Bagaimana untuk merangsang metabolisme?

August 29th, 2010

Apa yang kita makan setiap hari bukan saja menjadi membentuk badan secara fizikal malah menentukan masa depan kesihatan tulang jantung dan juga risiko mendapat diabetes ketika mencecah usia akhir 40-an.

Oleh itu ambil makanan dan minuman yang mampu merangsang metabolisme antaranya:

* Menambah cili atau mustard dalam makanan akan membantu membakar sehingga 12 peratus kalori.

* Lima cawan teh hijau sehari juga dipercayai merangsang metabolisme dan membakar 100 kalori sehari.

* Amalkan susu soya, tauhu dan kacang soya dalam pemakanan harian. Ia mengandungi oestrogen yang membantu menseimbangkan perubahan hormon yang boleh menyebabkan kelaparan.

* Pentingkan makanan kaya protein setiap kali mengambil makanan untuk mengekalkan rasa kenyang dan juga melawan perubahan mood yang boleh menimbulkan rasa lapar.

* Cuba minum susu dan makan telur semasa bersarapan; tuna, salmon, kekacang dan ayam untuk makan tengah hari; daging merah tipis atau produk berasaskan soya bagi makan malam.

* Amalkan makan kekacang antara makan tengah hari dan minum petang. Badam boleh merangsang kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan vitamin E bagi mendapatkan kulit yang berkualiti dan cantik selain membantu mengawal berat badan.

* Beri perhatian kepada makanan yang kaya dengn nutrisi dan jangan ‘bazirkan’ kalori anda untuk makanan yang tidak mampu merangsang nutrisi penting untuk badan.

* Tukar diet bebas lemak dan karbohidrat kepada diet sihat yang seimbang dengan mengawal peratusan makanan yang diambil.

Bina piramid pemakanan anda terdiri daripada 40 peratus karbohidrat kompleks, 30 peratus protein dan 30 peratus lemak sihat.

Sumber: Mingguan Malaysia, 29 Ogos 2010

Share/Save/Bookmark

admin Petua Kurus

Produk Pelangsing Mengandungi Bahan Beracun

August 15th, 2010

Salam,

Alhamdulillah, nampaknya Kementeria Kesihatan begitu serius menangani produk pelangsing badan yang membahayakan kesihatan malah boleh menyebabkan kematian kepada pengguna.

Jangan Bunuh Diri Anda Dengan Ubat Kurus Kintop

Jangan Bunuh Diri Anda Dengan Ubat Kurus Kintop

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda laporan daripada Berita Harian, 15 Ogos 2010 mengenai sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba. ”Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor. Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Ubat Kurus Lami Yang Membunuh

Ubat Kurus Lami Yang Membunuh

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. ”Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit. Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung. ”Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Pelangsing Body Beaus Yang Beracun

Pelangsing Body Beaus Yang Beracun

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

  • Kintop, Body Beaus, BMI-9 Xy Slimming Capsule, Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:

  • Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

  • Obexlim, Slimax Coffee Beaute,  Fit Body Contour, Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:

  • 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

  • Makjun Taufiq Dua Istimewa, Majun Dua Istimewa, Ginseng Jin Fui Wan, Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga, Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat), Red Brand Ginseng Plus,  Zheng Fei CapsuleRen,  Sem Tu Chon Chin Kuo,  Pill Makjun Syafiq 3 Istimewa Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:

  • Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

  • Eriesya Spa Beauty, CreamAtika Beauty, Renewal Cream Temulawak,  Whitening Pearl Cream, PapayaRatna Sari, Whitening Night Cream, Tia Amelia Krim, Jeragat Chantique, Whitening Night Cream RZAC,  White Pearl Cream, Nuriz Day and Night Cream, Elite Rias Er Cream, R&Z Whitening Night Cream, Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream, Pigmentation Recovery Complex, Zara Rejuvenation Cream, Natasya Krim Herba Gold, De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

  • Pil Zhen Zhu Bai Fong WanQian Tong DanRaja Ubat ResdungCoral Plus UA 350MG

Nasihat saya untuk anda semua, berhati-hati dalam memilih produk pelangsing, untuk kurus biar berpada, tak apa lah badan gemuk sekalipun , yang pentingya kita sihat. Kalau nak kurus, buat kajian dengan teliti produk pelangsing yang anda ingin ambil. Banyak produk yang telah terbukti tidak merbahaya, antaranya Herbalife dan Jus Mate. Tepuk dada tanya selera.

www.HerbaTerbaik.com

Share/Save/Bookmark

admin Tragedi Nak Kurus

Macho, Tegap dan Sasa dengan Jus Mate

August 14th, 2010

Lelaki mana yang tidak impikan untuk mempunyai badan yang tegap dan sasa? Tapi kalau dah lemak berlebihan terutamanya di perut, alamatnya jadi lah boroi dan menggelebeh di sana sini.

Kali ini saya ingin bercerita tentang seorang pemuda yang tampil tegap dan sasa setelah sebulan minum Jus Mate 5.

Izwadi Sebelum Minum Jus Mate

Izwadi Sebelum Minum Jus Mate

“Dulunya saya seorang yang bertubuh gempal dan mempunyai perut buncit namun kini ramai yang memuji saya kelihatan ‘macho’,”kata seorang pemuda yang menggunakan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5).

Muhammad Izwadi Kamaruddin, 25 dari Kuala Krai, Kelantan kini memiliki tubuh yang tegap dan sasa selepas menggunakan produk Jus Mate 5 yang dianggap sebagai produk ajaib masa kini.

Menurutnya, beliau dahulunya seorang yang tidak dapat mengawal nafsu terhadap makanan dan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak tanpa mengira waktu.

Katanya lagi, beliau sebelum ini mempunyai berat mencecah 70 kilogram (kg) dan kini memiliki berat sebanyak 63 kilogram (kg).

“Saya menggunakan Jus Mate selama 4 minggu dan berlaku penurunan sebanyak 7 kilogram (kg) dan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk menurunkan berat badan.

Izwadi Kini Lebih Tegap dan Sasa

Izwadi Kini Lebih Tegap dan Sasa

“Saya mula mengenali JM5 setelah diperkenalkan oleh bapa saudara saya yang menyatakan JM5 merupakan produk yang begitu hebat dan keberkesanannya telah terbukti di mana saya sendiri telah berjaya menurunkan berat badan yang saya idamkan.

“Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Dr. Rozmey (DDR) kerana mencipta formulasi yang pasti tiada tandingannya,” katanya ketika dihubungi.

Untuk mendapatkan Jus Mate 5, anda boleh layari www.HerbaTerbaik.com

Terima Kasih.

Share/Save/Bookmark

admin Testimoni Jus Mate

Testimoni Jus Mate 5 Menarik Perhatian Doraemon

August 8th, 2010

Salam,

Doraemon pun berminat nak dapatkan Jus Mate 5? Apa yang saya maksudkan di sini adalah bukan Doraemon karikator Kartun, tetapi gelaran yang diberikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terhadap Shima  Hashim.

“Saya dahulunya merasakan diri tertekan apabila berada di rumah kerana sayalah yang paling berat di dalam ahli keluarga saya yang sering menerima ejekan “DORAEMON” kerana memiliki bentuk tubuh yang chubby,” kata seorang bekas pelajar Politeknik.

Shima Sebelum dan Selepas

Shima Sebelum dan Selepas

Shima Hashim yang berasal dari Kuala Lumpur mengukir kegembiraan pada riak wajahnya yang berjaya menghilangkan gelaran doraemon dan berjaya mengubah dirinya menjadi cantik dan comel seperti watak sizuka di dalam salah satu program kartun televisyen.

Menurutnya dia mengenali produk pelangsingan badan Jus Mate (JM5) pada tahun lepas menerusi akhbar Harian Metro yang mempersembahkan testimoni- testimoni yang berjaya untuk berkonsi pengalaman dengan pengguna baru.”Jadi setelah menamatkan pengajian di Politeknik saya bernekad untuk menurunkan berat badan saya dan menjadikannya azam sempena tahun baru 2010,” katanya.

Katanya lagi, melalui facebook dia berjumpa dengan salah seorang testimoni yang juga pengedar aktif iaitu Norshuhada Ibrahim yang berjaya menurunkan berat badan untuk meminta nasihati dari beliau yang sudah berpengalaman menggunakan produk ini dan memesan produk Jus Mate 5 ini sebanyak tiga kotak.”

Setelah mengamalkan produk Jus Mate 5 ini selama tiga bulan satu keajaiban berlaku terhadap diri saya yang dulunya memiliki berat badan sebanyak 65 kilogram menurun sebanyak 54 kilogram.”Penurunan sebanyak 11 kilogram ini membuatkan saya teruja dan pengawalan rutin harian serta senaman yang dilakukan berbaloi-baloi.

“Sepanjang penggunaan Jus Mate 5 saya mengawal rutin pemakan harian saya iaitu pada waktu pagi saya hanya minum JM5 untuk menggantikan sarapan manakala tengahari saya hanya makan sandwich atau kadang-kadang menjamah sedikit nasi dan sebelah petang pula saya menambil kuih dan buah.”

Disamping menggunakan produk JM5 berserta pengamalan diet yang disarankan dR Rozmey saya juga melakukan aktiviti senaman ringan sekiranya mempunyai kelapangan masa,” ujarnya lagi.Menurutnya, walaupun sudah sebulan dia berhenti mengamalkan produk pelangsingan JM5 berat badannya masih lagi tidak berubah iaitu 54 kilogram.”Majoriti rakan-rakan serta ahli keluarga saya menyedari perubahan yang berlaku terhadap diri saya dan mereka memuji bentuk tubuh saya yang tidak lagi menyerupai “DORAEMON” .”

Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dari Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) kerana menghasilkan produk yang begitu mujarab ini dan saya akan menggunakan produk ini untuk berusaha mendapatkan bentuk badan yang lebih menarik serta mencapai berat idaman saya,”

Untuk mendapatkan produk jus mate 5, anda boleh layari www.jusmate5.info

Share/Save/Bookmark

admin Testimoni Jus Mate

Hamil Setelah Kurus Dengan Jus Mate 5

August 8th, 2010

Azlin Sebelum 88kg

Azlin Sebelum 88kg

“Selepas beberapa bulan mengambil Jus Mate 5, saya disahkan hamil setelah hampir 6 tahun menunggu kehadiran cahaya mata,” kata seorang wanita yang mengalami masalah berat badan selepas berkahwin.

Wanita cekal Nik Azlin dari Kuantan, Pahang ini kini gembira dengan perubahan yang dialami terhadap dirinya selepas penggunaan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5).

Menurutnya, beliau sebelum ini mempunyai berat mencecah 88 kilogram (kg) berlaku penurunan sebanyak 28 kilogram (kg).Katanya, setelah mencuba pelbagai cara akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mencuba Jus Mate 5 setelah terbaca dalam akhbar Harian Metro.”

Saya mengamalkan produk Jus Mate 5 selama beberapa bulan sebanyak empat kotak saya serta mengamalkan diet yang disarankan dan kini saya memiliki berat badan sebanyak 60 kilogram (kg) seperti yang saya idamkan,” ujarnya.

Katanya lagi, saya amat berpuas hati perubahan yang berlaku terhadap berat badan saya dan beberapa bulan selepas itu saya disahkan hamil.”

Azlin Kurus Setelah Ambil Jus Mate

Azlin Kurus Setelah Ambil Jus Mate

Setelah melahirkan anak, saya masih mengamalkan Jus Mate 5 dan sekarang saya masih mengekalkan berat badan saya 60kg dengan mengambil Jus Mate 5 sekali sekala sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Untuk mendapatkan Jus Mate 5, anda boleh layari laman web www.jusmate5.info

Share/Save/Bookmark

admin Testimoni Jus Mate

Kurus Walaupun Keturunan Gemuk

August 8th, 2010

Salam Semua,

Seringkali bagi orang yang berbadan besar menganggap gemuk adalah penyakit keturunan. Mereka sering menyalahkan kadar metabolisme yang rendah menjadikan mereka sukar untuk mendapat bentuk badan yang kurus serta langsing. Namun begitu, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu cerita menarik, di mana seorang gadis dari Kelantan, Siti Zulaikha berjaya menurunkan berat badan beliau dalam masa yang singkat walaupun mempunyai ahli keluarga yang rata-rata berbadan besar.

Zulaikha Sebelum Minum Jus Mate 5

Zulaikha Sebelum Minum Jus Mate 5

“Kebanyakkan keluarga saya mempunyai keturunan berbadan besar,” kata seorang pekerja di sebuah syarikat swasta.Siti Zulaikha Che Omar, 27 dari Tumpat, Kelantan ini kini gembira dengan perubahan yang dialami terhadap dirinya selepas penggunaan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5).

Menurutnya, beliau sebelum ini mempunyai berat mencecah 110 kilogram (kg) berlaku penurunan sebanyak  23 kilogram (kg).Katanya lagi, sebelum ini beliau sudah mencuba diet sendiri dengan melakukan diet yang bersungguh-sungguh tetapi hasilnya tidak seberapa.

“Saya mengambil keputusan untuk mencuba Jus Mate 5 setelah terbaca dalam akhbar Harian Metro mengenai ramai yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan cepat selepas mengambil Jus Mate 5.”Selepas mencuba untuk kotak yang pertama, berat badan saya turun 5 kilogram (kg) dan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk menurunkan berat badan.

Zulaikha Turun 23 kg Selepas Minum Jus Mate

Zulaikha Turun 23 kg Selepas Minum Jus Mate

“Di samping itu, saya juga mengamalkan makanan yang tidak mengandungi kalori yang tinggi serta tidak mengambil nasi dan kini saya mempunyai berat badan sebanyak 75 kilogram (kg), tetapi saya masih mengamalkan meminum Jus Mate 5 sehingga ke hari ini untuk mendapatkan berat badan yang ideal iaitu 60 kilogram(kg)”.

Untuk mendapatkan jus mate 5, anda boleh layari www.jusmate5.info

Share/Save/Bookmark

admin Testimoni Jus Mate