Salam,
Umum mengetahui tentang wujudnya Jus Mate tiruan yang berleluasa. Daripada maklumat yang saya perolehi, bukan sahaja Jus Mate mengalami masalah diciplak produknya oleh orang yang tak bertanggungjawab, malah produk2 laris yang lain seperti Susu Kambing HR, Produk Kopi 3 in 1 CNI. Sebab tu, sebagai pengguna, anda perlu pastikan anda hanya membeli produk2 sebegini daripada Agen yang sah sahaja. Ok, kali ini saya ingin berkongsi info yang dipetik daripada FB Dato Dr Rozmey.
Ceritanya, Seorang wanita dari Puchong , Selongor mengalami pendarahan beku pada perut selepas mengambil produk Jus Mate 5 (JM5) TIRUAN sejak tiga bulan lalu.

Shazia Akhtar Mohamed Mangsa Jus Mate Tiruan
Shazia Akhtar bt Mohamed Salim, 25, terpaksa mendapatkan rawatan susulan di hospital selepas penyakit yang dialaminya semakin serius.
Menurutnya, dia mula menggunakan produk tiruan itu selepas membelinya daripada rakan sepejabatnya yang mendakwa mendapatkan bekalan produk dari sebuah butik kecantikan di Wangsa Maju.
Katanya, selepas membuat pemeriksaan untuk pengesahan kehamilan, dia terkejut apabila dimaklumkan bahawa dia tidak hamil dan mempunyai masalah kesihatan lain.
“Pada mulanya saya jangka mengandung kerana perut saya membesar dan tidak datang haid untuk tempoh tertentu. Namun selepas membuat pemeriksaan,perasaan gembira bertukar menjadi sedih apabila saya dimaklumkan mengalami masalah lain.
“Saya mempunyai masalah berat badan dan berhasrat untuk menurunkan berat badan dengan harapan untuk menimang cahaya mata pertama. Alangkah sedihnya apabila saya tertipu dan menggunakan produk tiruan yang mendatangkan kesan kepada kesihatan saya,” katanya.
Shazia berkata, selain kerugian wang ringgit, dia juga terpaksa mengambil cuti selama enam hari selepas menjalani rawatan di sebuah hospital swasta.
Katanya, dia akan bekerjasama denganpihak Datuk Dr Che Rozmey Che Din untuk memastikan pengguna lain tidak tertipu dengan lanun produk JM5 tiruan.
ok, di sini saya ingin kongsi dengan anda bagaimana untuk kenalpasti produk Jus Mate tiruan atau asli, sila lihat gambar di bawah ini:

Perbezaan yang nyata antara Jus Mate Asli dan Tiruan

Beza Jus Mate Asli dan Tiruan
Sehubungan dengan itu, nasihat saya, dapatkan jus mate 5 dan produk2 HPM daripada pengedar HPM yang sah dan anda boleh layari laman web www.kuruskanbadan.com untuk dapatkan jus mate yang asli dan original dari HPM.





gambar ke dua 2,beza plastik ke?or beza tempat keratan plastik?
Macam mane na thu yg real dgn x?? gmba tu x jelas sgt….hrp bole bgthu…A.S.A.P…
beli dengan agen sah dan penghantaran direct dari Jitra Kedah dgn kurier skynet, mmg sah jus mate tulen. utk pengesahan pembelian, boleh contact HPM utk pastikan anda terima produk tulen.
Say a rasa yg original lebih halus Dan warnanya agar keputihan berbanding yg tiruan yg agar mining Dan kasar
Azmin, saya sendiri tak pernah jumpa yang jus mate tiruan, sebab so far memang saya beli direct dari HPM sahaja.