Archive

Archive for June, 2009

Petua Kempiskan Perut

June 28th, 2009

Lelaki amat sinonim dengan masalah perut buncit. Ia sesuatu yang normal, namun keterampilan diri haruslah dipelihara. Oleh itu, apa kata anda amalkan petua ini untuk mendapatkan perut yang kempis.

Caranya, minum air campuran limau nipis dan teh tanpa gula setiap hari. Petua ini hanya boleh diamalkan untuk mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit. Mudah dan murah bukan?

Petua ini juga boleh digunakan untuk kaum wanita. Namun anda kena pastikan anda tidak mengandung dan juga tidak menghidapi apa-apa penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan.

Ada juga sesetengah dari kita mempunyai badan yang ’slim’, namun di perut terdapat spare tyre yang mungkin berlipat-lipat. Ada cara paling mudah untuk kempiskan perut anda, hanya dengan mengambil Jus Mate 5 sebelum tidur, InsyaAllah, perut anda akan kempis dalam masa 4-7 minggu. Bagaimana perut boleh dikempiskan dengan meminum Jus Mate 5? Anda boleh layari link  http://www.kuruskanbadan.com/carapenyediaan.html  untuk maklumat lanjut.

Share/Save/Bookmark

admin Petua Kurus

Badan Kita Perlukan Air Secukupnya

June 21st, 2009

ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.

Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.

Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.

Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.

Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).

Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).

Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,”
Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:

Pernafasan (1 gelas air - 14 peratus)

Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)

Peluh ( 2 gelas air - 34 peratus)

Najis (1/2 gelas air - dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari.

Sumber : Harian Metro

Share/Save/Bookmark

admin Tentang Makanan

Tip Makan Cara Sihat di Restoran Makanan Segera

June 15th, 2009

8 tip makan cara sihat di restoran makanan segera

Kehidupan serba moden dan dalam dunia kesibukan ini, kecendurangan kita untuk menjamu selera di restoran segera amatlah tinggi. Kalau suatu masa dahulu amat susah untuk ketemui restoran makanan segera, kini tidak lagi, malah di pekan-pekan kecil, umpanya Pasir Puteh Kelantan, telah ada KFC. Apatah lagi di bandar-bandar besar, restoran makanan segera berada di kawasan kejiranan kita sahaja.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tip menarik daripada majalah I-Sihat karangan Norashikin Md Nor mengenai cara makan sihat di restoran makanan segera. Saya bersetuju dengan beliau di mana kanak-kanak antara golongan yang paling gembira sekiranay ibu bapa mengajak makan di restoran makanan segera. Burger, kentang goreng dan susu kocak merupakan makanan kegemaran yang biasanya dijadikan pilihan utama.

Bagaimana pun, kebanyakan rangkaian restoran di negara ini kini prihatin dengan keperluan orang ramai terhadap pemakanan sihat. Restoran tersebut telah mula menyajikan menu yang ada pilihan lain contohnya seperti salad, kentang bakar, sup dan sebagainya.

Sebagai ibu bapa, andalah penentu dalam memastikan kesihatan keluarga terjamin. Berikut adalah beberapa cadangan agar hidangan makanan segera anda berkhasiat serta mengandungi nutrien yang diperlukan tubuh badan.

1. Hindarkan daripada mengambil makanan yang bergoreng. Pilihlah hidangan yang dibakar atau dipanggang.

2. Jika anda memesan makanan yang digoreng, buang lebihan minyak yang terdapat padanya dengan cara mengesat dengan tisu serapan.

3. Pesan piza yang mengandungi cendawan, bawang dan lada  hitam berbanding dengan sosej ataupun daging.

4. Sekiranya memakan salad, seboleh-bolehnya elakkan daripada dressing seperti mayonees dan lelemak sayuran yang lain. Pilih sayur dan buah-buahan segar dalam salad.

5. Jangan sekali-kali menambah garam pada makanan kerana kebanyakan hidangan dihasilkan mengikut kadar garam yang telah ditetapkan.

6. Minta susuk skim atau susu rendah lemak, jus buah-buahan atau sekadar air putih bgi menggantikan susu kocak serta minuman bergas seperti lazimnya.

7. Sebagai penambah perisa di dalam kopi yang anda pesan, gunakan susu rendah lemak dan bukannya krimer mahupun gula.

8. Elakkan daripada memakan kek, pastri dan pencuci mulut yang ternyata tinggi dari segi kalori dan kadar lemak.

Share/Save/Bookmark

admin Tentang Makanan

Perkongsian Pengalaman Kuruskan Badan

June 3rd, 2009

Salam,

Baru-baru ini saya ada  mengikuti perbincangan dalam satu yahoo groups mengenai pengalaman menurunkan berat badan. Pertanyaan diajukan oleh  Putra Shahrul putra.shahrul@yahoo.com>

Salam,

Saya ingin mengajak ahli-ahli SIM utk berkongsi pengalaman diet anda…
Kita akan share mana-mana teknik yang berkesan dan sama-sama memanfaatkannya…
Tak kiralah teknik2 senaman ke, amalan pemakanan, produk2 diet, slimming centre dll lagi.

Yang mana paling efektif berdasarkan pengalaman samada teknik individu atau kombinasi, serta faktor2 penting yang mempengaruhi kejayaan diet anda…
Kongsikannya… mungkin kita dapat manfaatkan bersama utk diri kita & sahabat2 kita yg lain..

Di bawah ini adalah respond yang saya rasakan berguna untuk dikongsi bersama dengan pembaca blog saya. Saya harap anda dapat memahami perkataan short cut yang ditulis oleh para netters dalam emel-emel mereka.

yusniza yunos <gemini_alin@yahoo.com>

y tak pernah amalkan diet ni……
teringin juga nak buat,tp sy ni jenis tak boleh tahan nafsu makan sy….
masa sy ank dara dulu berat sy 48kg je….
tp lepas kawin naik 60kg,
bila bersalin ank sulung…..masa dlm pantang arwah emak sy suruh jaga mkn..
sbb kalau dlm berpantang tak jaga mkn…abislh jawabnya…..
sy jaga abis je pantang dh terbiasa mkn nasi sikit….
trus berat sy turn 55kg…..
bersalin ank ke-2 berat sy naik balik ke 62kg……
tp lepas abis je pantang berat sy turun ke 58kg sehungga sekarang…
sy cuma ikut petua arwah emak sy je….
mkn mcm biasa ikut selera kita nk mkn apa…tp pengambilan nasi tu yg penting…
sy mkn nasi sikit je baik siang atau mlm.mcm mn sedap pnlh lauk yg ada kat depan sy.
sy akan tetap mkn nasi sikit aje…selain dpt kurangkn berat badan.ia juga adalah amalan tuk awet muda tau.
bila kita mkn nasi tak bertambah…….ternyata berkesan….
itulah petua yg sy amalkn sehingga sekarang.
tpp sy ada juga teringin nk turnkn lgi berat sy…
sy ubat2 perlangsingan ni sy tak berapa percaya sgt…
sbb bkn tujuan nk menakutkn sesiapa,tp dr pengalaman kwn2 yg mkn ubat perlangsingan ni..
kat tempat kerja sy dh 3 org meninggal lepas dpt berat yg di inginkan..
sy jmp doktor pakar.bila di timbang berat dn ukur ketinggian sy,doktor tu mrah sy,
kenapa nk trunkn lagi berat sy sedang berat dgn ketingian sy adalh seimbang……
dn doktor tu ckp badan sy masih mcm ank dara lagi….
suami sy pn ckp mcm tu juga…..kwn2 sy,mahupn kwn2 suami semua ckp yg sama…
mungkin btl ckp arwah emah sy…dlm pantang tu perlu jaga semuanya….klu tak nnt kita yg susah…
dlm berpantang dulu. sy mkn pn tak banyak,air sy kurang minum,buah sy mkn byk……berbekung dlm pantang
sy amalkn selama 60arisy pakai lama,sehari sy pakai dr kul 6 pg sampai 8mlm……..
dn skrang sy dh tak diet lagi….sy mkn aje apa yg sy nk mkn…….
tp senaman jgn lupa pulak…
sy jenis yg tak bersenam punya org…tp kat tempat kerja sy. sy sentiasa kena berjaln tgk mesin…
mesin kat tempat kerja sy ni ada 115 mesin..dn pekerja2 sy pulak ada seramai 25 org…
berjlan dr kul 8 pg,sampai kul 6 ptg,setiap ari dh kira senamanlh kan..

Zaed Muhamad <prince_zaed@yahoo.com>

dari pengalaman saya sendiri,

saya lebih mementingkan jumlah kalori yang saya ambil dalam badan.

kurangkan pengambilan gula(kalori tinggi),garam(anti pencerna lemak),aji,lemak,minyak,pedas,junk food,fast food……kurang kan pengambilan karbohidrat(glukosa).lebihkan serat(buah sayur/ulam/salad).

selalu berpuasa secara sihat,dan banyak minum air kosong(plain water especially kurang garam mineral-mineral water).lepas makan kene minum jus limau nipis,jangan sesekali makan sambil sulam minum (bahaya-risiko strok)

exercise cukup dengan main game(focus dan konsentrasi-banyak berfikir adalah satu cara membakar kalori berlebihan). saya berjaya turunkan berat badan 2 kilo dalam 2 minggu.so tak mustahil dalam 2 bulan kurang 8 kilo.same result cam london weight management.yang beribu ringgit tu.tapi kadar setiap org berbeza ikut metabolisma memasing la.kalau hormon okey takpe kalau murung lagi lambatla nak kurus.kene tegar la sikit.

Hr Guy <hrguy2204@yahoo.com>

saya la nyer… tak berapa mahir la nyer tentang diet2 ni nyer… Cuma saya teringat la nyer… tentang diet menurut kaedah Islam…
1. Kenapa Allah meletakkan waktu wajib berpuasa tu diwaktu siang nyer… bukan malam.
2. Kenapa waktu berpuasa tu bermula dari terbit fajar siddiq hingga terbenam matahari nyer…
3. Kenapa Rasullullah menganjurkan makan sebelum lapar dan berhenti makan sebelum kenyang nyer…
4. Kenapa di bulan Ramadhan saja ada solat tarawikh selepas mentekedarah kenyang2 masa buka puasa nyer…?

yang lain tu fikir2kanlah ye nyer… Eiii berapa banyak nyer da….

yuzliana yahaya <yuzliana@yahoo.com>

salam…

sy pn nak kongsi pengalaman, saya pernah diet.. setahun sy diet.. turun dr 75kg ke 56kg..

crnya sy hanya mkn ns seminggu sekali, x mkn mkanan ringan, kfc, mcd, ice cream semua tolak ketepi.. hanya mkn buah epal ijau 2 biji sehari (selama setahun).. klu tekak tu teringin nak mkn jugak sy mkn asam.. tp 2 lah.. sy x jg betul2… slps tu berat badan sy naik balik.. sampai skrg sy diet pun kejap jer turun lps tu naik balik.. skrg nie klu saya padang epal hijau dah x lalu dah nak mkn pasal dah sethn mkn epal ijau..

Pernah juga sy guna produk kuruskan badan.. memang akan buang air besar ikut kita mkn ubat tu lah.. tp selepas x mkn.. langsung sy dah x leh buang air besar & angin.. selama 2 hari tanggung sakit.. lps tu dah x berani mkn pil kuruskan badan.. skrg nie janji badan sihat..jaga pemakanan yang betul alhamdulilah..

sweet3 ss <ss.sweet3@gmail.com>

Kalu nk ikut cara sy…. alhamdulillah sy dh berjaya stlh amalkan selama 1 tahun….. dr 65kg dh smpi ideal weight 52kg… dr pinggang 36in kpd 29 in…..

Stlh amalkan selama 1 tahun sy dh berjaya…. sabar/semangat/disiplin kena kuat…. sebulan sekali reward diri sendiri mkn aiskrim or kfc or apa2 yg kita dh lma x mkn….. n klu ada bajet hadiahkan diri sendiri baju yg kita idam2kan nk pakai selama kita “gemuk”….. FYI sy dh boleh pakai semula bju2 13 tahun yg lalu….. n baju2 terbaru sy dh sedekah kt org…. terlalu besar utk dipakai skrg……  Sy hepi sgt dgn pencapaian ni….. sy dh boleh pakai kebaya nyonya tau….

Cara sy adalah spt berikut:
Pg sy amik heavy bekfas spt nasi2….
Tghari sy amik roti/kuih2… goreng pisang sy mkn gak tau
Blik kja msa kt rmh adalah time puasa… sy cuma amik susu/apa2 minuman 3in1…. kalu ada rasa lapar sy minum bersama roti/bskt…. Kdg2 amik buah2an…. yg utamanya no nasi for dinner…… if u msk tuk family, just mkn sayur2 je without nasi….. Masuk magrib sy dh “puasa”
Di smpig tu sy mmg amalkan minum air suam kosong shj pada setiap meal….

InsyaAllah u boleh buat…. tp bkn dlm msa yg singkat…. pencapaian sy dlm msa setahun… perubahan mgkn dlm tempoh 4-5 bln… itupun bergantung kpd metabolisma bdn kita….  jika ada kwn2 yg tegur nmpk makin slim itu petanda positif…. teruskan aim anda….  kalu ada masa, bersenam 3x seminggu…. mcm sy ada baby xde masa nk jogging or wat pe2 senaman…. mgkin dgn senaman u leh cpt dpt ideal weight…..

Ingat, kalu xleh ikut cara ni jgn buat…. bimbang dpt gastrik plak….. pda mggu pertama mgkn akan rasa lapar gak…. mkn la dlm kuantiti sdkt…. then, esok cuba semula….. amalan ni kena berterusan… sb tu kena ada semangat/disiplin/sabar/tekad yg tinggi….

Selamat berjaya….
Sy brjaya tnpa menggunakan formula2 kurus di pasaran….

Share/Save/Bookmark

admin Tip Kurus