan baru nampak perubahan yang ketara.
salam..tahniah semua yg berjaya menurunkan berat badan n kpd humaizi tq kerana bnyk tip2 awk berikan,sebelum sy ambil jm5 berat sy 79kg dn tinggi 148cm,setelah ambil jm5 pd 17hb jan 2010,hari ini 12hb feb sy timbang 75kg,sy thu berat sy tk sesuai dgn ketinggian sy,sy perlu turunkan sebanyak 20kg lg,masalahnye sekarang sy tk mampu memujuk perut yg selalu menangis minta makan,kekadang badan saya turut mengigil dn sebu,terpaksa le sy bedal nasi gak. boleh humaizi bg tip2 utk memujuk perut yg selalu merengek ni,nasi dari beras herbaponni +sayur n ikan bakar atau rebus
rohaida, susah gak nak melawan perasaan kan? tapi bagi saya semuanya atas pemikiran kita..fikir semula matlamat yang kita tetapkan…dan kenapa kita perlu makan nasi sedangkan banyak lagi makanan lain yang boleh mengenyangkan perut kita di samping memberi khasiat yang lebih berbanding nasi?
tahniah diucapkan kpd humaizi mengurangkan berat badan anda!
lili, terima kasih
tahniah kerana berjaya mengurangkan berat badan dengan cepat.saya jg seperti anda mengamalkan meminum jusmate 5.tidak mengamalkan senaman tp saya perlahan2 meninggalkan makanan berlemak,x minum bergas,x makan yg manis2,x mmakan slps jam 6 ptg.tp masalah skrg sy belum dapat berat badan yg ideal
saya dah masuk 3 kotak jusmate 5.baru turun 4 kg.target nak turun lg 6 kg so 60 kglah nanti bkn apa adik nak kawin bulan ogos ni.takut sengetlak pelamin orang.mana tau dapat turun jadi 55kg ooolala.tq humaizi rasa bersemangat lagi nak kurus
hii saye jessyca di sini.berat i sebelum ambil jusmate 83.5kg.selepas ambil 3box berat i turun 3kg sahaje.sekarang i dah habis 6 box of jusmate tapi berat i tak turun langsung.i nak kawin bulan 12ni i takut sangat…i nak 55-60kg macam name tu boleh tolong tak
sebenarnya sy juga salah sorang pengguna jdm5! akan tetapi kadang2 terliur juga melihat hidangan yang enak terhidang atas meja! kadang2 minum pkl 1 tengahhari tapi pkl 4 perut dah berkokok! Nak buat camne tu?cuba makan buah tapi tak jadi juga!
Aii..sya pun slh seorang pengguna JM5..bt maser nie lom ada kesan aper2 lg memandangkan sya on off, on off ttg diet..sya tekad utk minum JM5 semula pd 24.02.2010 dan nie disebabkan mak mertua yg suka menyindir sya sjak sya b’kwin dgn ank dia..sya akan buktikan pd dia yg sya bukan apa yg disangka..1-2, mgkn sya blh trma tp lamer2 sya x tahan dgn mulut dia yg suka mengata kelemahan sya kpd sedara-mara & kwn2 nyer..sya akan j’pa dia bla sya dah kurus & sya akan bt mata dia t’beliak melihat keadaan saya slps ini
When you are in a not good position and have no cash to go out from that point, you will require to receive the credit loans. Just because that would help you definitely. I get student loan every year and feel myself OK because of that.
salam.. tumpang tanya.. selamat tak kalau ibu-ibu yg still breastfeed gunakan jdm 5? tingin jugak nak cuba tp takut tak sesuai cos sy still breastfeed my baby..