Monthly Archives: October 2009

Program Kuruskan Badan Dengan Jus Mate 5

option
www.KuruskanBadan.com

Salam,

Harapan saya agar anda semua berada dalam keadaaan yang menggembirakan walau di mana berada. Saya yakin ada di antara kita mula gusar mengenai berat badan setelah 21 hari berada di bulan syawal. Kalau kita tengok di pasaran, pelbagai jenis produk untuk langsing badan yang diiklankan. Namun, sejauh manakah keberkesanan produk serta program langsing badan tersebut bergantung kepada individu, samada dari segi penerimaan badan serta juga kos yang diperlukan.

Tengoklah Berapa Ramai Yang Telah Berjaya Kurus Dengan Jus Mate

Tengoklah Berapa Ramai Yang Telah Berjaya Kurus Dengan Jus Mate

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu produk yang dicipta oleh anak tempatan, Dr Rozmey, iaitu Jus Mate 5 keluaran Herba Prima Sdn Bhd. Honestly, sewaktu produk ini mula berada di pasaran, saya rasa sangsi dengan keberkesanannya. Mana taknya, saya telah mencuba pelbagai produk, dan saya yakin anda semua juga sama seperti saya. Malah produk yang sedia ada di pasaran adalah teramat mahal kerana ianya diimport dari US. Berbalik kepada produk keluaran herba prima sdn bhd, iaitu Jus Mate 5, saya amat tertarik dengan testimoni yang berjaya menurunkan berat, contohnya, yang terbaru Lidywani, daripada 105kg turun ke 49 kg. Kalau anda ingin melihat gambar beliau, sila kunjungi, www.kuruskanbadan.com

Saya yakin ramai telah mengetahui Jus Mate 5 formula yang hebat ini. Ianya boleh mengawal selera makan, menghalang pembentukkan lemak, mengurangkan pengambilan gula, meningkatkan kadar metabolisma dan menukarkan kabohidrat kepada tenaga yang merupakan 5 faktor utama di dalam pengurusan berat badan.

Adakah anda mengetahui Kenapa Program Diet Gagal? Saya boleh rumuskan mengenai tiga faktor kegagalan program diet, iaitu:

Pertama, kerana Tindakan Drastik dengan memberhentikan terus pengambilan kalori dan makanan tetapi kembali ke tabiat asal setelah tercapai matlamat diet.

Kedua, Nutrisi Tidak Seimbang di mana kebanyakan program hanya memfokuskan jenis makanan yang spesifik tanpa menghiraukan kepentingan nutrisi yang seimbang.

Ketiga, Glisemik yang tinggi menyebabkan tekanan gula dalam darah tidak stabil sekaligus menyebabkan anda kembali rasa lapar.

Jadi kini saya dan telah telah ketemui satu produk yang Di formulasikan oleh Dr. Che Rozmey Che Din, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, MD(USM), M.MED(O&G)(USM) . Beliau telah melakukan penyelidikan dan kajian yang terperinci sejak dari Jun 2003 bagi mencari satu formula unik yang serba lengkap bagi program pengurusan berat badan.

Herba-herba segar dari Eropah diadun khas istimewa dengan pati buah-buahan menggunakan kaedah ‘biotech’ terkini berteknologi nano amat berkesan dalam membantu mengurangkan selera makan, menjadikan anda rasa kenyang dan bertenaga untuk menjalani aktiviti harian.

Dengan itu, sekiranya anda adalah seorang yang pentingkan kesihatan tubuh badan dan inginkan badan yang langsing, adalah sesuatu yang amat merugikan sekiranya anda tidak mencuba produk yang hebat ini.

Salam ceria,
Humaizi
www.kuruskanbadan.com

Teknik Ikat Perut

option
www.KuruskanBadan.com

Mereka yang mencatat BMI 30 ke atas perlu menitikberatkan pengurusan berat badan

Adakah Teknik Ikat Perut Boleh Kuruskan Badan?

Adakah Teknik Ikat Perut Boleh Kuruskan Badan?

OBESITI atau kegemukan ialah masalah sejagat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada 2015 ada 2.3 bilion orang yang berusia 15 tahun ke atas boleh dikategorikan sebagai terlebih berat, manakala 700 juta yang lain dalam kategori obes.

Selain itu 20 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun didapati terlebih berat pada 2005.

Kadangkala tindakan mengawal pemakanan, mengambil pil diet, bersenam atau kaedah menyedut lemak bukan lagi jawapan terbaik untuk menurunkan berat badan. Apatah lagi jika anda memiliki jisim berat badan (BMI) melebihi 37.2! Dikategorikan sebagai morbid obesiti, anda sebenarnya memerlukan kaedah pengurusan berat badan yang lebih baik.

Ada banyak prosedur perubatan yang selamat untuk anda pilih apabila berat badan mula mencecah kategori obes. Jangan tunggu sehingga BMI 37.2, sebaliknya jika BMI anda sudah mencatat angka 30 ke atas, ditambah dengan faktor rekod perubatan keluarga yang buruk, anda layak untuk memilih jalan pintas untuk kurus.

Pakar Runding Am, Gastrousus dan Pembedahan Laparaskopik, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Dr Lukman Mohd Rashid, berkata ada banyak prosedur perubatan yang selamat boleh dipilih mereka yang obes dengan syarat merujuk kepada doktor pakar untuk kaunseling dan nasihat.

“Nasihat doktor membantu seseorang itu membuat pilihan terbaik berdasarkan kemampuannya. Ada sesetengah prosedur pula tidak boleh dilakukan kepada kanak-kanak,” katanya.

Dr Lukman berkata, antara prosedur perubatan yang boleh dipilih ialah balon intragastrik atau pembedahan ikat perut (gastrik banding).

“Jika dibanding antara kedua-duanya, balon intragastrik ialah prosedur tanpa pembedahan, tidak kekal dan agak murah jika dibanding dengan teknik yang lain), manakala gastrik banding membabitkan pembedahan dan lebih mahal,” katanya.

Belon intragastrik

Prosedur belon intragastik sudah dikenali sejak 1980. Berbanding pembedahan ‘gastrik banding’, prosedur ini bersifat sementara dan dianggap sebagai terapi menurunkan berat badan.

“Belon intragastik tidak membabitkan pembedahan. Sebaliknya, satu belon silikon akan dimasukkan ke bahagian perut dalam prosedur ringkas yang mengambil masa sekitar 30 minit,” katanya.

Dalam prosedur ini, belon yang dibuat daripada silikon lembut akan dimasukkan ke dalam perut melalui mulut berpandukan kamera endoskopik. Bius am digunakan (atau sedation ‘bius separa’ boleh digunakan), membantu otot lebih rehat dan memudahkan prosedur.

Apabila belon dimasukkan, ia akan diisi dengan saline (cecair) bersteril menerusi tiub kecil yang dilekat bersama belon. Belon mampu menampung cecair antara 400 cc hingga 700 cc bergantung kepada kesesuaian pesakit) yang mengisi sebahagian besar ruang perut. Disebabkan prosedur yang singkat, pesakit juga boleh pulang ke rumah selepas 24 jam.

“Bagaimanapun, belon tidak boleh lama berada dalam perut untuk mengelak komplikasi pecah jika digunakan selama lebih daripada enam bulan. Selepas itu, ia akan dikeluarkan dalam satu lagi prosedur ringkas. Ia adalah teknik pilihan, terutama kanak-kanak obes,” katanya.

Kata Dr Lukman, belon yang mengisi sebahagian perut menyebabkan pesakit berasa kenyang dan kurang berselera makan. Tanpa pembedahan, prosedur ini hanya menyelaraskan diet dan mengubahsuai tingkah laku.

Dalam tempoh enam bulan, seseorang itu mampu menurunkan berat badan sehingga 15 kilogram. Malah dalam dua minggu pertama, pesakit mampu mengurangkan hingga empat kilogram.

“Sebenarnya mengekalkan berat badan itu yang lebih sukar berbanding menurunkan berat badan. Walaupun belon akan dikeluarkan selepas enam bulan, tetapi mereka yang berdisiplin mampu mengekalkan berat badan. Mereka akan memperoleh berat badan ideal dan mempertahankannya tanpa bantuan belon,” katanya.

Pembedahan ikat perut (gastrik banding)

Pembedahan ikat perut ialah satu lagi prosedur pembedahan mengawal berat badan yang popular. Tidak seperti belon intragastrik, prosedur ini membabitkan pembedahan dan memakan masa antara satu ke dua jam.

“Bagaimanapun, prosedur ini disarankan kepada mereka yang mengalami masalah morbid obesiti dan mengelak komplikasi penyakit yang berkaitan dengan obesiti. Ia bukan pembedahan kosmetik,” katanya.

Kata Dr Lukman, morbid obesiti mahupun obesiti adalah ancaman kesihatan yang membawa kepada komplikasi penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis, sakit sendi dan masalah berdengkur atau pernafasan. Malah, kemandulan juga boleh dikaitkan dengan morbid obesiti.

Justeru, ia seharusnya tidak disalah guna oleh mereka yang tidak sepatutnya. Misalnya, model yang ingin kekal kurus.

Dalam prosedur pembedahan ikat perut, gegelung silikon penyekat akan diletakkan di sekeliling perut untuk membentuk perut seperti punjut kecil. Bahagian yang dijerut dengan silikon menyebabkan laluan atas perut itu sempit.

Ini membuatkan pesakit berasa kenyang walaupun pengambilan makanan dihadkan. Malah dalam sesetengah kes, jika pesakit itu masih menikmati makanan sesuka hati, dia akan termuntah. Namun, prosedur begini memerlukan kerjasama dan disiplin pesakit.

Dr Lukman berkata, walaupun makanan pejal tidak boleh melepasi ikatan perut tetapi makanan dalam bentuk cecair boleh melepasinya. Justeru, pembedahan ini tidak akan mencapai sasaran jika pesakit masih mengambil minuman dengan kadar kalsium atau karbohidrat yang tinggi.

Dalam prosedur ini, bahagian atas perut akan diikat tetapi kedua-dua bahagian akan disambungkan ruang saluran kecil. Makanan akan melalui ruang ini daripada bahagian atas perut dengan lebih perlahan menyebabkan rasa kenyang lebih lama.

Gegelung yang mengikat bahagian perut boleh dilaraskan kerana bahagian permukaan dalamnya boleh diisi dengan larutan bergaram atau dikempiskan untuk mengubah saiz ruang, seperti gelung tekanan darah.

Ia disambungkan menerusi tiub ke takungan larut garam yang diletakkan di bawah kulit dan lemak ketika pembedahan. Takungan ini tidak boleh dilihat tetapi dirasai apabila anda menekan abdomen. Selepas pembedahan, doktor boleh mengawal larutan bergaram dalam gegelung memasukkan jarum halus menerusi kulit.

Pembedahan ini membantu pesakit menurunkan hingga 40 peratus berat badannya. Bagaimanapun, jumlah itu berbeza untuk setiap orang. Ikatan pada perut juga boleh dibuka jika pesakit sudah mendapatkan berat badan yang sesuai atau berubah fikiran.

Kata Dr Lukman, berbanding belon intragastrik, prosedur ini agak mahal bergantung pada pusat rawatan yang dipilih pesakit.

INFO: Obesiti dan prosedur ikat perut

  • Senaman, diet dan pil kurus bukan jawapan terbaik untuk anda yang mengalami morbid obesiti
  • Prosedur menurunkan berat badan boleh dilakukan sekiranya BMI anda melebihi 30
  • Belon intragastrik adalah prosedur tanpa bedah dan dilakukan dalam masa 30 minit
  • Belon intragastrik bagaimanapun bukan prosedur kekal. Belon perlu dikeluarkan enam bulan selepas prosedur.
  • Pembedahan ikat perut adalah prosedur popular menurunkan berat badan bagi mereka yang morbid obesiti.
  • Pembedahan ini membabitkan jerutan bahagian atas perut dengan gegelung boleh laras
  • Selepas pembedahan, pesakit perlu mematuhi diet yang disarankan dan membuat rawatan susulan.
Berita Harian Oleh Hafizah Iszahanid

Manfaat Berjalan Kaki

option
www.KuruskanBadan.com
Manfaat Berjalan Kaki

Manfaat Berjalan Kaki

RAMAI wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.

Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.

Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.

Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:

Berat badan stabil

Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

Menurunkan berat badan

Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

Risiko elak serangan jantung

Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.

Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

Angin ahmar atau strok

Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

Mencegah kencing manis

Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

Mencegah osteoporosis

Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

Meredakan sakit lutut

Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

Tekanan

Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

Kanser

Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

Tip jalan laju

  • Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa
  • Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata
  • Langkah betul – Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju
  • Gerakkan lengan ketika berjalan
  • Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu
  • Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman
Berita Harian Oleh Siti Nur Almizan Aripin
Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />