Monthly Archives: October 2009

Jom Sertai Cabaran Langsing Herba Prima

option
www.KuruskanBadan.com

Salam,

Peserta Cabaran Langsing HPM 2008

Peserta Cabaran Langsing HPM 2008

Anda teruja untuk kuruskan badan? Kalau anda ingin dapatkan hadiah dari kejayaan program kuruskan badan, saya cadangkan anda menyertai program Cabaran Langsing Herba Prima. Berikut adalah ‘press statement’ yang saya dapatkan daripada laman web Herba Prima Sdn Bhd

Bagi pengguna Jus Diet Mate 5 (JDM5) yang mempunyai berat 90 kilogram ke atas, anda dijemput untuk menyertai Cabaran Langsing siri ke-3 sebelum hujung Disember ini.

Pengarah Urusan Herba Prima Marketing Sdn.Bhd Dr. Che Rozmey Che Din berkata setakat ini seramai 100 orang telah menghantar penyertaan mereka dan daripada jumlah itu HPM akan membuat tapisan sehingga 20 atau 10 orang sahaja untuk ke peringkat akhir pada Januari depan.

“Hadiah menarik menanti pemenang-pemenang seperti pakej percutian yang ditaja HPM sebelum ini,” kata beliau.

“Pengguna yang berminat untuk menyertai cabaran itu perlu menghantar (pos) kepada HPM bukti pembelian tiga penutup kotak JDM5, saiz ukuran badan, gambar sebelum dan selepas, penurunan sebelum dan selepas (kilogram).
“Selain itu pengguna perlu menulis sedikit kisah penggunaan JDM5 dan hantar kepada Cabaran Langsing Siri 3, Herba Prima Marketing Sdn.Bhd, Lot 70, Bandar Darul Aman Jaya, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman,” kata beliau.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi HPM di nombot 04-9179746 atau 04-916 4262.

Air Untuk Buang Lemak?

option
www.KuruskanBadan.com

Salam,

Samada anda perasan atau tidak, apabila kita mengambil produk kurus, kebanyakan pengeluar produk kurus akan syorkan agar kita meminum sekurang-kurangnya 2 sehingga 3 litre air sehari. Ini adalah satu cabaran yang amat hebat bagi orang yang tidak biasa minum air dalam kuantiti yang banyak, terutamanya bagi mereka yang bekerja di ofis. Namun, sekiranya anda ingin mencapai berat idaman, kesusahan yang bakal dialami terpaksa diketepikan!

Bila Anda Lapar, Cuba Minum Air Kerana ia akan mengalihkan emosi lapar kita kepada kenyang

Bila Anda Lapar, Cuba Minum Air Kerana ia akan mengalihkan emosi lapar kita kepada kenyang

Saya sendiri sebenarnya telah mengamalkan minum air tapisan rx water sejak dari tahun 2007 lagi, sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sebab itu, apabila saya mengamalkan Jus Mate 5 sekarang ini, saya tidak mengalami sebarang masalah untuk menghabiskan air sehingga 3 liter sehari. Bukan susah pun, alah bisa tegal biasa.

Ok, kali ini saya ingin berkongsi artikel mengenai bagaimana air boleh menguruskan badan anda semua, yang dipetik daripada harian metro.

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Siapakah Manusia Paling Gemuk Di Dunia?

option
www.KuruskanBadan.com

WARGA Britain, Paul Mason yang menetap di Ipswich dinobat sebagai lelaki paling gemuk dunia baru-baru ini. Dengan berat 444.5 kilogram, Mason boleh berbangga namanya kini tercatat dalam buku rekod.

Namun, agak memeranjatkan kerana beberapa pihak mendakwa gelaran itu sudah lama diidamkan Mason.

Cita-citanya itu terdedah tiga tahun lalu selepas beratnya turun 127 kilogram selepas menjalani rawatan di sebuah hospital tiga tahun lalu.

Mason, kini berusia 48 tahun memeranjatkan kakitangan hospital apabila menyuarakan rasa sedih kerana beratnya turun kerana beliau ingin sebaliknya berlaku.

Manusia Paling Gemuk Di Dunia

Manusia Paling Gemuk Di Dunia

“Ketika dibenar pulang, beliau menyatakan sedih kerana tidak lagi berpeluang untuk menjadi lelaki paling gemuk dunia.

“Sebaik tiba ke rumah, Mason memesan pizza, kari dan juga makanan China. Beliau juga kerap dilihat di McDonald memesan makanan dengan menggunakan kerusi roda khasnya.

“Tiada siapa mampu menghentikan Mason daripada makan dan ia amat menyedihkan,” kata sumber hospital.

Dalam usaha memenuhi impiannya itu, Mason makan sekotak Sugar Puffs pada satu masa dan setiap Jumaat beliau akan ke kedai makan pada tengah hari dan petang.

Pengurus Bar Nacton Road Fish di Ipswich, Suffolk, Bob Singh Phagura, berkata Mason akan menunggu di kerusi rodanya di luar kedai sementara menanti pelayannya selesai memesan makanan.

“Beliau tidak boleh masuk kerana saiz badannya terlalu besar. Mason akan membeli 10 kali ganda makanan yang dimakan setiap pelanggan. Beliau akan membeli empat ikan kod, dua pai, empat sosej dan enam cip besar bersama dengan sos kari dan kacang dan menelan semuanya dengan dua botol besar air Coca Cola,” katanya.

Hakikatnya, Mason akan makan 20,000 kalori makanan sehari, lapan kali ganda daripada purata 2,500 kalori makanan yang dimakan lelaki biasa.

Beliau makan tiga hidang keluarga setiap malam dan seekor ayam panggang umpama pencuci mulut baginya.

Akibatnya Mason yang menggantikan warga Mexico, Manuel Uribe, 43, sebagai lelaki terberat dunia menghabiskan lapan tahun terakhir hayatnya di atas katil di rumahnya di Ipswich, Suffolk.

Uribe melepaskan gelarannya itu selepas menurunkan separuh berat badannya, 571.5 kilogram untuk berkahwin tahun lalu. Pada 2004, rekod dunia dipegang warga Amerika Syarikat, Patrick Deuel yang memiliki berat badan 489 kilogram dan warga Britain paling bersat sebelum ini adalah pemandu teksi Barry Austin dari Birmingham yang memiliki berat 413 kilogram.

Yang pasti, ramai pihak kini ingin melihat Mason menurunkan berat badannya, selain mengurangkan perbelanjaan rawatan menggunakan wang rakyat.

Laporan menunjukkan pihak berkuasa membelanjakan £1juta (RM5.58 juta) untuk merawatnya sejak beberapa tahun lalu.

Kegilaan Mason yang memiliki ketinggian 1.65 meter itu dan kini tidak lagi mampu bergerak turut menyebabkan rumah ibunya dirampas bank selepas beliau tidak berupaya membayar pinjaman kerana wangnya habis dibelanjakan untuk anak lelakinya.

Adik perempuannya, Louise, 43, mendakwa kegagalan Mason mengawal tabiat makannya memusnahkan keluarga mereka dan menyebabkan beliau dan adiknya hilang segala-galanya, terutama selepas ibu mereka, Janet, meninggal dunia enam minggu lalu.

“Bapa, Roy, menyelesaikan pinjaman bank £100,000 (RM558,140) untuk rumah kami sebelum beliau meninggal dunia pada 1986. Namun, ibu terpaksa kembali meminjam bank dengan memajak rumah kami demi membiaya tabiat makan abang. Kini kami hilang semuanya selepas rumah kami dirampas bank kerana ibu gagal melunaskan pinjaman.

“Tiada apa yang boleh diwasiatkan ibu kepada saya dan Judith. Saya masih sayangkan abang tapi saya sedih dengan perangainya itu,” katanya.

Mason kini tinggal di rumah banglo dibina khas untuk golongan obes dan terbaring sepanjang masa di atas katil. Rumah itu memiliki pintu seluas 1.5 meter dan Mason yang pernah bekerja sebagai penghantar surat dan mekanik menerima bantuan £67.50 (RM377) seminggu dan wang sewa rumah.

Beliau dijaga tujuh kakitangan Jabatan Kesihatan yang bekerja dalam tiga syif sehari untuk memasak dan membersihkannya. Pelayan itu menelan belanja £100,000 (RM558,140) setahun dan akan membantunya dalam apa jua perkara yang diperlukannya.

Mason kini bakal menjalani pembedahan mengecilkan perut bagi menghentikan tabiatnya dan membantunya untuk terus hidup. Pembedahan itu dilapor menelan belanja £20,000 (RM111,623).

Bagaimanapun, Louise sangsi Mason akan berubah.

“Saya sedar sepatutnya saya memberi lebih sokongan kepadanya. Namun sebagai manusia biasa, saya tidak dapat berbuat apa-apa jika beliau tidak membantu dirinya sendiri. Hakikatnya, beliau tidak mahu bantuan kami,” katanya.

Metro Ahad : 25 Oktober 2009

Kalau anda serius ingin turunkan berat badan, saya cadangkan agar anda mengambil Jus Mate 5, Terbukti Keberkesanannya, untuk melihat testimoni, sila layari www.kuruskanbadan.com

Fakta Mengenai Obesiti

Adakah anda seorang yang risaukan tentang ukuran badan? Mungkin anda belum lagi mencapai tahap obesiti, namun sekiranya tidak dijaga dari sekarang, tidak mustahil anda akan sampai ke peringkat obesiti suatu hari nanti. Saya ada beberapa fakta mengenai obesiti yang tersenarai di bawah ini:

Jangan Tunggu Sehingga Anda Perlu Tukar Baju Baru Kerana Terlalu Gemuk!

Jangan Tunggu Sehingga Anda Perlu Tukar Baju Baru Kerana Terlalu Gemuk!

1. Kalori yang berlebihan akan ditukar kepada lemak. Pada permulaan sel saiz sel lemak membesar dan kemudian bertambah bilangan. Semasa penurunan berat badan saiz lemak boleh mengecil sebanyak 60%-80%, tetapi bilangan sel lemak  hanya dapat berkurang sedikit (30%).

2. Penyebab ketidakseimbangan kegunaan kalori dan pembentukan lemak berbeza pada setiap individu dan factor umur, jantina, keturunan, emosi, persekitaran, penyakit, ubatan memainkan peranan penting.

3. Famili gemuk lebih kemungkinan berkongsi gaya hidup dan diet yang menjurus pada kegemukan.

4. Dengan peningkatan umur, lebih banyak otot bertukar kepada lemak.

5. Mengandung dan pengamalan pil/ suntikan/ implant perancang keluarga banyak menyumbang kepada kegemukan pada wanita.

6. Penyakit kronik yang biasanya menyebabkan kegemukan seperti PCOS, hipotiroid, Sindrom Cushing, kemurungan, Pra Willi Syndorem dan penyakit pada kalenjar pituitary.

7. Mereka yang lemak berkumpul di pinggangnya 3 kali lebih risiko mengidap penyakit seperti darah tinggi dan jantung berbanding mereka yang lemak terkumpul di pinggul dan paha.

8. Melalui JDM5, rawatan pengurusan badan, telah Dr Rozmey meletakkan pada kesungguhan pengamal Jus Diet Mate 5 mengurangkan kalori dan menukar pemakanan tinggi karbohidrat, protein dan lemak kepada yang rendah kalori, lemak dan karbohidrat dan mula  perbanyakkan mengambil serat, sayuran dan buahan.

9. Ubatan berkimia bertindak dengan menekan/ menahan rasa lapar tanpa membantu sel meningkatkan tahap metabolisme. Dan terbukti tidak berkesan dalam perawatan penurunan berat badan, secara keseluruhan, di mana 90% kes, terjadi kegemukan mendadak sebaik saja berhenti mengambil pil berkimia.

10. Penyelidikan yang dijalankan di UK dan US selama 20 tahun mendapati rawatan dengan pil pelangsing berkimia hanya mampu menurunkan berate badan 5-10% sahaja dan 30% tidak langsung hilang berat manakala 60 yang berat turun, mengalami kenaikan berat semula, lebih dari berat asal hanya dalam tempoh 3 ke 6 bulan.

11. Jus Mate 5 yang diformulasi oleh Dr Rozmey bertindak memperhebatkan lagi amalan pengurusan berat badan GOLD STANDARD iaitu kurangkan kalori dan banyak membakar lemak dengan kebolehan mengaktifkan metabolisme kita, tenaga, pengunaan glukos dan pembakaran lemak. Sistem usus juga dirawat dengan membuang lemak yang berlebihan, toksin dan bacteria yang berbahaya di dalam usus,  hasil cammpuran fiber guar gum.

12. Masih banyak mereka yang gemuk hanya kerana kesalahan amalan memakan makanan yang tinggi lemak, protein dan karbohidrat pada masa yang salah dengan cara yang salah.

13. Sepatutnya kita semua sedar, kita tidak akan gemuk kerana tidak penah senaman atau kurang senaman, namun kita mula gemuk jika mula tabiat makan secara berlebihan pada waktu yang salah dan jenis yang salah. Makanan adalah satu-satunya yang paling berkuasa di dunia yang  membuat anda gemuk.

14. Pengamal Jus Mate 5 yang positif dan sanggup menukar tabiat, cara makan, jenis makanan dan sanggup mengurangkan kalori yang diambil setiap hari dan jika perlu hanya ambil Jus Mate 5, air masak dan sedikit sayuran dan buahan serta berani untuk membuat catuan jumlah makanan yang diambil seharian kepada 4 atau 5 pecahan kecil pasti berjaya menurunkan berat ke tahap berat ideal 100%, dan ini telah dibuktikan berulangkali oleh mereka yang bersungguh-sungguh dengan Jus Mate 5, Mengapa anda tidak boleh?

15. Pengamal Jus Mate 5 mestilah berani menyatakan pada diri mereka dan mendisiplinkan diri mereka dengan mengamal pemakanan / program yang disyorkan oleh Dr Rozmey (pakar penyelidik obesity)

16. Dengan mengambil Jus Mate 5 yang mengandungi formula membakar lemak, sekiranya pengguna mengamal pengambilan kalori kurang dari 1000kcal/ hari, mula ambil fiber, sayur dan buah..mengambil hidangan secara catuan dalam jumlah yang kecil sebanyak 4-5 hidangan, sebenarnya anda telah membuatkan Jus Mate 5 mampu bekerja 2-3 kali ganda, ini kerana setiap kali anda makan kecil, enzim pembakar lemak yang dihasilkan dan bersama dengan fat burner dari JDM5 dapat membakar semua kalori kecil yang anda ambil dan mampu selebihnya bertindak bergandingan membakar lemak 3 kali dari amalan biasa.

17. Inilah yang dialami oleh semua pengamal Jus Mate 5, pada pengguna yang sukar, kesukaran itu dapat anda leburkan sekiranya anda yakin berjuang mengikut nasihat pemakanan yand Dr Rozmey selidik dan sarankan.

Selamat berjaya dan kekal sihat langsing menawan dengan formulasi pakar.

Kumpul Lemak di Pinggang

TERINGAT istilah PMKD (ini bukan istilah perubatan tetapi bagi singkatan ‘Perut Maju Ke Depan’) digunakan peserta kem kesihatan mengusik rakan lelaki berperut buncit.

Perut Buncit Bukan Satu Kebanggaan Petanda Anda Kaya Dengan Duit!

Perut Buncit Bukan Satu Kebanggaan Petanda Anda Kaya Dengan Duit!

Situasi itu dilihat seolah-olah sudah menjadi ‘trend’, terutama bagi lelaki dalam lingkungan umur lewat 30-an atau selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.

Masalah perut buncit tidak mengira jantina – ia boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Bagaimanapun, kebanyakan wanita mempunyai bentuk badan ‘buah pir’ di mana pengumpulan lemak lebih tertumpu pada pinggul dan paha.

Malah, wanita yang lebih sensitif terhadap penampilan akan berusaha mengekalkan bentuk badan. Baik lelaki atau wanita, berperut buncit bukan perkara membanggakan. Namun apabila usia meningkat, usaha mengurangkan lemak di pinggang dan menurunkan berat badan biasanya payah dan mengambil masa lebih lama.

Bagi wanita, pengumpulan lemak pada pinggang biasanya lebih ketara dengan peningkatan usia, terutama selepas menopaus. Selepas menopaus, lokasi pengumpulan lemak berpindah daripada di bawah lengan, paha dan pinggul ke pinggang.

Berita baiknya, tidak kira apa pun bentuk badan, apabila anda bersenam secara teratur dan menjaga pemakanan, bahagian paling cepat susut dan hilang ialah lemak di pinggang. Lemak pada bahagian lain akan menyusul kemudian.

Mengapa perlu hilangkan lemak di pinggang? Lemak di pinggang atau kegemukan sentral (tengah) adalah petanda kurang baik kerana ia boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Lemak ini dipanggil lemak viseral. Cuba cubit lemak di pinggang anda. Lemak yang boleh dipegang ini di namakan lemak subkutaneus iaitu lemak di bawah kulit. Lemak viseral ialah lemak yang kita tidak dapat lihat; yang terkumpul di keliling organ.

Orang gemuk biasanya mempunyai banyak lemak yang mengisi ruang di antara dan mengelilingi organ. Ia perlu ‘dihilangkan’ kerana boleh menjejaskan fungsi organ dan dalam kes serius, ia menyebabkan organ gagal berfungsi.

Lemak viseral ada di lapisan lebih dalam, tetapi ia lebih mudah dibakar berbanding lemak subkutaneus melalui senaman, kata pensyarah pemakanan Universiti Penn State, Dr Penny Kris Etherton.

Lemak viseral dikaitkan dengan masalah kolesterol tinggi, trigliserida tinggi, tekanan darah tinggi dan terlalu banyak insulin. Pakar perubatan juga menggelarnya ‘lemak pembunuh’.

Lemak di pinggang lebih berbahaya berbanding tempat lain. Lemak viseral meningkatkan risiko untuk mendapat:

  • Penyakit jantung
  • Kencing manis
  • Sindrom metabolik
  • Masalah pundi kencing
  • Tekanan darah tinggi
  • Kanser usus
  • Merangsang keradangan
  • Dikaitkan dengan proses pengerasan salur darah (menyebabkan lebih mudah mengalami masalah jantung)

Penyelidik mendapati sel lemak di pinggang adalah sel aktif. Ia boleh menghasilkan hormon dan bahan lain yang boleh menjejaskan kesihatan.Contohnya, ada sel menghasilkan hormon yang merangsang masalah kerintangan terhadap insulin (menyebabkan sel tidak sensitif kepada insulin yang bertugas mengangkut gula dari darah ke dalam sel).

Ada pula sel lemak menghasilkan hormon estrogen yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Bagaimanapun, penyelidik masih mencari jawapan bagaimana hormon berlebihan ini boleh menjejaskan kesihatan tetapi yang pasti, berlebihan sel lemak di pinggang mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.

Mungkin ada yang terfikir untuk menjalani proses sedut lemak. Menurut Perunding Pembedahan Plastik dan Kosmetik Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Lim Chai Leng, proses ini hanya untuk membuang lemak subkutaneus di bawah kulit dan bukan lemak viseral. Lemak viseral masih tetap ada dan hanya hilang melalui senaman.

Menurut Perunding Kanan Endokrinologi, Universiti Malaya, Profesor Dr SP Chan, tahap kesihatan seseorang tidak akan berubah dengan pembedahan sedut lemak kerana ia hanya untuk tujuan kosmetik supaya nampak cantik.Untuk meningkatkan tahap kesihatan, seseorang itu perlu bersenam dan menjaga pemakanan, terutama bagi individu yang berisiko tinggi mendapat kencing manis seperti mempunyai ahli keluarga menghidap penyakit berkenaan.

Siapa yang berisiko mengalami masalah ini? Seseorang itu dikatakan mempunyai simpanan lemak viseral jika ukuran pinggangnya melebihi 98 sentimeter (40 inci) bagi lelaki dan 83 sentimeter (33 inci) bagi wanita.Walaupun orang yang gemuk dan obes mempunyai lebih banyak lemak viseral, tidak bermakna individu dengan berat badan normal tidak mengalami masalah ini. Ada ramai orang yang tidak gemuk tetapi berperut buncit. Kajian menunjukkan lelaki dan wanita berusia 70 tahun ke atas dengan berat badan normal tetapi mempunyai banyak lemak viseral berisiko tinggi mendapat kencing manis.Walaupun kajian itu ke atas warga tua, ia juga boleh dijadikan peringatan kerana kini ramai golongan muda menghidap kencing manis.

Kini, dengan pemakanan yang dicipta oleh Dr Rozmey, Jus Mate 5 mampu untuk menghilangkan lemak di pinggang. Malah, senaman khusus seperti angkat tubi juga tidak akan membuatkan perut anda kempis. Cara terbaik untuk mengurangkan lemak di pinggang ialah:

  • Bersenam – Senaman aerobik seperti berjalan cepat, menari, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau berenang boleh membantu membakar lemak di pinggang dengan cepat. Untuk lebih berkesan, lakukan senaman lima kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 60 minit setiap sesi.Lebih lama dan bersungguh-sungguh anda bersenam, lebih banyak lemak di pinggang akan hilang. Senaman yang tertumpu pada bahagian tertentu tidak akan membantu. Senaman ini perlu mampu meningkatkan degupan jantung anda.Kajian Pusat Kanser Fred Hutchinson di Seattle menunjukkan wanita gemuk yang bersenam secara teratur boleh mengurangkan antara 3.4 peratus hingga 6.9 peratus lemak viseral (bergantung kepada kelasakan senaman) tanpa mengubah pemakanan mereka dengan penurunan berat badan sebanyak dua kilogram. Lebih cergas senaman dilakukan, lebih banyak lemak viseral dapat dihilangkan.
  • Makan makanan mengandungi banyak serat. Serat bukan saja membuat anda cepat kenyang, tetapi kenyang lebih lama. Ia akan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan. Elak makanan ringan dan banyak lemak.
  • Dapatkan tidur secukupnya. Tidur terlalu sedikit (kurang enam jam) atau terlalu banyak (lebih lapan jam) menyebabkan badan menghasilkan berlebihan hormon tekanan, kortisol. Hormon ini merangsang penyimpanan lemak di pinggang.
  • Belajar mengawal tekanan melalui pelbagai pendekatan, termasuk bersenam. Ia dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang sekali gus membantu memudahkan anda mengatasi masalah kegemukan secara keseluruhan.
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Harian Metro

Dua Perkara Asas Dalam Program Kuruskan Badan

Dalam program diet, dua perkara asas yang perlu diaktifkan secara serentak. Pertama mengurangkan kalori/ kurang makan. Kedua menggunakan kalori/ membakar lemak, ini untuk memastikan terdapat kesan maksima untuk mengaktifkan berjuta-juta sel lemak dengan membakarnya menjadi sumber tenaga harian, menghantar maklumat kepada otak untuk menukar rasa lapar dan suka makan, kepada rasa kenyang dan tak ingat makan.

Jangan Bertangguh Untuk Diet, Takkan Anda Mahu Jadi Macam ni?

Jangan Bertangguh Untuk Diet, Takkan Anda Mahu Jadi Macam ni?

Dengan hanya mengaktifkan salah satu cara di atas, kesan pembakaran lemak tidak akan mencapai lebih dari 35%, namun jika kedua cara diaktifkan dengan serentak kesan pembakaran lemak sehingga 60%-70% mampu berlaku, dan hasilnya sel-sel lemak kurang saiz sehingga 80% dan berkurang jumlah sehingga 40%, dan hasilnya penurunan berat berlaku dengan pantas dan selesa.

Saya ingin memperkenalkan anda dengan program diet Jus Mate 5, di mana pengguna mesti merasa:

1. Kenyang
2. Bertenaga
3. Tidak ingat makan

Ini terhasil kerana bahan pembakar lemak di dalam JDM5 seperti Carginia Cambogia, Super Citrimax, L- Carnitine dan Hodia Gonidi, bertindak mengaktifkan kita co-enzmes dan c-AMP dalam kitar tenaga ‘kreb cycle’ di mana HCA (hydrocitric Acid merupakan co-enzmes yang menukarkan glukos kepada tenaga dan aktifkan lipolisis lemak kepada tenaga.

Dengan program JDM5, keperluan kalori yang diambil, dikurangkan di bawah 1000kcal sehari, namun tubuh anda dibekalkan dengan jumlah kalori yang sama sebelum anda mengambil diet JDM5, hanya kalori, tersebut didapati terhasil dari pembakaran lemak (bukan dari pemakanan ) dengan ini tubuh anda tidak menjadi letih dan tiada perubahan memperlahankan metabolisma sel-sel untuk merendahkan kadar penggunaan kalori, yang dalam keadaan biasa tanpa sokongan FAT BURNER dalam JDM5 , metabolisma sel menjadi rendah, menyebabkan tiada sel lemak yang mampu dibakar dan dikurangkan.

Pengamal JDM5 diminta agar mengurangkan pengambilan kalori, Program JDM5 berteraskan rendah karbohidrat, lemak dan protein, pengamal diminta mula ambil makanan yang tinggi serat (fiber), sayuran dan buahan.

Pemakanan yang lebih seimbang elok diamalkan segera sebaik saja pengguna mula selesa dengan jumlah kalori dan penurunan pada 11 hari yang pertama, pemilihan karbohidrat dan protein jenis mudah, elakkan makanan bergoreng berminyak, kurangkan makanan dan minuman yang manis, elak dari mengambil kopi, minuman jus buahan, serta mula amalkan makan yang kecil serta sedikit namun lebih kerap (5 bahagian)supaya tidak membebankan sistem penghadaman dan usus.

Anda juga dinasihatkan untuk mempelbagaikan jenis karbohidrat yang diambil, ini untuk mengelak berlaku rintangan pembakaran kalori.

Penurunan berat, biasanya dalam tempoh 3 ke 4 bulan untuk turun 20-30kg bagi pengguna yang berat 90kg ke bawah dan 5-10 bulan untuk penurunan 60kg-100kg bagi mereka yang berat 100kg-250kg.

Anda boleh mulakan diet JDM5 sekarang dan dapatkan info lanjut mengenai JDM5 di www.kuruskanbadan.com

Anda Mahu Diet Agar Kelihatan Kurus?

Saya ingin berkongsi dengan anda tips Mahu diet? Ikut tip ini yang dipetik dari majalah RAPI keluaran 1 April 2009. Mungkin tips di bawah ini boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

Makan Sayur Bukan Sahaja Boleh Kurus, Tetapi Cantikkan Kulit Anda

Makan Sayur Bukan Sahaja Boleh Kurus, Tetapi Cantikkan Kulit Anda

1. Ambil kuantiti sayur, buah, makanan berbijiran penuh, dan kekacang. Makanan seperti ini mengandungi kuantiti tenaga yang kurang padat sekaligus membantu anda untuk merasa kenyang dalam tempoh masa yang lama.

2. Daging kurang lemak, ikan, produk tenusu kurang lemak dan lain-lain jenis protein diambil dalam kuantiti sederhana. Makanan jenis protein paling berkesan untuk memberi kesan mengenyangkan.

3. Jika anda mengambil snek atau makanan ringan secara kerap, anda dapat menakan makan secara keterlaluan (jumlah makanan yang diambil tidak banyak)

4. Berdiet ada masanya akan membuatkan seseorang itu terpaksa menahan diri dari mengambil makanan yang mereka gemari. Tidak elok begitu, ada masanya anda harus memberi ruang kepada diri sendiri. Ambil makanan yang anda inginkan dalam kuantiti yang sedikit, sekadar merasa. Kemudian, teruskan diet anda tanpa rasa bersalah.

5. Jumlah makanan yang diambil harus disukat. Jika anda risau terlupa diri, lebih baik minta bantuan rakan untuk mengawasi sukatan makanan anda. Pastikan anda berpegang kepada prinsip dan tidak mudah goyah dengan ‘godaan’ makanan yang ada di sekitar anda.

Mungkin anda mahu cara mudah untuk kuruskan badan yang telah terbukti  ianya efektif dan ramai yang telah berjaya mencapai berat idaman mereka. Jangan lupa untuk saksikan kehebatan orang yang telah berjaya melangsingkan badan mereka di www.kuruskanbadan.com

Salam Ceria,

Humaizi

Lydiawani Turunkan Berat 56 kg Dalam Masa 20 Minggu

Lydiawani Ezrina Masakhoh

Lydia Sebelum

Lydia Sebelum

Percaya atau tidak seorang bakal peguam berjaya menurunkan berat badan sebanyak 56 kilogram (kg) dalam masa 20 minggu sahaja.

Tapi itu lah realiti yang berlaku kepada Lydiawani Ezrina Masakhoh, 23, seorang pelajar tahun akhir jurusan undang-undang di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menurut Lydiawani yang berasal dari Sungai Petani, beliau mula mengambil Jus Diet Mate 5 (JDM5) pada Sept tahun lalu dan mula mengalami penurunan berat badan selepas beberapa minggu.
“Selepas lapan minggu berat badan saya turun sebanyak 35 kg menjadikan berat saya 70 kg…saya sangat gembira dengan perubahan itu, langsung tak sangka JDM5 dapat menurunkan berat badan saya dengan cepat.

“Selain itu saya juga mengambil inisiatif sendiri dengan berjalan kaki dari kolej ke fakulti…saya rasa bertenaga walaupun berjalan kaki setiap hari, sebelum minum JDM5 saya tak larat nak jalan kaki dan selalu naik bas ke fakulti,” kata beliau yang sedang menjalani latihan amali di sebuah firma guaman di Sungai Petani.

Bagaimanapun pada Januari lalu beliau mengambil keputusan untuk berhenti mengambil JDM5 atas faktor kewangan kerana terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membiayai pengajiannya di tahun akhir.

“Bila saya berhenti ambil JDM5, saya ingatkan berat badan saya akan naik tapi sangkaan saya meleset…berat badan saya terus turun setiap minggu sehinggalah kepada 49 kg pada bulan Mac lalu.

” Ya Allah macam tak percaya ja yang jus ini mampu membantu mencapai impian saya sejak kecil…cita-cita saya nak jadi peguam dan kurus tercapai dalam masa yang sama,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada DR. Rozmey kerana mencipta JDM5.

Perubahan itu membuatkan rakan-rakan yang mengenalinya tidak dapat mengecam beliau selepas cuti semester.
“Mereka mesti akan kata kepada saya…biar betul Lydia ke ni, kurusnya.Masa itulah saat paling mengembirakan saya dan saya terus memberitahu mereka yang saya menggunakan produk Dr. Rozmey,,” tambah Lydiawani.

Sementara itu, Pengarah Urusan HPM Dr. Che Rozmey Che Din berkata kejayaan Lydiawani menurunkan berat badan adalah hasil bantuan JDM5 ciptaan beliau yang ternyata selamat dan berkesan.

Lydia Selepas Ambil Jus Mate

Lydia Selepas Ambil Jus Mate

Katanya hasil kajian beliau selama 15 tahun dalam bio-herb jelas sekali berbaloi untuk digunakan oleh semua pengguna dari seluruh negara.

“Produk ciptaan saya bukan sahaja membantu menurunkan berat badan tetapi pengguna juga dapat merasa kesannya iaitu lebih bertenaga dan sihat tanpa kesan sampingan kerana produk saya langsung tidak mempunya bahan kimia,” kata beliau.

Untuk mendapatkan produk jus mate 5, sila layari www.kuruskanbadan.com

Syanie Sentiasa Optimis

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

Syanie selepas melakukan pembedahan di Hospital Pakar Damansara, Selangor.


KEINGINAN untuk hidup itu penting. Lebih-lebih lagi orang ramai sering menganggapnya seorang yang optimis walaupun obesiti. Walaupun ada perasaan malu, pelakon Syaniza Hisham atau lebih dikenali Syanie, 35 cuba menepis sikap itu.

28 September ini, genaplah empat bulan dia menjalani pembedahan. Dalam pada itu, ramai yang salah sangka kerana menganggap dia melakukan pembuangan lemak.

Takutkan komplikasi kesihatan pada masa akan datang, Syanie perlu melakukan pembedahan pintasan perut (gastric bypass) bagi memendekkan usus.

“Tipulah kalau Syanie kata tiada perasaan malu. Kadang-kadang hendak pergi festival filem pun, Syanie sedikit segan. Tetapi memandangkan Syanie sentiasa positif memandangkan Syanie sendiri tidak akan duduk di rumah sahaja. Syanie suka keluar dengan kawan. Sebab Syanie sentiasa ingat, setiap orang perlu ada keinginan hidup,” katanya.

Bagi Syanie, sejak di peringkat sekolah lagi, dia akan lakukan perkara yang dia suka selagi dia mampu.

Ceritanya, pernah suatu ketika, dia tahu dia mungkin tidak muat menaiki rollercoaster tetapi dia mencuba juga.

perubahan

Dari segi pemakanan, Syanie mengakui dia mengalami perubahan.

Selera makannya masih sama seperti dulu.

“Selepas tiga bulan, berat badan saya turun kepada 32 kilogram. Tetapi saya masih perlu senaman untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Saya tidak mahu berat badan saya turun secara mendadak. Buat masa sekarang, saya bersyukur kerana pembedahan telah berjaya,” katanya yang kini sedang mengenali hati budi seseorang.

Mengimbas keadaan Syanie sebelum dibedah, dia mengakui berat badan yang berlebihan ketika itu menyukarkannya berjalan.

Paling perit, dia tidak boleh berdiri lama dan terpaksa duduk di atas kerusi.

Takut berhadapan dengan komplikasi sakit jantung, Syanie yang sering semput berasa perlu melakukan pembedahan tersebut.

“Bayangkan dulu Syanie tidak boleh membawa kereta. Kini Syanie dapat atasi masalah tersebut. Mudah untuk Syanie bergerak ke mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja, Syanie juga mengalami masalah ketika tidur. Ini kerana oksigen tidak sampai ke otak. Dulu Syanie tidak pernah cukup tidur. Kini, Alhamdulillah, saya dapat tidur dengan nyenyak kerana saya lebih mudah tidur. Jadi, saya tidak mengantuk ketika bekerja,” ujarnya yang sudah 18 tahun berlakon.

Syanie bersyukur dengan keputusan yang dia ambil dan berharap dapat turunkan berat badan sendiri.

Seminggu menyambut raya, Syanie gembira kerana dapat berehat sepuas-puasnya.

Apatah lagi tahun ini, dia menyambutnya dalam suasana yang berbeza.

“Hanya berbeza dari segi pemakanan. Kalau dulu pergi ke bazar Ramadan, pasti nak makan semua. Tetapi kini semuanya bersederhana. Doktor pun pesan, Syanie akan mengalami perubahan sistem penghadaman selama enam bulan. Tidak semua nasi putih saya boleh makan,” katanya yang menggemari nasi dagang yang dibuat oleh nenek sendiri.

20% Rakyat Malaysia Gemuk

PUTRAJAYA 12 Jun – Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami ‘Masalah 3G’ iaitu Gebu, Gempal dan Gemuk.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kajian tahun lalu itu menunjukkan satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun adalah gemuk, manakala bagi lelaki sebanyak 13.9 peratus atau 850,000 orang.

Wanita Dikatakan Mudah Mengalami Kegemukan

Wanita Dikatakan Mudah Mengalami Kegemukan

Beliau berkata, ini bermakna bagi setiap 100 orang di kalangan mereka yang berumur 25 hingga 64 tahun, terdapat 14 orang lelaki yang gemuk sementara bagi wanita pula seramai 19 orang.

Trend obesiti yang serupa, katanya, turut melanda kanak-kanak.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas 12,000 murid sekolah di Semenanjung Malaysia menunjukkan 10.5 peratus daripada mereka berlebihan berat badan dan enam peratus dikategorikan sebagai gemuk.

”Kalau dulu mungkin orang yang gebu, gempal serta gemuk dikatakan sihat dan sejahtera tetapi kini tidak lagi kerana ia menjurus kepada bahaya dan bencana.

“Gejala 3G sekarang sudah menjadi masalah kesihatan yang semakin serius, justeru langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan oleh semua pihak,” kata Soi Lek pada seminar kesihatan Masalah 3G dan Kesannya Kepada Kesihatan Wanita anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon.

Soi Lek berkata, berbanding kajian serupa 10 tahun lalu, jumlah penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas yang berlebihan berat badan adalah 16.6 peratus sementara kegemukan dianggarkan 4.4 peratus.

Beliau menambah, Malaysia merupakan negara rantau Asia Tenggara yang mempunyai masalah kegemukan kedua tertinggi.

Tegasnya, pendidikan kesihatan yang betul amat penting kerana kegemukan adalah permulaan untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung koronari, diabetes dan strok.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kegemukan turut meningkatkan risiko mendapat kanser payu dara, kanser kolon, prostat, uterus, buah pinggang dan penyakit pundi hempedu menerusi perubahan hormon akibat kegemukan.

”Kegemukan juga menjadi penyumbang kepada penyakit sendi atau ‘osteoartritis’ yang kerap dialami oleh golongan dewasa sehingga mengehadkan pergerakan mereka,” katanya.

Perkembangan ini antara lain berpunca daripada perubahan gaya hidup rakyat negara ini ekoran pertumbuhan pesat sosioekonomi yang memberangsangkan.

Sehubungan itu, Soi Lek mahu dua amalan asas dipatuhi oleh semua terutama kanak-kanak iaitu mengambil makanan berkhasiat mengikut keperluan tubuh dan melakukan aktiviti fizikal mencukupi.

”Kegemukan tidak berlaku dalam sekelip mata. Penurunan berat badan juga tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat kerana mereka yang mengalami masalah 3G perlu menurunkan berat badan secara sistematik iaitu antara 0.5 hingga satu kilogram seminggu,” katanya.

Soi Lek menambah, penurunan berat badan yang drastik melalui pengambilan ubat-ubatan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan akan mendatangkan kemudaratan dan seterusnya kematian.

Oleh Norliza Abd. Rahman
Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />