Archive

Archive for the ‘Jus Mate 5’ Category

Boleh Mengandung Selepas Ambil Jus Mate 5

December 11th, 2009

Salam, saya ada menerima beberapa emel daripada pengguna mengenai Kesan Jus Mate 5, adakah ianya akan memberi kesan dari segi kemandulan seperti sesetengah produk kuruskan badan yang lain, atau sebaliknya. Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca menngenai kesan positif mengenai Jus Mate 5, dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada penulis blog Jus Diet Mate 5 kerana berkongsi testimoni pengguna beliau.

2 bulan lepas, saya menerima berita gembira dari 2 orang pelanggan saya yang mana masing-masing telah disahkan mengandung selepas sebulan mengambil Jus Mate 5. Salah seorang darinya, anak yang paling bongsu buat masa ini sudah berumur 7 tahun. Beliau sendiri tidak menyangka akan mengandung lagi. Walaubagaimana pun berita tersebut diterima dengan hati yang gembira dan syukur dengan rezeki yang tidak disangka itu.

Tidak lama kemudian saya terima lagi berita dari seorang downline saya yang mengatakan 3 orang pelanggannya juga sudah disahkan berbadan dua. Sungguh menakjubkan. Adakah berita2 di atas hanya satu kebetulan atau Jus Mate 5 berjaya membantu meningkatkan tahap kesuburan mereka? Berikut saya huraikan penerangan Dr. Rozmey tentang masalah ketidak-suburan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, mempunyai risiko lebih 50%  untuk mengalami sindrom PCOS. PCOS atau Polcystic ovaris adalah sejenis sindrom yang menyebabkan seseoarang indidvidu sukar untuk mengandung. Ini kerana ia menyebabkan mereka sukar untuk menghasilkan telur yang elok yang dapat dilepaskan ke dalam fallopian tiub seterusnya ke rahim.

Ia membesar tetapi ia tidak matang(masak). Ini bermaksud ia tidak membesar ke saiz 20mm. Kemudian ia tidak dilepaskan oleh kilang ovari masuk ke dalam fallopian tiub iaitu tangan rahim. Seterusnya ia kecut dan karung itu kemudian bengkak dipenuhi air dan menjadi cyst. Dikatakan ia bermula dengan paras hormon yang tidak seimbang di dalam badan. Ia juga selalu terjadi apabila seseorang meningkat berat badan. Terdapat sebilangan kecil wanita kurus mengidap PCOS jua.

Antara simptom PCOS ialah :

1. Period lambat
2. Period jarang datang
3. Darah period bila keluar sedikit dan berwarna kecoklatan
4. Adakalanya keluar banyak sehingga berketul-ketul dan menyebabkan cramping.
5. Kadang-kadang ada rasa sakit senggugut
6. Badan yang gemuk
7. Badan ditumbuhi bulu seperti lelaki, di kaki, misai dan buah dada
5. Rambut tipis di kepala

Rawatan untuk masalah berat badan berlebihan dan PCOS lebih efektif sekiranya berat badan pesakit boleh diturunkan kepada berat ideal dgn kaedah amalan diet seimbang dan dibantu dengan bahan/ ubatan yang tidak mempunyai kesan negetif terhadap hipotalamus dan kelenjar pituitari. Apabila pesakit mendapat berat badan ideal, hormon androgen dan prolactine akan berkurangan, ovari stroma akan bertambah baik, dan kapsul ovari lebih nipis. Ini membenarkan follicle untuk mencapai ‘Dominant Follicle ‘ dan seterusnya proses ovulasi.

JDM ternyata mampu merawat kes PCOS dengan cara penurunan berat badan seperti diatas. Disamping itu ramuan khas protin soya di dalam Jus Mate 5  mampu mengaktifkan ‘Meiosis” dan penghasilan oocyte dan ovulasi yg maksima.

Share/Save/Bookmark

admin Jus Mate 5

Mampu Lari Lebih Lama Dengan Jus Mate 5

December 6th, 2009

Rohani Sebelum

Rohani Sebelum

Rohani Selepas Ambil Jus Mate 5

Rohani Selepas Ambil Jus Mate 5

Dulu kalau berjogging pasti saya akan cepat letih dan penat tapi selepas minum JM5 semuanya berubah, saya boleh berlari lebih 1 kilometer tanpa henti setiap hari.

“JM5 seperti memberikan tenaga luar biasa kepada saya, selain membantu mengurangkan berat badan saya juga rasa lebih cergas dan sihat…hasilnya setelah dua bulan saya berjaya kurangkan berat badan saya dari 76 kilogram (kg) kepada 56 kg,” kata Rohani Che Wan Hamzah, 29, seorang suri rumah dari Kemaman, Terengganu.
Menurutnya beliau tidak rasa kekok mengikut diet yang disarankan Dr Rozmey kerana JM5 membuatkan beliau kenyang dan bertenaga.

Selain itu, setiap kali bangur tidur di awal pagi beliau rasa segar dan kerja-kerja dirumah seperti mengemas, membasuh dan memasak dapat dilakukan dengan cepat tanpa rasa lesu serta malas.

Rohani berkata JM5 mengubah segalanya tentang dirinya. Sekiranya dulu beliau seorang yang mudah semput tapi dengan JM5, beliau bertukar menjadi seorang ibu yang aktif dan cergas.

Share/Save/Bookmark

admin Jus Mate 5

Jom Sertai Cabaran Langsing Herba Prima

October 30th, 2009

Salam,

Anda teruja untuk kuruskan badan? Kalau anda ingin dapatkan hadiah dari kejayaan program kuruskan badan, saya cadangkan anda menyertai program Cabaran Langsing Herba Prima. Berikut adalah ‘press statement’ yang saya dapatkan daripada laman web Herba Prima Sdn Bhd

Bagi pengguna Jus Diet Mate 5 (JDM5) yang mempunyai berat 90 kilogram ke atas, anda dijemput untuk menyertai Cabaran Langsing siri ke-3 sebelum hujung Disember ini.

Pengarah Urusan Herba Prima Marketing Sdn.Bhd Dr. Che Rozmey Che Din berkata setakat ini seramai 100 orang telah menghantar penyertaan mereka dan daripada jumlah itu HPM akan membuat tapisan sehingga 20 atau 10 orang sahaja untuk ke peringkat akhir pada Januari depan.

“Hadiah menarik menanti pemenang-pemenang seperti pakej percutian yang ditaja HPM sebelum ini,” kata beliau.

“Pengguna yang berminat untuk menyertai cabaran itu perlu menghantar (pos) kepada HPM bukti pembelian tiga penutup kotak JDM5, saiz ukuran badan, gambar sebelum dan selepas, penurunan sebelum dan selepas (kilogram).
“Selain itu pengguna perlu menulis sedikit kisah penggunaan JDM5 dan hantar kepada Cabaran Langsing Siri 3, Herba Prima Marketing Sdn.Bhd, Lot 70, Bandar Darul Aman Jaya, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman,” kata beliau.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi HPM di nombot 04-9179746 atau 04-916 4262.

Share/Save/Bookmark

admin Jus Mate 5

Fakta Mengenai Obesiti

October 20th, 2009

Adakah anda seorang yang risaukan tentang ukuran badan? Mungkin anda belum lagi mencapai tahap obesiti, namun sekiranya tidak dijaga dari sekarang, tidak mustahil anda akan sampai ke peringkat obesiti suatu hari nanti. Saya ada beberapa fakta mengenai obesiti yang tersenarai di bawah ini:

1. Kalori yang berlebihan akan ditukar kepada lemak. Pada permulaan sel saiz sel lemak membesar dan kemudian bertambah bilangan. Semasa penurunan berat badan saiz lemak boleh mengecil sebanyak 60%-80%, tetapi bilangan sel lemak  hanya dapat berkurang sedikit (30%).

2. Penyebab ketidakseimbangan kegunaan kalori dan pembentukan lemak berbeza pada setiap individu dan factor umur, jantina, keturunan, emosi, persekitaran, penyakit, ubatan memainkan peranan penting.

3. Famili gemuk lebih kemungkinan berkongsi gaya hidup dan diet yang menjurus pada kegemukan.

4. Dengan peningkatan umur, lebih banyak otot bertukar kepada lemak.

5. Mengandung dan pengamalan pil/ suntikan/ implant perancang keluarga banyak menyumbang kepada kegemukan pada wanita.

6. Penyakit kronik yang biasanya menyebabkan kegemukan seperti PCOS, hipotiroid, Sindrom Cushing, kemurungan, Pra Willi Syndorem dan penyakit pada kalenjar pituitary.

7. Mereka yang lemak berkumpul di pinggangnya 3 kali lebih risiko mengidap penyakit seperti darah tinggi dan jantung berbanding mereka yang lemak terkumpul di pinggul dan paha.

8. Melalui JDM5, rawatan pengurusan badan, telah Dr Rozmey meletakkan pada kesungguhan pengamal Jus Diet Mate 5 mengurangkan kalori dan menukar pemakanan tinggi karbohidrat, protein dan lemak kepada yang rendah kalori, lemak dan karbohidrat dan mula  perbanyakkan mengambil serat, sayuran dan buahan.

9. Ubatan berkimia bertindak dengan menekan/ menahan rasa lapar tanpa membantu sel meningkatkan tahap metabolisme. Dan terbukti tidak berkesan dalam perawatan penurunan berat badan, secara keseluruhan, di mana 90% kes, terjadi kegemukan mendadak sebaik saja berhenti mengambil pil berkimia.

10. Penyelidikan yang dijalankan di UK dan US selama 20 tahun mendapati rawatan dengan pil pelangsing berkimia hanya mampu menurunkan berate badan 5-10% sahaja dan 30% tidak langsung hilang berat manakala 60 yang berat turun, mengalami kenaikan berat semula, lebih dari berat asal hanya dalam tempoh 3 ke 6 bulan.

11. Jus Mate 5 yang diformulasi oleh Dr Rozmey bertindak memperhebatkan lagi amalan pengurusan berat badan GOLD STANDARD iaitu kurangkan kalori dan banyak membakar lemak dengan kebolehan mengaktifkan metabolisme kita, tenaga, pengunaan glukos dan pembakaran lemak. Sistem usus juga dirawat dengan membuang lemak yang berlebihan, toksin dan bacteria yang berbahaya di dalam usus,  hasil cammpuran fiber guar gum.

12. Masih banyak mereka yang gemuk hanya kerana kesalahan amalan memakan makanan yang tinggi lemak, protein dan karbohidrat pada masa yang salah dengan cara yang salah.

13. Sepatutnya kita semua sedar, kita tidak akan gemuk kerana tidak penah senaman atau kurang senaman, namun kita mula gemuk jika mula tabiat makan secara berlebihan pada waktu yang salah dan jenis yang salah. Makanan adalah satu-satunya yang paling berkuasa di dunia yang  membuat anda gemuk.

14. Pengamal Jus Mate 5 yang positif dan sanggup menukar tabiat, cara makan, jenis makanan dan sanggup mengurangkan kalori yang diambil setiap hari dan jika perlu hanya ambil Jus Mate 5, air masak dan sedikit sayuran dan buahan serta berani untuk membuat catuan jumlah makanan yang diambil seharian kepada 4 atau 5 pecahan kecil pasti berjaya menurunkan berat ke tahap berat ideal 100%, dan ini telah dibuktikan berulangkali oleh mereka yang bersungguh-sungguh dengan Jus Mate 5, Mengapa anda tidak boleh?

15. Pengamal Jus Mate 5 mestilah berani menyatakan pada diri mereka dan mendisiplinkan diri mereka dengan mengamal pemakanan / program yang disyorkan oleh Dr Rozmey (pakar penyelidik obesity)

16. Dengan mengambil Jus Mate 5 yang mengandungi formula membakar lemak, sekiranya pengguna mengamal pengambilan kalori kurang dari 1000kcal/ hari, mula ambil fiber, sayur dan buah..mengambil hidangan secara catuan dalam jumlah yang kecil sebanyak 4-5 hidangan, sebenarnya anda telah membuatkan Jus Mate 5 mampu bekerja 2-3 kali ganda, ini kerana setiap kali anda makan kecil, enzim pembakar lemak yang dihasilkan dan bersama dengan fat burner dari JDM5 dapat membakar semua kalori kecil yang anda ambil dan mampu selebihnya bertindak bergandingan membakar lemak 3 kali dari amalan biasa.

17. Inilah yang dialami oleh semua pengamal Jus Mate 5, pada pengguna yang sukar, kesukaran itu dapat anda leburkan sekiranya anda yakin berjuang mengikut nasihat pemakanan yand Dr Rozmey selidik dan sarankan.

Selamat berjaya dan kekal sihat langsing menawan dengan formulasi pakar.

Share/Save/Bookmark

admin Jus Mate 5, Tip Kurus

Testimoni Jus Mate 5 : Tonjol Penampilan

October 14th, 2009

JITRA, 13 Okt (HPM) - “Kerana berbadan gempal kekasih saya tinggalkan saya…katanya saya ni tak ada penampilan diri langsung, siapa yang tak sedih apabila dihina begitu,” kata Syahrifudin Aris, 30, dari Batu Pahat Johor.

Pembantu Perpustakaan di sebuah univesiti ini mengakui berat badannya yang mencecah hampir 100 kilogram itu membuatkan beliau kurang keyakinan diri.

“Sejak ditinggalkan buah hati, saya bertekad untuk menurunkan berat badan saya…dan pad akahir April lalu saya membeli sekotak Jus Diet Mate 5.Selepas dua minggu berat badan saya turun beberapa kg dan sehingga kini berat saya turun kepada 75 kg.

“Kini saya rasa lebih yakin. Paling menggembirakan saya pada hari raya baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang gadis.Ahamdulillah beliau kini dah jadi tunang saya dan kami akan melangsungkan perkahwinan November ini,” kata Syahrifudin.

Katanya beliau amat bersyukur kerana ‘ditemukan’ dengan JDM5 sekaligus mengubah hudupnya dari seorang lelaki yang kurang keyakinan diri kepada lelaki berketrampilan dan berani.
“Terima kasih Dr.Che Rozmey kerana mencipta produk yang berkesan dan mengubah penampilan ramai lelaki seperti saya,” tambah beliau lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut dengan Jus Mate 5, boleh layari www.kuruskanbadan.com

Share/Save/Bookmark

admin Jus Mate 5

Dua Perkara Asas Dalam Program Kuruskan Badan

October 12th, 2009

Dalam program diet, dua perkara asas yang perlu diaktifkan secara serentak. Pertama mengurangkan kalori/ kurang makan. Kedua menggunakan kalori/ membakar lemak, ini untuk memastikan terdapat kesan maksima untuk mengaktifkan berjuta-juta sel lemak dengan membakarnya menjadi sumber tenaga harian, menghantar maklumat kepada otak untuk menukar rasa lapar dan suka makan, kepada rasa kenyang dan tak ingat makan.

Dengan hanya mengaktifkan salah satu cara di atas, kesan pembakaran lemak tidak akan mencapai lebih dari 35%, namun jika kedua cara diaktifkan dengan serentak kesan pembakaran lemak sehingga 60%-70% mampu berlaku, dan hasilnya sel-sel lemak kurang saiz sehingga 80% dan berkurang jumlah sehingga 40%, dan hasilnya penurunan berat berlaku dengan pantas dan selesa.

Saya ingin memperkenalkan anda dengan program diet JDM5, di mana pengguna mesti merasa:

1. Kenyang
2. Bertenaga
3. Tidak ingat makan

Ini terhasil kerana bahan pembakar lemak di dalam JDM5 seperti Carginia Cambogia, Super Citrimax, L- Carnitine dan Hodia Gonidi, bertindak mengaktifkan kita co-enzmes dan c-AMP dalam kitar tenaga ‘kreb cycle’ di mana HCA (hydrocitric Acid merupakan co-enzmes yang menukarkan glukos kepada tenaga dan aktifkan lipolisis lemak kepada tenaga.

Dengan program JDM5, keperluan kalori yang diambil, dikurangkan di bawah 1000kcal sehari, namun tubuh anda dibekalkan dengan jumlah kalori yang sama sebelum anda mengambil diet JDM5, hanya kalori, tersebut didapati terhasil dari pembakaran lemak (bukan dari pemakanan ) dengan ini tubuh anda tidak menjadi letih dan tiada perubahan memperlahankan metabolisma sel-sel untuk merendahkan kadar penggunaan kalori, yang dalam keadaan biasa tanpa sokongan FAT BURNER dalam JDM5 , metabolisma sel menjadi rendah, menyebabkan tiada sel lemak yang mampu dibakar dan dikurangkan.

Pengamal JDM5 diminta agar mengurangkan pengambilan kalori, Program JDM5 berteraskan rendah karbohidrat, lemak dan protein, pengamal diminta mula ambil makanan yang tinggi serat (fiber), sayuran dan buahan.

Pemakanan yang lebih seimbang elok diamalkan segera sebaik saja pengguna mula selesa dengan jumlah kalori dan penurunan pada 11 hari yang pertama, pemilihan karbohidrat dan protein jenis mudah, elakkan makanan bergoreng berminyak, kurangkan makanan dan minuman yang manis, elak dari mengambil kopi, minuman jus buahan, serta mula amalkan makan yang kecil serta sedikit namun lebih kerap (5 bahagian)supaya tidak membebankan sistem penghadaman dan usus.

Anda juga dinasihatkan untuk mempelbagaikan jenis karbohidrat yang diambil, ini untuk mengelak berlaku rintangan pembakaran kalori.

Penurunan berat, biasanya dalam tempoh 3 ke 4 bulan untuk turun 20-30kg bagi pengguna yang berat 90kg ke bawah dan 5-10 bulan untuk penurunan 60kg-100kg bagi mereka yang berat 100kg-250kg.

Anda boleh mulakan diet JDM5 sekarang dan dapatkan info lanjut mengenai JDM5 di www.kuruskanbadan.com

Share/Save/Bookmark

admin Jus Mate 5