Archive

Archive for the ‘Tragedi Nak Kurus’ Category

Produk Pelangsing Mengandungi Bahan Beracun

August 15th, 2010

Salam,

Alhamdulillah, nampaknya Kementeria Kesihatan begitu serius menangani produk pelangsing badan yang membahayakan kesihatan malah boleh menyebabkan kematian kepada pengguna.

Jangan Bunuh Diri Anda Dengan Ubat Kurus Kintop

Jangan Bunuh Diri Anda Dengan Ubat Kurus Kintop

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda laporan daripada Berita Harian, 15 Ogos 2010 mengenai sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba. ”Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor. Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Ubat Kurus Lami Yang Membunuh

Ubat Kurus Lami Yang Membunuh

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. ”Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit. Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung. ”Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Pelangsing Body Beaus Yang Beracun

Pelangsing Body Beaus Yang Beracun

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

  • Kintop, Body Beaus, BMI-9 Xy Slimming Capsule, Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:

  • Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

  • Obexlim, Slimax Coffee Beaute,  Fit Body Contour, Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:

  • 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

  • Makjun Taufiq Dua Istimewa, Majun Dua Istimewa, Ginseng Jin Fui Wan, Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga, Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat), Red Brand Ginseng Plus,  Zheng Fei CapsuleRen,  Sem Tu Chon Chin Kuo,  Pill Makjun Syafiq 3 Istimewa Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:

  • Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

  • Eriesya Spa Beauty, CreamAtika Beauty, Renewal Cream Temulawak,  Whitening Pearl Cream, PapayaRatna Sari, Whitening Night Cream, Tia Amelia Krim, Jeragat Chantique, Whitening Night Cream RZAC,  White Pearl Cream, Nuriz Day and Night Cream, Elite Rias Er Cream, R&Z Whitening Night Cream, Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream, Pigmentation Recovery Complex, Zara Rejuvenation Cream, Natasya Krim Herba Gold, De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

  • Pil Zhen Zhu Bai Fong WanQian Tong DanRaja Ubat ResdungCoral Plus UA 350MG

Nasihat saya untuk anda semua, berhati-hati dalam memilih produk pelangsing, untuk kurus biar berpada, tak apa lah badan gemuk sekalipun , yang pentingya kita sihat. Kalau nak kurus, buat kajian dengan teliti produk pelangsing yang anda ingin ambil. Banyak produk yang telah terbukti tidak merbahaya, antaranya Herbalife dan Jus Mate. Tepuk dada tanya selera.

www.HerbaTerbaik.com

Share/Save/Bookmark

admin Tragedi Nak Kurus

Risiko Pil Pelangsing

April 25th, 2009

Pada tahun 2002, masyarakat dunia dikejutkan dengan kisah seorang pelakon Singapura, Andrea De Cruz, yang nyaris maut gara-gara mengambil pil pelangsing.

Insiden itu benar-benar memberi kesan dan menginsafkan kalangan wanita yang sebelum itu telah dan berhasrat mencuba kaedah sama, semata-mata mahu memperoleh bentuk badan idaman.

De Cruz yang mengalami kegagalan fungsi hati secara tiba-tiba, terpaksa menjalani pemindahan hati untuk menyelamatkan nyawanya.

Walaupun memenangi kes saman terhadap pengedar pil itu dan diberi ganti rugi berjumlah hampir S$900,000 (RM1.9 juta) oleh Mahkamah Tinggi, belum tentu peristiwa itu dapat dilupakan begitu sahaja.

Yang pasti ia meninggalkan trauma kepada wanita yang pernah bercita-cita menjadi ratu cantik dunia semasa kecilnya itu.

Antaranya, melibatkan seorang pekerja pusat hiburan di Kuantan, Pahang,yang dikatakan mengambil ubat melangsingkan badan dan alkohol secara berlebihan.

Turut dikaitkan seorang kakitangan Kementerian Kesihatan, Rosni Mat, 24,.

Bekas graduan di salah sebuah universiti tempatan yang mempunyai ketinggian 164 sentimeter dan berat antara 80 hingga 90 kilogram itu didakwa membeli ubat pelangsing berasaskan herba melalui internet.

”Sebagai jalan pintas, masih ramai yang mengambil pil pelangsing tanpa memikirkan kesan sampingan,” kata Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kar Lin pada sesi ceramah bertajuk Kehidupan dan Kematian: Kebenaran Tentang Penggunaan Ubat-Ubatan bagi Penurunan Berat Badan, di salah sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.

Menurut beliau, memiliki tubuh kurus dan langsing menjadi satu trend kepada individu terutama wanita hari ini.

Kebanyakan individu ini menganggap tubuh sedemikian bukan sahaja berupaya menukar diri mereka kelihatan lebih cantik, bahkan sihat dan sempurna terutama dari segi penampilan.

”Ini turut dipengaruhi dengan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan serta bebas daripada penyakit yang diakibatkan oleh kegemukan atau berat badan berlebihan,” katanya.

Katanya, kegemukan yang dikaitkan dengan kemajuan serta perubahan gaya hidup juga dikesan sebagai punca pelbagai jenis penyakit.

Antaranya, kencing manis, jantung, darah tinggi dan pelbagai jenis kanser.

Beliau juga memberitahu, menyekat pemakanan atau berdiet sahaja tidak cukup menjadikan ia kenyataan.

Jika sekalipun seseorang itu berjaya menguruskan badan, tetapi kulit yang dulunya tegang kini mulai kendur akibat tidak bersenam.

Senaman kata Khoo, penting bukan sahaja ingin memperoleh bentuk tubuh menarik, tetapi tahap kesihatan juga dapat dikekalkan.

”Ia patut dijadikan amalan dalam gaya hidup sihat seharian di samping memastikan pengambilan makanan seimbang mengikut piramid yang betul,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, pengambilan pil pelangsing bukan sahaja satu pembaziran, lebih besar kesan terhadap kesihatan seseorang.

Tambahnya, tiada gunanya jika seseorang itu berjaya mengurangkan berat badan dalam masa singkat sekalipun, tetapi gagal mengekalkannya dan menyebabkan masalah kesihatan lain pula.

”Selain terdedah kepada kemungkinan mengalami kerosakan organ dalaman, individu itu juga menghadapi risiko maut jika tersalah langkah.

”Ini kerana ada ubat penahan lapar yang memberi kesan sampingan pada kesihatan dan menjejaskan sistem saraf pusat di dalam tubuh seseorang,” katanya

Sumber :  Utusan Malaysia : 26/04/2005

Share/Save/Bookmark

admin Tragedi Nak Kurus

Pil Pelangsing Sebab Kematian

April 25th, 2009

Salam,

Cerita yang saya paparkan ini dilaporkan oleh berita harian pada 16 Februari 2007. Walaupun ianya telah lama berlaku, semoga cerita ini menjadi panduan dan pedoman untuk kita semua.

Kapsul pelangsing dijual syarikat jualan langsung rosakkan buah pinggang

ALOR STAR: Seorang suri rumah berusia 33 tahun meninggal dunia semalam, dipercayai akibat mengambil ubat pelangsing dan teh herba buatan China.

Normala Shahidan, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Alor Star (HAS) kira-kira jam 1.30 petang semalam selepas menerima rawatan sejak dua hari lalu.

Sebelum ini, ibu tiga anak berusia empat hingga 13 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati dengan berat badannya mencecah sehingga 72 kilogram (kg) menyebabkan beliau mengambil kapsul pelansing dan teh herba itu sejak sembilan bulan lalu.

Suaminya, Roslan Khamis, 39, berkata berat badan isterinya meningkat mendadak kepada 72kg selepas melahirkan anak ketiga, Mohd Izzudin, menyebabkan dia tertekan lalu mengambil pelangsing yang dibeli melalui jualan langsung.

Beliau berkata isterinya membeli sekotak ubat pelangsing mengandungi 60 kapsul dan teh herba mengandungi 30 sachet yang berharga RM350.

“Isteri saya pernah bertanya ketika membelinya pada Mei tahun lalu tetapi saya memintanya menyelidik sama ada ia sesuai atau sebaliknya. Saya tak kisah dia mengambilnya kerana pada kotak berkenaan tertera kelulusan Kementerian Kesihatan.

“Selepas hampir tiga bulan, berat badannya menurun kepada 55kg menyebabkannya amat seronok,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gunung Keriang, dekat sini, semalam.

Namun, sejak November tahun lalu, Normala mengadu sakit pinggang dan menjalani rawatan di HAS dan doktor mengesahkan buah pinggangnya mengalami kerosakan.

Beliau berkata, sejak itu, isterinya sering berulang-alik ke HAS untuk menjalani rawatan susulan tetapi keadaannya kritikal sejak kelmarin.

“Saya dimaklumkan sebelah buah pinggang rosak teruk dan perlu dibuang segera untuk menyelamatkan nyawanya. Dia tidak boleh bercakap serta bergerak sejak beberapa hari lalu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya,” katanya.

Roslan berkata, sebelum ini doktor pernah bertanyakan isterinya sama ada mengambil pil pelangsing tetapi dia hanya mendiamkan diri.

Beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pengedar pil pelangsing itu.

Jenazah Normala dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gunung Keriang, dekat sini jam 6 petang semalam.

Share/Save/Bookmark

admin Tragedi Nak Kurus

Tragedi Sedut Lemak (Lipo Suction)

April 25th, 2009

Petikan dari Harian Metro

KUALA LUMPUR - Entah di mana silapnya, setelah 14 kali menjalani rawatan sedut lemak pada badan, Noraini Mohd. Ghazali, 30, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik di Jalan Lima, Ampang

Menurut doktor yang merawatnya, pengarah urusan syarikat membekal peralatan makmal itu telah muntah sebanyak tiga kali sebaik sahaja disuntik ubat pelali dan usaha menyelamatkannya selama 40 minit gagal.

Kakak angkat mangsa, Misha Abu Bakar, 46, berkata, kejadian yang berlaku amat mengejutkan kerana ketika itu dia sedang menunggu di tingkat bawah klinik tersebut.
Menurut Misha, dia berasa pelik kerana perlu menunggu selama hampir empat jam dari pukul 1 tengah hari sedangkan pengalamannya menemani adik angkatnya itu mendapatkan rawatan sebelum ini tidak pernah melebihi satu jam.

“Sekitar pukul 5 petang, saya kemudian melihat beberapa jururawat turun naik dalam keadaan cemas sehinggalah saya mendesak mereka memberitahu apa yang berlaku.”Mereka hanya meminta saya bertenang dengan alasan rawatan masih berjalan sebelum saya diminta naik ke bilik rawatan kerana doktor mahu berjumpa,” katanya

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham. Kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua. InsyAllah.

Share/Save/Bookmark

admin Tragedi Nak Kurus