Category Archives: Tip Kurus

Rahsia Diet Yang Efektif

option
www.KuruskanBadan.com

Rahsia Diet

Apabila sebut pasal diet, tidak ramai dari kita yang melakukannya. Tapi ramai yang sentiasa mencari apakah rahsia diet yang efektif. Namun itu sebahagian, sebahagian daripada kita begitu mengambil endah soal berat dan kesihatan badan. Biasanya apabila berdiet, ramai yagn akan mengurangkan makan agar berat badan turun. Namun hasilnya tidak memberangsangkan. Jika turun sekalipunhanya dalam tempoh sekejap saja dan kemudian kembali naik. Ini dipanggil yoyo diet. Jadi bagaimana rahsia agar diet yang dilakukan berjaya?

Perkara yang perlu dihindari dalam diet seharian

1. Berlapar

Makan banyak oleh menambah berat badan. Jadi ramai yang berusaha menahan lapar malah ada yang tidak makan. Sebenarnya cara ini salah, apabila anda berlapar, ia akan menurunkan metabolisme tubuh yang akhirnya melambatkan pembakaran lemak. Jadi, berlapar bukanlah satu rahsia diet yang berkesan.

rahsia diet

Kurus dan Langsing Idaman Wanita dan Lelaki

Tenaga tubuh akan berkurang. Anda akan berasa lemah dan keletihan apabila melakukan aktiviti harian. rasa lapar adalah salah satu petanda bahawa perut anda kosong dan gula dalam darah juga kurang.

Sedangkan perut yang terisi dan gula sangat diperlukan otak. Mungkin anda pernah mengalami masalah pening kepala apabila perut kosong bukan? Masalah ini juga akan terjadi kepada mereka yang hanya makan sekali atau dua kali sehari. Jadi, anda perlu makan 5 hingga 6 kali sehari, 3 kali makan normal dan 3 kali makan ringan agar metabolisme tetap tinggi dalam tubuh.

2. Tidak mengambil sarapan pagi.

Ramai yang sengaja tidak mengambilnya, tidak sempat mengambilnya atau tidak biasa mengambilnya. Kononnya inilah rahsia diet yang paling hebat. Walau apa saja alasannya, ramai daripada kita elak mengambil sarapan pagi. Sarapan adalah waktu makan paling penting untuk tubuh. setelah tidur malam 8 jam tanpa mengisi nutrisi, tubuh sangat memerlukan nutrisi yang boleh diperolehi ketikan makan sarapan pagi. Ia mengembalikan tenaga untuk tubuh badan.

3. Tidak makan malam.

Memang ketika tidur, kita tidak memerlukan kalori dalam jumlah yang banyak, apatah lagi karbohidrat dalam kadar yang tinggi.

Tetapi kita memerlukan banyak protein kerana ketika tidur, hormon pertumbuhan akan digunakan untuk membaiki sel-sel tubuh yang rosak. oleh itu, pastikan pengambila protein yang mencukupi. Ambillah protein kira-kira 2 hingga 3 jam sebelum tidur dan karbohidrat 4 jam sebelum tidur. Disarankan minum susu atau air kosong sebelum tidur untuk penyerapan protein lebih lambat.

Inilah sebahagian daripada rahsia diet untuk anda tampil kurus dan langsing. Selamat beramal…

Rahsia Diet

Obesiti Bukan Penghalang Bersikap ‘Happy Go Lucky’

option
www.KuruskanBadan.com

Dari sudut kesihatan, obesiti merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan nutrisi. Tetapi, dari pandangan mata masyarakat, obesiti adalah satu masalah yang melibatkan gaya hidup dan pemakanan seseorang.

Langsing dan Kurus Adalah Idaman Semua Wanita

Malah, penyakit ini semakin menular dan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia dan latarbelakang. Hal ini terjadi disebabkan oleh faktor obesiti yang datang dalam pelbagai bentuk seperti genetik, gaya makan, gaya hidup, persekitaran, dan lain-lain.

Masalah ini semakin runcing apabila seseorang yang mengalami obesiti lebih suka duduk di rumah dan menonton televisyen sehari suntuk tanpa melakukan sebarang aktiviti. Walhal tindakan itu salah kerana ia tidak memberikan sebarang penyelesaian kepada masalah obesiti.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda seorang yang berhadapan dengan masalah obesiti, anda tidak seharusnya merasa rendah diri dan kerap mengeluh. Sikap seperti itu mampu membuatkan anda tertekan dan tidak seronok menjalani kehidupan.

Oleh itu, di bawah ini terdapat 6 tips untuk anda bersikap ‘Happy Go Lucky’ walaupun badan anda bersaiz besar daripada orang lain.

1.    Tolak Tepi Kata-Kata Negatif

-    Orang sekeliling anda memang suka untuk mengenakan seseorang yang berbadan besar. Ketahuilah, perkara ini terang-terangan menyebabkan anda menjadi tidak yakin dan merasa diri serba kekurangan. Akhirnya, persepsi itu memusnahkan hidup anda. Oleh itu, anda perlu tangani situasi ini dengan kuatkan semangat seterusnya menghapuskan kata-kata negatif itu daripada terus bermain dalam minda anda. Ianya tidak mudah tetapi anda mampu lakukannya!

2.    Fikirkan Anda ‘Luar Biasa’

-    Bagaimana untuk lakukannya? Pertama, anda perlu mengubah cara pemikiran anda kepada yang lebih positif. Setiap hari, renung cermin dan katakan kepada diri sendiri bahawa anda seorang yang luar biasa dan lebih hebat daripada insan lain. Amalkan setiap kali bangun daripada tidur sehingga pemikiran itu tertanam dalam minda anda. Semasa merenung cermin, buangkan segala kata-kata negatif yang menghantui diri anda agar teknik ini menjadi lebih berkesan.

3.    Bergaya Seperti Yang Lain

-    Obesiti bukan penghalang untuk anda bergaya seperti orang lain. Hiaslah diri anda dengan pakaian yang cantik-cantik. Mekap muka anda agar kelihatan lebih menyakinkan dan outstanding. Tiada siapa yang nak marah. Itu kan hak anda!

4.    Aktif Dengan Pelbagai Aktiviti

-    Sekiranya selama ini anda tidak pernah terlibat dengan sebarang akiviti, inilah masanya untuk anda berbuat demikian. Anda boleh ikuti sebarang aktiviti kelab atau persatuan di sekolah, universiti mahupun pertubuhan luar. Dengan menyertai pelbagai aktiviti, ianya membuatkan anda menjadi lebih mahir dan pakar terhadap sesuatu perkara. Sekaligus membuatkan anda lupa terhadap kelemahan diri yang sedang anda fikirkan.

5.    Hangout Dengan Rakan-Rakan

-    Sebelum ini, apabila rakan mengajak anda keluar, jawapan yang biasa anda berikan adalah dengan mengatakan tidak. Ini kerana anda berasa malu untuk keluar disebabkan keadaan diri anda yang obesiti. Sepatutnya, anda perlu buang sikap malu itu dan keluar bersama rakan-rakan. Aktiviti itu mampu menceriakan dan menggembirakan diri anda. Hal ini membuatkan anda merasa tidak tersisih.

6.    Panjatkan Kesyukuran

-    Anda sebaiknya merasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T. Ini kerana, anda bukannya cacat dan langsung tidak boleh bergerak untuk melakukan sebarang kerja atau aktiviti. Ingatlah, terdapat insan yang lebih susah daripada anda. Buktikan bahawa anda mempunyai kekuatan yang tersendiri tetapi tidak dimiliki oleh orang lain.

Sejurus anda mempunyai minda yang positif, mungkin anda boleh mula plan untuk kuruskan badan dengan mengikut panduan yang betul. Jangan terburu-buru dalam menguruskan badan kerana ia boleh membahayakan diri sendiri.

Untuk mengetahui panduan diet yang betul dan berkesan khas buat para wanita, anda boleh layari ke http://bit.ly/PakarRahsiaDietWanita untuk dapatkan ebook Rahsia Diet Wanita.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
Humaizi

Dah Diet Tapi Masih Tak Kurus-Kurus Lagi

option
www.KuruskanBadan.com

“Kenapa tubuh saya masih gemuk meskipun pelbagai usaha dan cara telah saya buat?”  Itulah biasanya keluhan ramai di antara kita. Ada di antara kita mula melakukan senaman dan mengurangkan makan. Meskipun mengamalkan diet yang ketat namun dia tidak berjaya untuk kurus.

Apabila kita makan, makanan akan diagihkan ke seluruh tubuh melalui empat cara.

1) Hati

Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Ini bermakna hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Selain itu hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak. Apabia enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.

2) Otak

Otak menggunakan secara terus zat makanan yang diperlukan. Yang terpenting adalah glukosa. Keseimbangan paras glukosa dijaga oleh keseimbangan hormon dalam darah kita. Apabila kelenjar hormon bermasalah maka ketidakseimbangan paras gula membuatkan seseorang berasa berdebar debar dan mudah letih.

Apabila otak tidak mendapat cukup tenaga maka seseorang juga menjadi murung dan mudah berasa bosan.

3) Otot

Otot kita menggunakan banyak tenaga. Metabolisme pada otot boleh jadi berlaku secara erobik di mana otot menggunakan oksigen bagi menguraikan gula kepada tenaga dan boleh jadi juga secara unerobik di mana pemecahan glycogen tidak menggunakan oksigen. Hasil akhirnya ialah sejenis asid laktik yang membuatkan otot berasa sakit dan lenguh.

4)Adipose tisu

Adipose tisu ialah nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita. Tisu lemak merupakan simpanan tenaga dalam tubuh. Apabia seseorang berada dalam keadaan berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga. Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Di antara hormon dan enzim yang penting ialah insulin glucagon thyroid lipase dan banyak lagi jenis amylase yang bekerja bersama sama.

Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.

Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stress.

Kita perlu faham terhadap metabolism sebelum memulakan program penurunan berat badan. Hormon cortisol yang terlalu tinggi cenderung bukan sahaja mengumpul lemak, ia juga membuatkan kulit bengkak dan timbul tanda pigmentasi kehitaman pada kuit.

Ramai orang berkata obesiti disebabkan pemakanan yang salah dan mengambil kalori berlebihan. Namun mengapa setelah berdiet dan makan secara sedikit mereka tetap tidak kurus? Kalau sebab obesiti ialah kalori berlebihan kenapa kita sukar kurus meskipun makan sedikit.

Menganggap obesiti sebagai suatu penyakit yang mengancam kesihatan membolehkan kita berganding bahu di dalam masyarakat bagi merawat dan membendung kejadian ini. Rawatan obesiti bukan sahaja memerlukan pengurangan kalori. Sebaliknya kerosakan hormon metabolik perlu dirawat dan kebolehan tubuh menggunakan lemak sebagai tenaga perlu distimulasikan. Ini dinamakan rawatan secara customized iaitu memenuhi keperluan tubuh seseorang.

Sumber: Mingguan Malaysia 15 Mei 2011

Kenapa Karbohidrat Boleh Menggemukkan

Salam,

Kita pasti selalu dengan orang cakap jangan ambil karbohidrat banyak sangat, nanti boleh gemuk. Sebab itulah ada orang yang berdiet tidak makan nasi serta roti, bagi menguruskan badan mereka. Betul ke karbohidrat boleh menggemukkan?

TERDAPAT dua jenis karbohidrat yang tidak menyihatkan di dalam hidangan kita seharian. Yang pertama adalah makanan manis dan bergula manakala kedua bijirin yang tidak bercambah seperti roti, nasi dan pasta.

Karbohidrat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan jauh lebih baik kerana ia semulajadi tanpa melalui proses pengubahan sebagaimana roti dan gula.

Karbohidrat jenis roti dan gula meningkatkan paras gula dengan mendadak sehingga merosakkan kesihatan manakala jenis sayur-sayuran pula mengurai dengan perlahan memberikan tenaga tanpa merosakkan tubuh.

Gula merupakan keperluan sel dalam tubuh kita. Tanpa gula kita menjadi lemah tidak bermaya. Yang merosakkan tubuh adalah kenaikan paras gula melampau secara tiba- tiba. Apabila kita minum segelas minuman manis, paras gula meningkat dengan tiba-tiba menyebabkan paras hormon, enzim dan transmitter tubuh berada dalam keadaan yang tidak menentu. Lama kelamaan akibat aktiviti tidak menentu ia mudah rosak. Keadaan ini boleh disamakan dengan suis lampu atau peralatan elektrik yang dipetik beribu kali tanpa henti. Sudah tentu ia mudah rosak kerana penggunaannya yang tidak berkala.

Apabila mengambil minuman yang sangat manis atau makan makanan berkarbohidrat tinggi seperti roti atau pasta jumlah gula akan meningkat secara drastik di dalam darah. Kita akan berasa bertenaga selama 20 minit. Kelenjar insulin mengesan kehadiran gula dan mula bekerja keras menurunkan kadar gula. Insulin yang banyak akan berkitar di dalam tubuh kita melebih sejam. Pada masa ini paras gula sudah terlalu rendah manakala paras insulin pula sangat tinggi. Ketidakseimbangan membuatkan seseorang menjadi lemah dan lesu. Ini adalah faktor mengapa tubuh kita menjadi letih dan mengantuk setelah beberapa jam makanan makanan manis atau tinggi karbohidrat diproses.

Apabila proses ini berulang setiap hari tubuh kita bagaikan kehilangan signalnya yang semula jadi. Paras hormon metabolik turut terjejas dan akhirnya kita akan menjadi obes yang tidak mudah dipulihkan dengan diet biasa.

Seseorang yang mahu kurus harus mangambil berat fakta sebegini. Metabolik tubuh harus ditingkatkan. Pemilihan makanan yang tidak meningkatkan paras gula dalam darah adalah faktor terpenting bagi membantu meningkatkan hormon metabolik.

Indeks Glycemic merujuk kepada kebolehan sesuatu makanan meningkatkan paras gula dalam darah. Ia sebenarnya merujuk kepada kebolehan sesuatu makanan dipecahkan menjadi gula dalam darah kita. Lebih tinggi indeks glycemic bermakna lebih cepat makanan ditukar menjadi gula dan memberi kesan buruk kepada tubuh kita.

Senaman adalah satu lagi faktor utama yang mampu meningkatkan kadar metabolisma. Kita perlu ingat bahawa senaman bertujuan meningkatkan kadar pemanasan tubuh dan bukannya membentuk otot semata mata. Oleh kerana lemak lebih cenderung terbentuk pada perut, paha dan belakang maka senaman yang baik adalah senaman yang menggunakan otot ini.

Saya mencadangkan senaman otot-otot utama atau Core Muscle Excersize yang mudah dan sangat berkesan. Otot utama kaya dengan bahan pembakar lemak. Pergerakan otot utama membuatkan seluruh tubuh kita berfungsi. Apabila kita melakukannya kita dapat rasai kesan yang pantas dan hebat.

Senaman jenis ini tidak memerlukan ruang yang luas. Memadai dilakukan di atas tilam atau lantai sahaja. Lagipun ia tidak mengambil masa yang panjang hanya sekitar 20 minit sahaja. Ia juga tidak menjemukan kerana tanpa disedari kita menggunakan tenaga seluruh tubuh bagi melakukannya. Pada waktu ini otot-otot akan distimulasi dan mengeluarkan hormon serta enzim yang baik bagi mengunakan lemak secara efektif.

Seorang sahabat saya yang juga doktor pakar memberitahu sejak berat badannya meningkat dia berasa sangat tertekan. Senaman dan pengurangan makanan sahaja tidak dapat membantu. Selepas meningkatkan paras hormon dan enzim kehidupannya kembali ceria. ”Dulu senaman pun tak berpeluh namun sekarang berpeluh-peluh,” katanya.

Saya teringat seorang jiran berbangsa Tionghua yang memberitahu bahawa dalam masyarakatnya tubuh yang sihat adalah tubuh yang berpeluh dan panas. Teknik perubatan Cina mementingkan peningkatan metabolisma.

Salah satu cara untuk meningkatkan metabolisme adalah bersenam secara konsisten sebaiknya di awal pagi. InsyaAllah, apabila metabolisme kita meningkat, berat badan dapat diturunkan dalam masa yang cepat.

Panduan Atasi Dagu Berlapis

Salam,

Pasti ada antara kita semua menghadapi masalah Dagu Berlapis. Ada yang mempunyai badan yang tidak gempal, tetapi mengalami masalah dagu yang berlapis. Ini pasti merisaukan kita semua, tak kira lelaki atau perempuan kerana dagu amat penting kerana memberi bentuk & keindahan pada wajah. Cuba bayangkan bagaimana bentuk muka kita tanpa dagu? Macam manalah agaknya rupa kita kalau tak berdagu ye?

Dagu Berlapis Memberi Kerisauan
Dagu Berlapis Memberi Kerisauan

ok, cuba anda perhatikan dagu anda di hadapan cermin. Hakikatnya kita tidak boleh menukar dagu kita melainkan dengan menggunakan teknik moden seperti pembedahan atau suntikan botox, namun apa yang kita sebagai orang Marhain ni boleh buat, dengan hanya berusaha agar dagu kita tidak berlapis menjadi dua atau tiga seperti kuih lapis..upssss…sorryy…

Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana boleh terjadinya dagu berlapis? Dagu berlapis bukan saja terbentuk daripada kesan makan berlebihan. Banyak faktor lain yg membantu, menyumbang dan menyebabkan ianya terjadi termasuk cara duduk dan berjalan yang tidak betul. Ada beberapa panduan utk menjaga
bentuk dagu kita :

1. Cuba jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.

2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis.

3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot & merangsang peredaran darah.

4. Lakukan senaman dagu & leher bila2 ada waktu yg terluang. Waktu yg terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv atau ketika di pejabat.

Senaman Dagu

1. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir2 dgn tangan kiri & kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.

2. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yg boleh. Ulangi sebyk 10 kali. Pasti kita akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang & ketat.

3. Menggunakan otot muka & leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yg boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.

Apakata mulai hari ini kita lakukan senaman dagu ini. Jangan tunggu lagi. Jadikan ianya sebagai amalan dan rutin harian kita. ok, sebelum saya m mengakhiri posting blog hari ini, saya ingin berkongsi pengalaman seorang gadis yang berjaya menghilangkan dagu berlapis, ikuti kisah beliau melalui paparan dalam video youtube ini:

Ramai rakan terkejut dengan penampilan Siti Asmani Abdullah, 24, yang semakin agak berisi apabila terserempak dengannya kerana sebelum ini  beliau memiliki bentuk badan yang langsing sebelum melanjutkan pelajaran di politeknik.

“Sebelum menggunakan Jus Mate 5, berat badan saya ialah 64 kg dan selepas tidak sampai dua kotak mencuba, saya berjaya mendapatkan berat badan sebanyak 53 kg.

“Gembira sangat apabila melihat wajah di cermin. Kalau dulu, dagu saya berlapis, kini tidak lagi dan perasaan rendah diri pun hilang,” katanya yang sedang mengikuti jurusan ‘Material Engineering‘ di tahun ketiga.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Dato Dr Rozmey kerana berjaya mencipta formula ajaib Jus Mate 5 dan banyak membantu golongan obesiti serta mengembalikan keyakinan diri mereka.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang Jus Mate 5, boleh layari laman web www.kuruskanbadan.com

60 peratus Rakyat Malaysia Gemuk

Salam, gemuk..gemuk..gemuk..ramainya rakyat Malaysia yang gemuk…60% gemuk? adakah anda salah seorang daripada carta tersebut? Saya ingin paparkan laporan daripada Utusan Malaysia hari ini, 15 November 2010 mengenai 60% rakyat Malaysia gemuk.

60% Rakyat Malaysia Gemuk, Adakah Anda Termasuk Dalam Kategori Tersebut?

60% Rakyat Malaysia Gemuk, Adakah Anda Termasuk Dalam Kategori Tersebut?

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

“Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

“Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan. – Bernama

Cara Terbaik Tingkatkan Metabolisme

METABOLISME berperanan membakar kalori ketika semua anggota badan melakukan aktiviti termasuklah ketika bernafas, proses penghadaman dan peredaran darah.

Semakin meningkat usia seseorang, semakin sukar untuk mengawal berat badan kerana berlaku perubahan pada tahap metabolisme badan.

Perubahan ini berlaku disebabkan penurunan tahap metabolisme melalui faktor umur, jantina, genetik, tekanan, dan juga jumlah senaman yang dilakukan oleh seseorang individu tersebut. Mereka yang mempunyai kurang lemak dalam badan, umumnya mempunyai metabolisme yang lebih tinggi.

Tips semulajadi untuk tingkatkan kadar metabolisme

Tips semulajadi untuk tingkatkan kadar metabolisme

Bagi anda yang mengimpikan untuk memiliki tubuh kurus tetapi sering bermasalah untuk mengurangkan berat badan, salah satu puncanya disebabkan anda mempunyai tahap metabolisme badan yang rendah. Oleh itu, tahap pembakaran kalori juga akan menjadi lebih perlahan.

Ada 6 cara-cara untuk meningkatkan kadar metabolisme badan iaitu :

1. Bersenam
2. Bersarapan pagi
3. Makan dengan lebih kerap
4. Minum air
5. Minum teh hijau
6. Mendapat rehat yang secukupnya

Anda perlu jadikan aktiviti ini sebagai rutin harian anda supaya hasilnya, berat badan akan turun, anda semakin cergas dan bertenaga dalam melakukan sebarang kerja harian.

Panduan Dapatkan Tubuh Langsing

SERONOK apabila mendengar ada orang terdekat di kalangan kita yang dulunya berisi, alih-alih berjaya menguruskan badan. Pasti jauh disudut hati teringin juga untuk memiliki bentuk tubuh yang menawan persis model.

Ada Teknik Tertentu Untuk Pastikan Badan Anda Langsing

Ada Teknik Tertentu Untuk Pastikan Badan Anda Langsing

Bagaimanapun, untuk menurunkan berat badan bukanlah mudah kerana memerlukan teknik yang betul. Meski pun anda berjaya mengurangkan berat badan, tetapi belum tentu ‘pengurangan’ itu tidak menjejaskan kesihatan tubuh anda. Oleh itu, sebelum memulakan ‘aktiviti’, anda perlu mengetahui rahsia pelangsingan yang betul.

UKUR BERKALA

Sebelum memulakan aktiviti, ukur dahulu fizikal anda. Bermula dengan timbang berat badan, ukur lilitan pinggang, pinggul dan lengan. Lakukan ukuran rutin secara berkala. Dengan itu, anda boleh mengetahui perkembangan sama ada aktiviti yang anda lakukan membuahkan hasil atau masih kurang.

ATUR POLA MAKAN

Selain itu, anda juga mesti mengubah pola makanan terutama kurangkan lemak, makanan yang manis dan karbohidrat. Bukannya tidak boleh makan sama sekali, tetapi sebaiknya, ambil secara minimum atau gantikan dengan versi rendah lemak. Contohnya daripada makan ais krim, cuba amalkan makan yogurt rendah lemak atau jus buah-buahan. Selain bermanfaat untuk mengurangkan berat badan, ia juga membantu menjaga kesihatan tubuh.

SEIMBANGKAN KELUAR MASUK

Jika berjaya mencapai berat badan ideal, tidak beerti anda tidak boleh makan makanan yang sedap lagi lazat. Prinsip dalam mempertahankan berat badan agar kekal stabil sebenarnya tidaklah rumit sangat. Yang penting ‘pengeluaran’ mestilah seimbang dengan kadar ‘kemasukan’. Sekiranya anda makan banyak, maka aktiviti yang perlu anda lakukan juga mesti banyak agar semua kalori yang masuk terbakar.

KAWAL PERASAAN

Rasa kenyang, lapar semuanya terletak dalam fikiran. Kalau anda yankin yang anda sudah kenyang, walaupun mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit, anda akan tetap berasa kenyang. Sebaliknya, jika anda makan banyak tapi di fikiran anda merasakan tidak cukup, maka ia akan membuat anda berasa lapar.

BUAT CATATAN

Ada baiknya sepanjang menjalani proses penurunan berat badan, anda sediakan buku harian untuk mencatat semua menu yang anda makan. Ia bertujuan memastikan anda mengikut garis panduan pemakanan yang disarankan. Dengan itu, anda akan tahu penyebab kenaikan atau perubahan berat badan sekiranya terjadi di kemudian hari.

BERSENAM

Tidak perlu melakukan senaman yang berat, yang penting teratur dan selamat untuk tubuh. Perlu diketahui bersenam mampu membuatkan tubuh anda kelihatan lebih bertenaga dan memberi ‘bentuk’ pada tubuh badan. Selain itu, dengan bersenam ia dapat meningkatkan stamina anda. Senaman mudah yang boleh anda lakukan ialah dengan berjoging di kawasan halaman rumah, mendaki tangga dan sebagainya.

LAKUKAN BERPASANGAN

Bagusnya jika kawan-kawan turut menyokong dan membantu usaha anda untuk hidup sihat. Apatah lagi apabila dapat lakukan aktiviti bersama-sama, tentu gembira bukan. Selian itu, cuba nada rancang acara keluarga yang bersifat lebih aktif dan sihat. Misalnya berenang, mendaki, menyediakan menu makanan sihat atau joging beramai-ramai, pasti menyeronokkan.

GAYA HIDUP

Jadikan hidup sihat sebagai gaya hidup anda. Apabila hidup sihat sudah menjadi gaya hidup, anda akan merasakan keperluan dalam bersenam dan mementingkan pengambilan makanan yang sihat. Tapi jangan pula terlalu ‘taksub’, bimbang nanti tersalah langkah. Sebaiknya seimbangkan di antara keperluan senaman dan juga penambilan makanan sihat.

AIR PUTIH

Kadang-kala anda tidak mampu mengawal pemakanan yang anda makan setiap hari. Lantaran tidak tahan dek godaan makanan yang enak-enak. Jangan risau anda boleh mengingkirkan makanan ‘jahat’ itu dengan banyakkan minum air putih. Air putih dapat membantu melarutkan bahan makanan yang ‘terlanjur’ masuk ke dalam perut. Ataupun anda boleh amalkan minum jus buah-buahan.

KEPENTINGAN SAYUR

Ramai orang menganggap sayur-sayuran adalah makanan sampingan sahaja. Hakikatnya, ia lebih dari itu. Amalkan makan sayur tiga hingga empat mangkuk sehari. Sayur membantu mencernakan penghadaman dan seterusnya membolehkan ia ‘bekerja’ dengan baik.

Sumber: Majalah Dara.Com

Senaman Bentuk Bahu dan Leher

Senaman Untuk Bentukkan Leher Anda

Senaman Untuk Bentukkan Leher Anda

BAGI mendapatkan bentuk leher dan bahu yang tampak gagah, senaman yang memberi penekanan kepada otot trapezius perlu dilakukan. Pada bahagian otot inilah penampilan yang anda idamkan, dapat dibina dan dibentuk.

Senaman yang dapat memberi penekanan kepada bahagian ini pula adalah senaman barbell upright row. Bagaimanapun, ramai yang melakukan senaman ini mengikut teknik salah. Kebanyakan daripada mereka cenderung mengangkat siku lebih daripada paras bahu.

Kesalahan ini boleh mendatangkan risiko kecederaan kepada rotator cuff (penjuru bahu). Adalah penting bagi seseorang mengetahui bahawa ruang antara kepala dengan humerus (tulang lengan atas) serta bumbung bahu adalah sangat terhad, hingga otot dan ligamen sering menerima kesan akibat ruang yang terlalu sempit ini.

Jika siku diangkat melebihi paras bahu, ia boleh mengakibatkan bahagian ini bengkak dan menyempitkan lagi ruang yang ada. Ini menambah lagi komplikasi seperti kesakitan, mengehadkan pergerakan serta membuatkan bahagian berkenaan lemah.

Sehubungan itu, bagi mengurangkan risiko kecederaan ketika melakukan senaman barbell upright row ini, pastikan anda berhenti mengangkat barbell apabila ia berada pada paras bahu.

Ikuti teknik senaman yang ditunjukkan Fareed Amin. Maklumat mengenai senaman ini dikongsi jurulatih kecergasan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mohd Hoesni Rahmat.

Langkah

1. Dapatkan barbell dengan berat yang sesuai dengan kemampuan anda untuk mengangkatnya sekurang-kurangnya lapan kali. Sediakan juga sebuah rak yang rendah untuk anda letakkan barbell. Pastikan ia berada di paras paha atau lutut. Ini bagi memudahkan gerakan mula untuk senaman ini. Jika ini kali pertama anda melakukan senaman ini, gunakan barbell yang ringan terlebih dulu untuk membiasakan diri.

2. Genggam palang barbell dengan tapak tangan menghadap badan anda. Jarak di antara tangan yang menggenggam itu seelok-eloknya sama dengan jarak antara kedua-dua bahu atau lebih rapat.

3. Berdiri tegak dengan kedua-dua belah tangan lurus ke bawah. Hembus nafas dan secara perlahan-lahan, angkat barbell mendekati bahagian dada. Pastikan palang barbell tidak melebihi paras dagu manakala siku pula tidak melebihi paras bahu. Pastikan palang barbell sentiasa hampir dengan badan anda. Lebih rapat palang barbell dengan badan, lebih baik kesan yang diperoleh bahagian trapezius. Sebaik palang barbell dinaikkan, anda akan merasakan tekanan pada otot trapezius. Tahan pergerakan berkenaan untuk beberapa saat.

4. Tarik nafas dan secara perlahan-lahan. Turunkan barbell ke posisi asal dan ulang senaman ini sekurang-kurangnya lapan kali. Jangan biarkan jarak antara pengulangan senaman ini terlalu lama. Selain itu, pastikan anda tidak menunggu lama di posisi permulaan antara ulangan. Jika tidak, ia akan membuatkan otot berehat dan mengurangkan keberkesanan senaman barbell upright row ini.

INFO

1) Pastikan kedudukan tubuh badan anda tetap sepanjang melakukan senaman ini.

2) Elakkan daripada menundukkan badan ketika menurunkan barbell ke bawah atau menarik badan ke belakang ketika mengangkat barbell

3) Pergerakan begini lebih memudahkan anda melakukan senaman barbell upright row ini.

4) Berhenti seketika dan beri tekanan kepada bahagian trapezius ketika mengangkat barbell.

5) Turunkan barbell perlahan-lahan jika ingin meningkatkan tahap kekuatan untuk senaman ini.

Oleh Diyanah Anuar, Berita Harian

Air Untuk Buang Lemak?

Salam,

Samada anda perasan atau tidak, apabila kita mengambil produk kurus, kebanyakan pengeluar produk kurus akan syorkan agar kita meminum sekurang-kurangnya 2 sehingga 3 litre air sehari. Ini adalah satu cabaran yang amat hebat bagi orang yang tidak biasa minum air dalam kuantiti yang banyak, terutamanya bagi mereka yang bekerja di ofis. Namun, sekiranya anda ingin mencapai berat idaman, kesusahan yang bakal dialami terpaksa diketepikan!

Bila Anda Lapar, Cuba Minum Air Kerana ia akan mengalihkan emosi lapar kita kepada kenyang

Bila Anda Lapar, Cuba Minum Air Kerana ia akan mengalihkan emosi lapar kita kepada kenyang

Saya sendiri sebenarnya telah mengamalkan minum air tapisan rx water sejak dari tahun 2007 lagi, sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sebab itu, apabila saya mengamalkan Jus Mate 5 sekarang ini, saya tidak mengalami sebarang masalah untuk menghabiskan air sehingga 3 liter sehari. Bukan susah pun, alah bisa tegal biasa.

Ok, kali ini saya ingin berkongsi artikel mengenai bagaimana air boleh menguruskan badan anda semua, yang dipetik daripada harian metro.

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />