Monthly Archives: December 2009

Tips Diet Jus Mate 5

option
www.KuruskanBadan.com

Salam,

Sejak kebelakangan ini saya banyak menerima emel daripada pembaca blog saya mengenai tips diet atau menu makan bagi pengguna Jus Mate 5. Saya ingin berkongsi dengan anda semua tips daripada pengguna berjaya iaitu Lidyawani yg mengamalkan diet begini;

PAGI
-2 keping roti berserat tinggi/1 set sandwich
-1 gelas susu rendah lemak/air suam sahaja

TENGAHARI
-Hanya ambil JM5 (ganti makan tengahari)

PETANG
-Ambil buah-buahan/sepotong kuih kurang manis

MALAM
-1 gelas susu rendah lemak/air suam
-2 keping roti berserat tinggi

MAKANAN DIELAKKAN
-Makanan yg digoreng
-Makanan kaya lemak
-Makanan berminyak

MAKANAN TAK DISENTUH
-Nasi
-Minuman bergas & manis

MAKANAN & MINUM BILA TERASA LAPAR
-Buah-buahan
-Sayuran (rebus, stim, mentah)
-Air mineral

Lydia Sebelum Ambil Jus Mate 5

Lydia Selepas 4 Bulan Amal Jus Mate 5

Lydia Selepas 4 Bulan Amal Jus Mate 5

Kalau anda saksikan perubahan ketara badan Lydia, pasti anda semua kagum. Saya yakin semua orang boleh berjaya kuruskan badan dengan amalkan jus Mate 5, tetapi syarat yang paling penting adalah mesti komited untuk diet dan tahan diri dari nafsu makan.

Selain daripada itu, janganlah anda harapkan satu perubahan drastik dengan hanya baru minum jus mate 5 sekotak, walhal anda telah kumpulkan lemak di badan berpuluh tahun lamanya. Mana mungkin lemak tersebut akan berlalu dalam masa 20 hari sahaja! Kesabaran adalah kunci utama untuk berjaya dalam program kuruskan badan.

Bagi saya sendiri, terasa lapar memang sentiasa ada, namun kita perlu bijak untuk mengambil makanan yang hanya berkhasiat bagi mengatasi rasa lapar tersebut, contohnya, dengan meminum air kosong atau pun dengan memakan buah, sayuran rebus serta biskut Hi-fibre 2-3 keping.

Ok, setakat ini saja perkongsian saya  kali ini, dan bagi sesiapa yang belum membuat pembelian Jus Mate 5, jangan tunggu lama lagi. tak kan anda nak tengok saja ramai rakan-rakan serta orang lain telah berjaya turunkan berat badan, sedangkan anda masih dibelenggu masalah kegemukan? Percayalah, produk Jus Mate 5 amat efektif, berkesan dan selamat digunakan. Yang pastinya, inilah satu2nya produk keluaran anak tempatan yang amat berkualiti serta murah, jika dibandingkan dengan produk keluaran syarikat antarabangsa. Untuk kemudahan anda semua,  Saya telah update laman web saya bagi menerima pembayaran menggunakan kad kredit. Untuk buat pembelian, anda boleh layari www.kuruskanbadan.com/beli.html

salam Ceria,
Falah Online

dR Silky Produk Kecantikan Wanita

option
www.KuruskanBadan.com

Revulosi baru dalam penjagaan kencantikan , Dr.Rozmey tampil lagi dengan produk kecantikan wanita yang mampu menjaga kesihatan dan kecantikan wanita dari luar dan dalam. Formulasi ajaib ini adalah hasil penyelidikan dan pemerhatian Dr.Rozmey yang mampu mengabungkan ramuan terpilih yang bertindak secara sinergi yang mampu memberikan bentuk badan dan kulit wanita.

Kebolehan dR Silky membentuk pinggul dan payu dara memberikan keyakinan dan kepuasan pada wanita yang mampu miliki bentuk badan idaman.

Kali ini saya ingin berkongsi Testimoni Pengguna dR Silku, iaitu Widuri:

“Salam..buat semua wanita di luar sana. Anda patut mencuba sendiri kehebatan dR SILKY. Saya telah menggunakan produk ini pada 25hb Oktober 2009 dan sampai sekarang masih lagi setia bersama dR SILKY kerana kesannya begitu ajaib. Dengan formulasi herba hasil kajian Dr Rozmey membuatkan kita yakin dengan kesannya. Apa yang dialami sendiri oleh wid ialah kulit menjadi lembap, lebih sihat bertenaga, haid mula teratur, rambut hitam bersinar dan kurang keguguran. Tiada lagi masalah keputihan dan hubungan bersama lebih bermakna buat seorang wanita.  Untuk pengetahuan semua wanita, dR SILKY diminum malam sebelum tidur dan dalam satu kotak mengandungi 30 sachet iaitu penggunaan selama sebulan. Terima kasih kepada Dr Rozmey kerana menghadiahkan dR SILKY kepada semua wanita.”

Ok, kenapa Formula terbaru dR Silky oleh Dr Rozmey Herba Prima in begitu hebat sekali? Ini adalah kerana kandungan dR Silky amat baik dan mujarab bagi wanita di mana ia mengandungi:

Vitamin C
Anti-Oxida yg melindungi dari kecederaan radikal bebas yang menyebabkan sakit jantung dan kanser dan membantu pertingkatkan imuniti badan dan penghasilan kolagen.

Vitamin E
Anti-Oxida yang mampu meneutralkan radikal bebas yang merosakkan badan.Ia juga penting dalam proses pembekuan darah dan membantu menyembuhkan luka. Ia mampu menlindungi otot jantung dari tercedera

Folic Acid
Amat penting untuk pembentukan sel darah dan sel-sel yang cepat pertumbuhannya. Vitamin utama untuk funsi dan pembaikian sel-sel badan.

Marine Kolagen
Mampu membantu pembentukan kulit dan mengurangkan kedut.

Lobata
Kaya dengan phyto-estrogen yang akan mempercepatkan dan stabilkan hormone wanita. Ia amat penting dalam mengekalkan tahap sel-sel badan wanita berada dalam tahap yang terbaik membantu pertumbuhan organ pembiakan wanita.

Mirifica
Merupakan tumbuhan yang ada natural phyto-estrogen yang amat berkesan dalam memperlahankan proses penuan seperti kedutan kulit, rambut, tulang dan payu darah yang kendur.

CARA PENYEDIAN

Campurkan serbuk dR Silky dengan 300 ml air dalam bekas yang bertudung , goncangkan dan sedia untuk diminum sebelum tidur.

Untuk dapatkan produk dR Silky, anda boleh layari laman www.walafiat.com

DRII Menghilangkan Jerawat Batu

option
www.KuruskanBadan.com

Setelah berhabis beribu-ribu ringgit untuk rawatan jerawat batu , seorang pegawai perhubungan pelanggan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur akhirnya menemui penawar bagi membantu mengatasi masalah itu.

Wan Mohd Norzabidi Wan Mohamed Noor, 28, berkata masalah jerawat batu yang dihadapinya sejak zaman remaja membuatkan beliau mengguna pelbagai cara dan ubat untuk menghilangkan jerawat batu tersebut. Katanya setiap dua minggu beliau akan pergi membuat rawatan muka namun hasilnya sangat mengecewakan.

“Mereka hanya pecahkan jerawat batu dan ia akan hilang dua atau tiga hari saja, selepas itu jerawat itu akan timbul semula memenuhi muka saya.

“Saya jadi putus asa mengikuti rawatan seperti itu, jika berjumpa pakar kulit pula bermacam-macam ubat yang disyorkan saya akan beli tapi hasilnya tetap sama,” katanya.
Selepas kecewa dan berhabis duit, beliau mencuba pula DR II pada Julai lalu, sangkanya DR II juga hanya akan memberi kesan seperti rawatan dan produk yang digunakan sebelum itu.

Namun sangkaan itu meleset, katanya selepas dua minggu menggunakan DR II, jerawat batu di mukanya semakin hilang. “Pada minggu ke empat jerawat batu di muka saya terus hilang,jadi saya mengambil keputusan berhenti menggunakan DR II untuk menguji samada jerawat akan timbul semula atau sebaliknya.

“Ternyata ia sangat berkesan untuk jangka masa panjang, kulit muka saya juga bertambah cerah dan halus…buah hati saya juga perasan dengan perubahan itu,” kata beliau.

Untuk mendapatkan produk DRII, sila layari www.walafiat.com

DR-II Bantu Pesakit SLE Tak Perlu Lagi Guna Steroid

Dikenali sebagai ‘puteri lilin’ kerana tidak pernah keluar rumah di waktu siang, Rozana Sariah Abdul Rahman, 28, terpaksa menanggung penderitaan di sebalik nama puteri lilin itu dengan penuh kecekalan di hati.

Menghidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS ), bayangkan kulitnya akan sakit dan kemerah-merahan apabila terkena cahaya matahari, seperti terbakar dan amat pedih. Sudah tentu tidak akan ada sesiapa pun yang mahu mengalami penyakit itu.

Namun bagi Rozana seorang kakitangan awam, dengan kehidupan yang begitu terbatas, dia pula terpaksa menerima ejekan rakan-rakan sekerja dengan keadaan dirinya yang selalu sakit. “Saya selalu cuti dan masuk wad kerana sakit…hampir tiap-tiap bulan saya akan masuk wad kerana penyakit ini.Saya betul-betul tertekan.

Produk dR-II Dr Rozmey terbukti menyembuhkan penyakit kulit bermasalah

Produk dR-II Dr Rozmey terbukti menyembuhkan penyakit kulit bermasalah

“Saya pula terpaksa ambil steroid untuk redakan sakit kulit saya, akibatnya kulit saya jadi nipis dan putih bertompok-tompok…memang nampak hodoh sehingga saya hilang keyakinan diri berdepan dengan orang ramai,” katanya yang menghidap penyakit ini sejak lima tahun lalu. Penyakit SLE itu juga menyebabkan dia mengalami radang sendi. Setiap pagi apabila sejuk sendinya akan sakit sehingga menyebabkan dia tidak mampu bergerak.

“Selalunya bila bangun pagi sendi saya akan sakit terutamanya di bahagian kaki…paling sakit apabila hujan turun, masa itu saya akan sejuk dan kaki saya mesti tak boleh gerak. “Dah puas saya berubat, jumpa doktor pakar, guna pelbagai produk di pasaran termasuklah perubatan tradisional..hasilnya saya cuma mampu bertahan dengan ubat itu tapi ia tidak merawat penyakit saya untuk pulih,” kata Rozana dengan hampa selepas berhabis ribuan ringgit kerana penyakitnya itu.

Namun setelah menggunakan DR II Januari lalu dia mula merasakan perbezaan selepas dua minggu minum jus berkenaan.

Katanya dia mula boleh keluar rumah pada waktu siang dan tidak perlu bergantung kepada steroid lagi.Kulitnya juga semakin sekata dan dan rakan-rakan sekerjanya mula hairan dengan perubahan itu. “Terima kasih Dr.Rozmey kerana mencipta DR II dan seterusnya memberi sinar baru kepada saya untuk menjalani hidup normal seperti orang lain.

“Saya mahu berkongsi pengalaman ini dengan sesiapa sahaja dan bagi mereka yang mengalami penyakit ini, mereka mesti tahu bahawa masih ada peluang untuk mereka pulih seperti saya. Sementara itu, Pengarah Urusan HPM Dr. Che Rozmey Che Din berkata penggunaan DR II telah menyebabkan penyakit SLE yang dialami Rozana terkawal.

Layari laman web www.sitihaslina.dietmate5.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk DRII

dR Betes Untuk Pesakit Diabetes

Salam,

Dato Dr Rozmey Dengan Produk dRBetes

Dato Dr Rozmey Dengan Produk dRBetes

Produk Jus Mate 5 Dr Rozmey telah terbukti dapat mengurangkan berat badan ramai pengguna. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya banyak lagi produk-produk lain yang Dr Rozmey cipta selepas Jus Mate 5, dan saya yakin produk-produk terbaru ini adalah yang terbaik dan InsyaAllah mampu untuk menyembuhkan penyakit-penyakit, seperti Kencing Manis. Produk ini dinamakan dR Betes. Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca testimoni hebat pengguna produk dR Betes ini yang telah berjaya menurunkan kadar gula dalam darah beliau.

Menurut Zainal Mamat, “Dalam masa seminggu saja saya ambil dR Betes , saya rasa lebih bertenaga dan bersemangat serta tidak lesu lagi melakukan kerja saya..bacaan gula dalam darah saya juga turun dari 22.9 mmol/L kepada 14.4 mmol/L.

Saya nak kongsi pengalaman menakjubkan ini bersama pembaca yang menghidap  penyakit yang sama seperti saya supaya tidak ragu-ragu mencuba dR Betes,”

Itulah luahan perasaan gembira seorang juruteknik pembuatan di Composites Technology Research Malaysia Sdn.Bhd (CTRM) di Batu Berendam, Melaka apabila dihubungi wartawan Herba Prima Marketing Sdn.Bhd di sini hari ini.

Zainal Mamat, 38, merupakan seorang penghidap diabetes sejak enam tahun lalu  dan sering dimasukkan wad kerana penyakitnya itu. Menurut beliau pelbagai ubat diambil untuk mengubati penyakitnya namun semuanya sia-sia malah sebahagian ubat yang diambilnya menyebabkan beliau mengalami cirit-birit.

“Sebagai seorang penghidap diabetes , saya sedar saya berhadapan dengan bahaya setiap hari terutamanya apabila kandungan gula dalam darah menjadi terlalu tinggi, saya bakal berhadapan dengan masalah jantung yang serius.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut terdedah kepada komplikasi lain seperti serangan angin ahmar, kegagalan buah pinggang, kerosakan mata dan saraf serta luka yang boleh mengakibatkan amputasi. Namun penderitaan selama enam tahun itu tiba-tiba dirasakan berakhir setelah seminggu mengambil produk terbaru HPM iaitu dR Betes.

Katanya tugasnya yang memerlukan tumpuan kini dapat dilakukan dengan sempurna dan paling menggembirakannya beliau tidak mengalami alahan cirit-birit dengan dR Betes.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini, anda boleh layari laman web www.sitihaslina.dietmate5.com

Petua Mengawal Rasa Lapar

Belajar bagaimana menangani rasa lapar amat penting untuk memastikan berat badan terkawal. Rasa lapar merupakan perkara normal bagi seseorang yang cuba menghadkan pengambilan makanan. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengetahui punca sebenar rasa lapar tersebut sama ada disebabkan faktor psikologi atau fizikal dan mengetahui bagaimana untuk mengatasinya.

Bila Lapar, Pelbagai Menu Terbayang di fikiran kita

Bila Lapar, Pelbagai Menu Terbayang di fikiran kita

Ramai antara kita yang makan ketika lapar. Sungguhpun tidak benar-benar lapar, namun mereka tetap cenderung mengambil makanan mengikut jadual makan yang telah dibiasakan sejak kecil lagi. Makan yang berpunca faktor psikologi merupakan satu lagi penyakit atau tabiat makan berlebihan ketika seseorang bersedih. tertekan malah gembira. Tahukah anda, lapar disebabkan faktor psikologi amat berbahaya kerana ia mempunyai pengaruh dan pembangkit nafsu makan anda!

Cuba fikir kembali, apa yang menyebabkan anda makan secara berlebihan dan bagaimanakah cara menghentikan tabiat tersebut? Apa yang anda harus lakukan demi memastikan perhatian anda tidak hanya terarah pada makanan semata-mata?

Sungguhpun lapar, namun percayalah anda masih mempunyai jalan untuk mengatasinya. Antara langkah yang dapat anda ambil adalah dengan membanyakkan mengambil makanan yang rendah kandungan lemak kerana ia lebih cepat dicerna dan mengundang rasa lapar berbanding makanan yang tinggi kalorinya. Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mengawal supaya makanan yang diambil tidak keterlaluan.

1. Pastikan setiap hidangan harian anda mempunyai kandungan protein dan makanan rendah lemak. Perbanyakan kudapan ringan seperti ‘popcorn’, kismis atau kekacang sementara menunggu waktu makan sebenar. Makanan sebegini membantu anda berasa kenyang tanpa meningkatkan kadar kalori dalam tubuh secara keterlaluan.

2. Selain itu, anda juga boleh memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya. Kalau boleh, jadikan makanan jenis ini sebagai snek sehari-hari terutamanya anda ketika perut terasa lapar.

3. Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan anda cenderung makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Jadi untuk mengelakkannya, anda dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar. Kebanyakan kita berpendapat golongan wanita cenderung makan berlebihan sekembalinya mereka dan tempat kerja. Nafsu makan akan melonjak tatkala menyediakan makanan buat keluarga, apatah lagi anda sememangnya benar-benar lapar ketika itu. Jadi, sebagai langkah mengawal diri, anda dinasihatkan untuk mengisi perut terlebih dahulu dengan mengambil yogurt rendah lemak atau buah-buahan sebelum pulang ke rumah.

Tip ini juga boleh diamalkan sebelum anda keluar menghadiri kenduri-kendara atau majlis makan mengelakkan anda terpesona dengan deretan makanan lazat yang terhidang di atas meja santapan.

Skala ‘The Hunger-Satiety Rating Scale’, petikan dari buku Why Weight? A Guide to Ending Compulsive Eating (author: G. Roth, New York, NY: Penguin Books, 1989) mungkin boleh memberi penjelasan tentang tahap kelaparan seseorang.

Kenyang
10 = Kenyang keterlaluan paling maksimum, anda terdedah pada penyakit
9 = Kenyang keterlaluan maksimum, anda perlu longgarkan kancing seluar
8 = Kenyang keterlaluan, rasa sesak dan senak
7 = Sangat kenyang seolah-olah terlebih makan
6= Kenyang, anda rasa selesa

Neutral
5 = Selesa, anda tidak lapar
4 = Rasa lapar mula menunjukkan tanda
3 = Lapar, sedia untuk makan
2 = Sangat lapar anda tidak mampu memberi tumpuan

Lapar
1 = Kebuluran, anda akan rasa pening

Perhatikan skala di atas dan kenali di mana tabiat pemakanan seharian anda. Anda disarankan makan ketika berasa skala 4 iaitu tatkala rasa lapar mula menunjukkan tanda dan berhenti makan di skala bernombor 6. Ingat, jangan menahan lapar atau membiarkan perut menunggu lama. Kudaplah apa-apa sahaja yang kurang kalori atau rendah lemak untuk mengisi perut anda!

Boleh Mengandung Selepas Ambil Jus Mate 5

Salam, saya ada menerima beberapa emel daripada pengguna mengenai Kesan Jus Mate 5, adakah ianya akan memberi kesan dari segi kemandulan seperti sesetengah produk kuruskan badan yang lain, atau sebaliknya. Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca menngenai kesan positif mengenai Jus Mate 5, dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada penulis blog Jus Diet Mate 5 kerana berkongsi testimoni pengguna beliau.

2 bulan lepas, saya menerima berita gembira dari 2 orang pelanggan saya yang mana masing-masing telah disahkan mengandung selepas sebulan mengambil Jus Mate 5. Salah seorang darinya, anak yang paling bongsu buat masa ini sudah berumur 7 tahun. Beliau sendiri tidak menyangka akan mengandung lagi. Walaubagaimana pun berita tersebut diterima dengan hati yang gembira dan syukur dengan rezeki yang tidak disangka itu.

Alhamdulillah, Norashikin Mengandung Selepas Ambil Jus Mate

Alhamdulillah, Norashikin Mengandung Selepas Ambil Jus Mate

Tidak lama kemudian saya terima lagi berita dari seorang downline saya yang mengatakan 3 orang pelanggannya juga sudah disahkan berbadan dua. Sungguh menakjubkan. Adakah berita2 di atas hanya satu kebetulan atau Jus Mate 5 berjaya membantu meningkatkan tahap kesuburan mereka? Berikut saya huraikan penerangan Dr. Rozmey tentang masalah ketidak-suburan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, mempunyai risiko lebih 50%  untuk mengalami sindrom PCOS. PCOS atau Polcystic ovaris adalah sejenis sindrom yang menyebabkan seseoarang indidvidu sukar untuk mengandung. Ini kerana ia menyebabkan mereka sukar untuk menghasilkan telur yang elok yang dapat dilepaskan ke dalam fallopian tiub seterusnya ke rahim.

Ia membesar tetapi ia tidak matang(masak). Ini bermaksud ia tidak membesar ke saiz 20mm. Kemudian ia tidak dilepaskan oleh kilang ovari masuk ke dalam fallopian tiub iaitu tangan rahim. Seterusnya ia kecut dan karung itu kemudian bengkak dipenuhi air dan menjadi cyst. Dikatakan ia bermula dengan paras hormon yang tidak seimbang di dalam badan. Ia juga selalu terjadi apabila seseorang meningkat berat badan. Terdapat sebilangan kecil wanita kurus mengidap PCOS jua.

Antara simptom PCOS ialah :

1. Period lambat
2. Period jarang datang
3. Darah period bila keluar sedikit dan berwarna kecoklatan
4. Adakalanya keluar banyak sehingga berketul-ketul dan menyebabkan cramping.
5. Kadang-kadang ada rasa sakit senggugut
6. Badan yang gemuk
7. Badan ditumbuhi bulu seperti lelaki, di kaki, misai dan buah dada
5. Rambut tipis di kepala

Rawatan untuk masalah berat badan berlebihan dan PCOS lebih efektif sekiranya berat badan pesakit boleh diturunkan kepada berat ideal dgn kaedah amalan diet seimbang dan dibantu dengan bahan/ ubatan yang tidak mempunyai kesan negetif terhadap hipotalamus dan kelenjar pituitari. Apabila pesakit mendapat berat badan ideal, hormon androgen dan prolactine akan berkurangan, ovari stroma akan bertambah baik, dan kapsul ovari lebih nipis. Ini membenarkan follicle untuk mencapai ‘Dominant Follicle ‘ dan seterusnya proses ovulasi.

JDM ternyata mampu merawat kes PCOS dengan cara penurunan berat badan seperti diatas. Disamping itu ramuan khas protin soya di dalam Jus Mate 5  mampu mengaktifkan ‘Meiosis” dan penghasilan oocyte dan ovulasi yg maksima.

Senaman Bentuk Bahu dan Leher

Senaman Untuk Bentukkan Leher Anda

Senaman Untuk Bentukkan Leher Anda

BAGI mendapatkan bentuk leher dan bahu yang tampak gagah, senaman yang memberi penekanan kepada otot trapezius perlu dilakukan. Pada bahagian otot inilah penampilan yang anda idamkan, dapat dibina dan dibentuk.

Senaman yang dapat memberi penekanan kepada bahagian ini pula adalah senaman barbell upright row. Bagaimanapun, ramai yang melakukan senaman ini mengikut teknik salah. Kebanyakan daripada mereka cenderung mengangkat siku lebih daripada paras bahu.

Kesalahan ini boleh mendatangkan risiko kecederaan kepada rotator cuff (penjuru bahu). Adalah penting bagi seseorang mengetahui bahawa ruang antara kepala dengan humerus (tulang lengan atas) serta bumbung bahu adalah sangat terhad, hingga otot dan ligamen sering menerima kesan akibat ruang yang terlalu sempit ini.

Jika siku diangkat melebihi paras bahu, ia boleh mengakibatkan bahagian ini bengkak dan menyempitkan lagi ruang yang ada. Ini menambah lagi komplikasi seperti kesakitan, mengehadkan pergerakan serta membuatkan bahagian berkenaan lemah.

Sehubungan itu, bagi mengurangkan risiko kecederaan ketika melakukan senaman barbell upright row ini, pastikan anda berhenti mengangkat barbell apabila ia berada pada paras bahu.

Ikuti teknik senaman yang ditunjukkan Fareed Amin. Maklumat mengenai senaman ini dikongsi jurulatih kecergasan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mohd Hoesni Rahmat.

Langkah

1. Dapatkan barbell dengan berat yang sesuai dengan kemampuan anda untuk mengangkatnya sekurang-kurangnya lapan kali. Sediakan juga sebuah rak yang rendah untuk anda letakkan barbell. Pastikan ia berada di paras paha atau lutut. Ini bagi memudahkan gerakan mula untuk senaman ini. Jika ini kali pertama anda melakukan senaman ini, gunakan barbell yang ringan terlebih dulu untuk membiasakan diri.

2. Genggam palang barbell dengan tapak tangan menghadap badan anda. Jarak di antara tangan yang menggenggam itu seelok-eloknya sama dengan jarak antara kedua-dua bahu atau lebih rapat.

3. Berdiri tegak dengan kedua-dua belah tangan lurus ke bawah. Hembus nafas dan secara perlahan-lahan, angkat barbell mendekati bahagian dada. Pastikan palang barbell tidak melebihi paras dagu manakala siku pula tidak melebihi paras bahu. Pastikan palang barbell sentiasa hampir dengan badan anda. Lebih rapat palang barbell dengan badan, lebih baik kesan yang diperoleh bahagian trapezius. Sebaik palang barbell dinaikkan, anda akan merasakan tekanan pada otot trapezius. Tahan pergerakan berkenaan untuk beberapa saat.

4. Tarik nafas dan secara perlahan-lahan. Turunkan barbell ke posisi asal dan ulang senaman ini sekurang-kurangnya lapan kali. Jangan biarkan jarak antara pengulangan senaman ini terlalu lama. Selain itu, pastikan anda tidak menunggu lama di posisi permulaan antara ulangan. Jika tidak, ia akan membuatkan otot berehat dan mengurangkan keberkesanan senaman barbell upright row ini.

INFO

1) Pastikan kedudukan tubuh badan anda tetap sepanjang melakukan senaman ini.

2) Elakkan daripada menundukkan badan ketika menurunkan barbell ke bawah atau menarik badan ke belakang ketika mengangkat barbell

3) Pergerakan begini lebih memudahkan anda melakukan senaman barbell upright row ini.

4) Berhenti seketika dan beri tekanan kepada bahagian trapezius ketika mengangkat barbell.

5) Turunkan barbell perlahan-lahan jika ingin meningkatkan tahap kekuatan untuk senaman ini.

Oleh Diyanah Anuar, Berita Harian

Mampu Lari Lebih Lama Dengan Jus Mate 5

Rohani Sebelum

Rohani Selepas Ambil Jus Mate 5

Dulu kalau berjogging pasti saya akan cepat letih dan penat tapi selepas minum JM5 semuanya berubah, saya boleh berlari lebih 1 kilometer tanpa henti setiap hari.

“JM5 seperti memberikan tenaga luar biasa kepada saya, selain membantu mengurangkan berat badan saya juga rasa lebih cergas dan sihat…hasilnya setelah dua bulan saya berjaya kurangkan berat badan saya dari 76 kilogram (kg) kepada 56 kg,” kata Rohani Che Wan Hamzah, 29, seorang suri rumah dari Kemaman, Terengganu.
Menurutnya beliau tidak rasa kekok mengikut diet yang disarankan Dr Rozmey kerana JM5 membuatkan beliau kenyang dan bertenaga.

Selain itu, setiap kali bangur tidur di awal pagi beliau rasa segar dan kerja-kerja dirumah seperti mengemas, membasuh dan memasak dapat dilakukan dengan cepat tanpa rasa lesu serta malas.

Rohani berkata JM5 mengubah segalanya tentang dirinya. Sekiranya dulu beliau seorang yang mudah semput tapi dengan JM5, beliau bertukar menjadi seorang ibu yang aktif dan cergas.

Enot Turun 15kg Selepas Sebulan Ambil Jus Mate 5

Pelakon dan pelawak terkenal Enot kini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram (kg) setelah sebulan menggunakan Jus Mate 5. Peserta sehati berdansa ini sebenarnya mempunyai masalah asma namun kata Enot sejak minum jus itu beliau lebih bertenaga untuk menari di pentas rancangan itu.

Enot Ditemubual Semasa Jom Heboh Bukit Jalil

Enot Ditemubual Semasa Jom Heboh Bukit Jalil

“Latihan yang padat setiap hari saya tempuhi tanpa masalah semput dengan minum dua paket JM5 sehari…saya rasa lebih hebat dan cergas untuk menari sepanjang masa.”Sedar tak sedar berat badan saya turun 15 kg iaitu dari 128kg kepada 113 kg. JM5 sangat menakjubkan disamping memberi kesihatan yang lebih untuk tubuh saya,” kata beliau semasa bersama-sama pengedar lain mempromosi produk HPM di sini.

Enot berkata selain membantu menghilangkan masalah asma beliau, jus itu juga menstabilkan hormon wanitanya. Kalau dulu perjalanan haid Enot tidak teratur tetapi kini beliau tidak perlu gusar lagi memikirkan tarikh haid beliau.

“Saya akan terus gunakan jus ini untuk mengurangkan lagi berat badan saya sebanyak 50kg dalam tempoh tiga bulan akan datang…keyakinan ini saya kongsi dengan rakan artis sehati berdansa iaitu Didie Alias yang kini menggunakan DOC-K kerana mengalami masalah sendi,” kata Enot.

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />