Archive

Archive for the ‘Petua Kurus’ Category

Bagaimana untuk merangsang metabolisme?

August 29th, 2010

Apa yang kita makan setiap hari bukan saja menjadi membentuk badan secara fizikal malah menentukan masa depan kesihatan tulang jantung dan juga risiko mendapat diabetes ketika mencecah usia akhir 40-an.

Oleh itu ambil makanan dan minuman yang mampu merangsang metabolisme antaranya:

* Menambah cili atau mustard dalam makanan akan membantu membakar sehingga 12 peratus kalori.

* Lima cawan teh hijau sehari juga dipercayai merangsang metabolisme dan membakar 100 kalori sehari.

* Amalkan susu soya, tauhu dan kacang soya dalam pemakanan harian. Ia mengandungi oestrogen yang membantu menseimbangkan perubahan hormon yang boleh menyebabkan kelaparan.

* Pentingkan makanan kaya protein setiap kali mengambil makanan untuk mengekalkan rasa kenyang dan juga melawan perubahan mood yang boleh menimbulkan rasa lapar.

* Cuba minum susu dan makan telur semasa bersarapan; tuna, salmon, kekacang dan ayam untuk makan tengah hari; daging merah tipis atau produk berasaskan soya bagi makan malam.

* Amalkan makan kekacang antara makan tengah hari dan minum petang. Badam boleh merangsang kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan vitamin E bagi mendapatkan kulit yang berkualiti dan cantik selain membantu mengawal berat badan.

* Beri perhatian kepada makanan yang kaya dengn nutrisi dan jangan ‘bazirkan’ kalori anda untuk makanan yang tidak mampu merangsang nutrisi penting untuk badan.

* Tukar diet bebas lemak dan karbohidrat kepada diet sihat yang seimbang dengan mengawal peratusan makanan yang diambil.

Bina piramid pemakanan anda terdiri daripada 40 peratus karbohidrat kompleks, 30 peratus protein dan 30 peratus lemak sihat.

Sumber: Mingguan Malaysia, 29 Ogos 2010

Share/Save/Bookmark

admin Petua Kurus

Bagaimana Untuk Kekal Langsing?

August 7th, 2010

Makanan adalah penting untuk kehidupan seharian. Darinya, tenaga akan diperoleh untuk kita menjalankan aktiviti harian. Tanpa tenaga, kita akan lemah dan sugul.Namun begitu, jika makan dengan kerap akan mengundang masalah lain seperti kegemukan atau obesiti. Oleh itu, adalah penting untuk menjaga kuantiti makanan yang diambil bertepatan dengan nutrien yang diperlukan.

Makanan Berkhasiat Untuk Kekal Langsing

Makanan Berkhasiat Untuk Kekal Langsing

Untuk kekal langsing dan sihat, anda perlu makan dengan sikit dan sederhana namun kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.Anda perlu amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak.

Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar.Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak.Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. Kajian mendapati memakan makanan berprotein tinggi akan menyebabkan kurang rasa lapar. Pengambilan protein boleh diambil seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

Minum air putih adalah terbaik dan perlu diamalkan setiap masa. Air yang diminum 30 minit sebelum mengambil makanan berat dapat mengurangkan rasa lapar dan sudah tentu anda akan makan dalam kuantiti yang sedikit.

Makanan sebegini harus diamalkan untuk diet yang sihat supaya dapat mencegah dari pelbagai penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan.

Share/Save/Bookmark

admin Petua Kurus

Adakah Perut Anda Buncit

August 7th, 2010

Perut Buncit Digeruni Ramai Orang

Perut Buncit Digeruni Ramai Orang

Majoriti dari kalangan orang dewasa, baik lelaki atau perempuan, mengalami masalah kebuncitan. Kadang-kadang, kita nampak seseorang itu mungkin seorang yang kurus, tapi bila diselak baju, oh.buncit juga rupanya.   Bagi setiap orang, mengalami perut buncit adalah sesuatu yang memalukan kerana ia dilihat sebagai salah satu punca yang boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri.

Ok, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tips  untuk mengatasi masalah buncit perut, saya berharap anda akan mendapat manfaat daripada posting saya kali ini.

Berikut adalah tips untuk mengatasi masalah perut buncit:

Bersarapan dengan Yogurt
Pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dipercayai dapat membantu menghilangkan lemak pada perut.

Jangan gelojoh ketika makan
Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia benar-benar hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk dihadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.

Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memaksa air keluar dari sel badan dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.

Minum air
Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

Pengambilan serat yang tepat
Pengambilan serat dari buah-buahan seperti pear dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.

Selain daripada cara-cara di atas, anda juga boleh mengempiskan perut dengan mengamalkan Jus Mate 5 di waktu malam, sebelum tidur. Jus Mate 5 berupaya mengempiskan perut dengan amat efektif sekali.

Share/Save/Bookmark

admin Petua Kurus

Program Kuruskan Badan Dengan Jus Mate 5

October 10th, 2009

Salam,

Harapan saya agar anda semua berada dalam keadaaan yang menggembirakan walau di mana berada. Saya yakin ada di antara kita mula gusar mengenai berat badan setelah 21 hari berada di bulan syawal. Kalau kita tengok di pasaran, pelbagai jenis produk untuk langsing badan yang diiklankan. Namun, sejauh manakah keberkesanan produk serta program langsing badan tersebut bergantung kepada individu, samada dari segi penerimaan badan serta juga kos yang diperlukan.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu produk yang dicipta oleh anak tempatan, Dr Rozmey, iaitu Jus Mate 5 keluaran Herba Prima Sdn Bhd. Honestly, sewaktu produk ini mula berada di pasaran, saya rasa sangsi dengan keberkesanannya. Mana taknya, saya telah mencuba pelbagai produk, dan saya yakin anda semua juga sama seperti saya. Malah produk yang sedia ada di pasaran adalah teramat mahal kerana ianya diimport dari US. Berbalik kepada produk keluaran herba prima sdn bhd, iaitu Jus Mate 5, saya amat tertarik dengan testimoni yang berjaya menurunkan berat, contohnya, yang terbaru Lidywani, daripada 105kg turun ke 49 kg. Kalau anda ingin melihat gambar beliau, sila kunjungi, www.kuruskanbadan.com

Saya yakin ramai telah mengetahui Jus Diet Mate 5 formula yang hebat ini. Ianya boleh mengawal selera makan, menghalang pembentukkan lemak, mengurangkan pengambilan gula, meningkatkan kadar metabolisma dan menukarkan kabohidrat kepada tenaga yang merupakan 5 faktor utama di dalam pengurusan berat badan.

Adakah anda mengetahui Kenapa Program Diet Gagal? Saya boleh rumuskan mengenai tiga faktor kegagalan program diet, iaitu:

Pertama, kerana Tindakan Drastik dengan memberhentikan terus pengambilan kalori dan makanan tetapi kembali ke tabiat asal setelah tercapai matlamat diet.

Kedua, Nutrisi Tidak Seimbang di mana kebanyakan program hanya memfokuskan jenis makanan yang spesifik tanpa menghiraukan kepentingan nutrisi yang seimbang.

Ketiga, Glisemik yang tinggi menyebabkan tekanan gula dalam darah tidak stabil sekaligus menyebabkan anda kembali rasa lapar.

Jadi kini saya dan telah telah ketemui satu produk yang Di formulasikan oleh Dr. Che Rozmey Che Din, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, MD(USM), M.MED(O&G)(USM) . Beliau telah melakukan penyelidikan dan kajian yang terperinci sejak dari Jun 2003 bagi mencari satu formula unik yang serba lengkap bagi program pengurusan berat badan.

Herba-herba segar dari Eropah diadun khas istimewa dengan pati buah-buahan menggunakan kaedah ‘biotech’ terkini berteknologi nano amat berkesan dalam membantu mengurangkan selera makan, menjadikan anda rasa kenyang dan bertenaga untuk menjalani aktiviti harian.

Dengan itu, sekiranya anda adalah seorang yang pentingkan kesihatan tubuh badan dan inginkan badan yang langsing, adalah sesuatu yang amat merugikan sekiranya anda tidak mencuba produk yang hebat ini.

Salam ceria,
Humaizi
www.kuruskanbadan.com

Share/Save/Bookmark

admin Petua Kurus, Tip Kurus

Manfaat Berjalan Kaki

October 5th, 2009

RAMAI wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.

Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.

Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.

Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:

Berat badan stabil

Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

Menurunkan berat badan

Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

Risiko elak serangan jantung

Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.

Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

Angin ahmar atau strok

Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

Mencegah kencing manis

Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

Mencegah osteoporosis

Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

Meredakan sakit lutut

Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

Tekanan

Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

Kanser

Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

Tip jalan laju

  • Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa
  • Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata
  • Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju
  • Gerakkan lengan ketika berjalan
  • Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu
  • Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman
Berita Harian Oleh Siti Nur Almizan Aripin

Share/Save/Bookmark

admin Petua Kurus

Petua Kempiskan Perut

June 28th, 2009

Lelaki amat sinonim dengan masalah perut buncit. Ia sesuatu yang normal, namun keterampilan diri haruslah dipelihara. Oleh itu, apa kata anda amalkan petua ini untuk mendapatkan perut yang kempis.

Caranya, minum air campuran limau nipis dan teh tanpa gula setiap hari. Petua ini hanya boleh diamalkan untuk mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit. Mudah dan murah bukan?

Petua ini juga boleh digunakan untuk kaum wanita. Namun anda kena pastikan anda tidak mengandung dan juga tidak menghidapi apa-apa penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan.

Ada juga sesetengah dari kita mempunyai badan yang ’slim’, namun di perut terdapat spare tyre yang mungkin berlipat-lipat. Ada cara paling mudah untuk kempiskan perut anda, hanya dengan mengambil Jus Mate 5 sebelum tidur, InsyaAllah, perut anda akan kempis dalam masa 4-7 minggu. Bagaimana perut boleh dikempiskan dengan meminum Jus Mate 5? Anda boleh layari link  http://www.kuruskanbadan.com/carapenyediaan.html  untuk maklumat lanjut.

Share/Save/Bookmark

admin Petua Kurus