Category Archives: Artis dan Kurus

Enot Turun 15kg Selepas Sebulan Ambil Jus Mate 5

option
www.KuruskanBadan.com

Pelakon dan pelawak terkenal Enot kini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram (kg) setelah sebulan menggunakan Jus Mate 5. Peserta sehati berdansa ini sebenarnya mempunyai masalah asma namun kata Enot sejak minum jus itu beliau lebih bertenaga untuk menari di pentas rancangan itu.

Enot Ditemubual Semasa Jom Heboh Bukit Jalil

Enot Ditemubual Semasa Jom Heboh Bukit Jalil

“Latihan yang padat setiap hari saya tempuhi tanpa masalah semput dengan minum dua paket JM5 sehari…saya rasa lebih hebat dan cergas untuk menari sepanjang masa.”Sedar tak sedar berat badan saya turun 15 kg iaitu dari 128kg kepada 113 kg. JM5 sangat menakjubkan disamping memberi kesihatan yang lebih untuk tubuh saya,” kata beliau semasa bersama-sama pengedar lain mempromosi produk HPM di sini.

Enot berkata selain membantu menghilangkan masalah asma beliau, jus itu juga menstabilkan hormon wanitanya. Kalau dulu perjalanan haid Enot tidak teratur tetapi kini beliau tidak perlu gusar lagi memikirkan tarikh haid beliau.

“Saya akan terus gunakan jus ini untuk mengurangkan lagi berat badan saya sebanyak 50kg dalam tempoh tiga bulan akan datang…keyakinan ini saya kongsi dengan rakan artis sehati berdansa iaitu Didie Alias yang kini menggunakan DOC-K kerana mengalami masalah sendi,” kata Enot.

Syanie Sentiasa Optimis

option
www.KuruskanBadan.com

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

Syanie selepas melakukan pembedahan di Hospital Pakar Damansara, Selangor.


KEINGINAN untuk hidup itu penting. Lebih-lebih lagi orang ramai sering menganggapnya seorang yang optimis walaupun obesiti. Walaupun ada perasaan malu, pelakon Syaniza Hisham atau lebih dikenali Syanie, 35 cuba menepis sikap itu.

28 September ini, genaplah empat bulan dia menjalani pembedahan. Dalam pada itu, ramai yang salah sangka kerana menganggap dia melakukan pembuangan lemak.

Takutkan komplikasi kesihatan pada masa akan datang, Syanie perlu melakukan pembedahan pintasan perut (gastric bypass) bagi memendekkan usus.

“Tipulah kalau Syanie kata tiada perasaan malu. Kadang-kadang hendak pergi festival filem pun, Syanie sedikit segan. Tetapi memandangkan Syanie sentiasa positif memandangkan Syanie sendiri tidak akan duduk di rumah sahaja. Syanie suka keluar dengan kawan. Sebab Syanie sentiasa ingat, setiap orang perlu ada keinginan hidup,” katanya.

Bagi Syanie, sejak di peringkat sekolah lagi, dia akan lakukan perkara yang dia suka selagi dia mampu.

Ceritanya, pernah suatu ketika, dia tahu dia mungkin tidak muat menaiki rollercoaster tetapi dia mencuba juga.

perubahan

Dari segi pemakanan, Syanie mengakui dia mengalami perubahan.

Selera makannya masih sama seperti dulu.

“Selepas tiga bulan, berat badan saya turun kepada 32 kilogram. Tetapi saya masih perlu senaman untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Saya tidak mahu berat badan saya turun secara mendadak. Buat masa sekarang, saya bersyukur kerana pembedahan telah berjaya,” katanya yang kini sedang mengenali hati budi seseorang.

Mengimbas keadaan Syanie sebelum dibedah, dia mengakui berat badan yang berlebihan ketika itu menyukarkannya berjalan.

Paling perit, dia tidak boleh berdiri lama dan terpaksa duduk di atas kerusi.

Takut berhadapan dengan komplikasi sakit jantung, Syanie yang sering semput berasa perlu melakukan pembedahan tersebut.

“Bayangkan dulu Syanie tidak boleh membawa kereta. Kini Syanie dapat atasi masalah tersebut. Mudah untuk Syanie bergerak ke mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja, Syanie juga mengalami masalah ketika tidur. Ini kerana oksigen tidak sampai ke otak. Dulu Syanie tidak pernah cukup tidur. Kini, Alhamdulillah, saya dapat tidur dengan nyenyak kerana saya lebih mudah tidur. Jadi, saya tidak mengantuk ketika bekerja,” ujarnya yang sudah 18 tahun berlakon.

Syanie bersyukur dengan keputusan yang dia ambil dan berharap dapat turunkan berat badan sendiri.

Seminggu menyambut raya, Syanie gembira kerana dapat berehat sepuas-puasnya.

Apatah lagi tahun ini, dia menyambutnya dalam suasana yang berbeza.

“Hanya berbeza dari segi pemakanan. Kalau dulu pergi ke bazar Ramadan, pasti nak makan semua. Tetapi kini semuanya bersederhana. Doktor pun pesan, Syanie akan mengalami perubahan sistem penghadaman selama enam bulan. Tidak semua nasi putih saya boleh makan,” katanya yang menggemari nasi dagang yang dibuat oleh nenek sendiri.

Tidak Perlu Rendah Diri Walau Gemuk

option
www.KuruskanBadan.com

KUALA LUMPUR 13 Jun – Beberapa personaliti tempatan bersaiz besar menganggap kegemukan di kalangan wanita tempatan bukan satu isu asalkan mereka mampu berdikari dan menjalani kehidupan yang berkualiti.

Gemuk Bukan Alasan Untuk Rendah Diri

Gemuk Bukan Alasan Untuk Rendah Diri

Bahkan, wanita yang gemuk perlu lebih realistik tanpa memandang rendah bentuk badan sendiri agar tidak memudaratkan kesihatan mental.

Selain itu, masalah mendapatkan pakaian bersesuaian juga tidak sepatutnya menjadi halangan untuk tampil bergaya sebagaimana golongan bersaiz lebih kecil.

Pelakon, pengacara dan produser, Syaniza Hisham (Syanie) bersyukur dianugerahkan badan yang sihat membolehkannya mencari rezeki tanpa bergantung kepada orang lain.

Baginya, wanita yang berbadan besar perlu berfikiran positif dan tahu menilai kemampuan diri sendiri agar tidak menyusahkan orang lain.

“Wanita yang mendapat pelbagai penyakit yang berpunca daripada kegemukan perlulah berusaha mengatasinya termasuk mengurangkan berat badan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau diminta mengulas laporan kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan yang mendapati satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun mengalami masalah gemuk.

Bagi Syanie, setiap wanita perlu percaya kecantikan dalaman termasuk pekerti dan kemahiran berdikari adalah lebih penting berbanding kecantikan rupa paras yang boleh luntur dimamah usia.

Beliau juga menyelar wanita yang meratapi saiz badan sendiri dengan menganggap saiz sebagai halangan untuk bergaya.

“Kebelakangan ini, banyak jalur fesyen untuk golongan bersaiz besar muncul jadi mereka mempunyai lebih banyak pilihan, tetapi jika mereka masih merasakan gemuk sebagai halangan, mereka perlulah berusaha mengatasinya,” tegasnya.

Penyanyi ceria, Faradina Mohd. Nadzir (Dina) pula berpendapat perangkaan terbaru itu bukanlah sesuatu isu yang mengejutkan sebaliknya merupakan satu evolusi normal manusia akibat pelbagai faktor khususnya hormon dan gaya hidup.

“Ramai wanita tempatan khususnya yang bekerja mempunyai saiz besar bukan kerana malas atau obses pada makanan tetapi disebabkan faktor-faktor lain seperti keturunan, penyakit dan latar belakang pekerjaan,” katanya.

Contohnya, menurut beliau, salah seorang rakannya mengalami kegemukan sejak kecil akibat saluran penghadaman gagal menghasilkan hormon-hormon pankreas.

Oleh itu, penyanyi yang ligat menari itu berharap masyarakat lebih berfikiran terbuka agar golongan ini dapat menjalani kehidupan normal tanpa sebarang perasaan rendah diri.

Beliau yang lahir dalam keluarga bersaiz besar tidak merasa rendah diri dengan bentuk badannya, tetapi mengaku pernah berusaha melangsingkan badan.

Bagaimanapun, jelasnya penggunaan pil pelangsing itu telah memudaratkan kesihatan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan perubatan.

Sumber Utusan Malaysia : 14/06/2007

Bob AF, Aizat AF dan Imran Ajmain Kuruskan Badan?

Selalunya hanya artis atau personaliti wanita sahaja yang sering mengambil berat tentang kecantikan diri. Tetapi pada hari ini artis lelaki juga sudah bijak menjaga penampilan supaya kelihatan lebih menarik dan anggun sepanjang masa. Terbaru ramai artis lelaki kini yang berlumba-lumba untuk menguruskan badan dan mendapatkan susuk tubuh yang ideal. Antaranya Bob AF, Aizat AF, Imran Ajmain dan penyanyi baru Syah.

Bob AF Maintain Cute dengan Bentuk Badan Macam ni!

Bob AF Maintain Cute dengan Bentuk Badan Macam ni!

Ini merupakan satu perkembangan yang bagus dan harap usaha mereka bukan setakat ‘hangat-hangat tahi ayam’. Lagi satu, biarlah diet yang diamalkan merupakan diet yang sihat supaya tubuh badan kekal cergas. Bukannya apa, sudah selalu kita dengar cerita tentang selebriti yang terlalu mahu menjaga badan, akhirnya memilih cara yang tidak betul supaya kekal langsing.

Menurut Imran Ajmain dan Bob AF, mereka berdua sekarang memang menjaga pemakanan supaya berat badan mereka tidak meningkat. Ujar mereka, apabila berat badan semakin turun, mereka semakin selesa dan berkeyakinan untuk menghiburkan peminat. Paling penting, dengan susuk tubuh yang ideal, stamina untuk menyanyi menjadi lebih baik dan kualiti vokal masing-masing bolehlah juga diperbaik

sumber : www.gua.com.my

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />